Featured post

Qurban AMAL 1438H @ 2017

   Nota perjalanan Qurban AMAL Qurban AMAL 1438 H di perkampungan org asli Bermula dgn perancangan membuka bhgian Qurba...

Wednesday 4 July 2018

Syawal 1439H/2018 Pos Hau

Catatan perjalanan Syawal 1439H.

Kali ini kami berenam dewasa.
Penulis, Othman, Lukman, Adam, Rodzy dan Shahrul. Selain dr kami, ada juga yg membawa keluarga.
Bakinya yg bercadang nak 'polow' terpaksa ditangguh atas beberapa alasan dan halangan. Inshallah dilain masa boleh turut serta. Penulis pun terpaksa 'tumpang' disebabkan powil tak siap lagi.

Kali ini kami akan 'berSyawal' di Kg Redip, Pos Hau Kuala Betis Gua Musang Kelantan. Buat pertama kali dalam siri ziarah AMAL, kami melalui 'jalan lama', Bentong - Gua Musang yg pd kebiasaanya laluan 'highway' saje jd mainan kami.

Perhentian pertama, Masjid Gua Musang, Sultan Faiz Petra. Lelapkan mata sementara menunggu Subuh.

Seusai solat, mencari sarapan pagi disamping 'toupup' barang2 keperluan utk memasak. Selesai sarapan, team terus menuju ke lokasi melalui pekan Kuala Betis sebelum menyelusuri beberapa buah kampung org asli dan ladang sawit.

Hentian pertama Kg Galang, Pos Hau. Menyampaikan sedikit 'jajan' utk anak OA sebelum meneruskan perjalanan ke Kg Redip, Pos Hau.

Dari Kg Galang ke Kg Redip, jalan tidaklah sukar. Cuma kena pastikan simpang yg betul. Ada simpang laluan ladang dan ada simpang ke kampung. Baiknya jika kurang pasti, blh bertanya kpd org yg kita jumpa di sepanjang laluan.

Sebelum sampai ke Kg Redip ada sebuah kampung, Kg Gertas ( lebih kurang bunyi dan ejaannya). Kelihatannya agak daif walau pun penempatan ini disediakan 'rumah batu' oleh pemerintah. Kalau tuan2 punya masa, jengahlah ke penempatan ini dan bawalah sedikit 'buah tangan' utk mereka.

Lebih kurang jam 1230 thari kami sampai ke Kg Redip. Terus mencari 'kepala' kampung dan kebetulan waktu ini ada kumpulan drpd Pej Kesihatan Gua Musang, Perhilitan Sabah, Kumpulan penyelidik dr luar negara sedang membuat kajian penyakit baru terhadap penduduk kampung.

Redip dah cantik sekarang. Ada kampung 'stay', sungai, landscape ringkas tapi kemas, surau, bilik air, dewan, tapak berkhemah, padang bola dll.
Jemputlah berkunjung ke sini. Berbaloi!
Ada pakej menarik disediakan.

Tidak menunggu lama, team bergegas memasak selain utk 'perut sendiri', pihak turut menyediakan juadah utk pddk kg.
Juadah biasa2 aje..nasi arab, kuah Kari, sayur dll. Budget utk 200 - 300 org makan.

Alhamdulillah selesai memasak, kami 'alas perut' sebelum membungkus utk diagihkan kpd pddk kg.

Penempatan disini agak byk tetapi ramai yg telah bekerja diluar dan anak2 mereka menetap di asrama. Jadi kampung ini tidak semeriah seperti kampung lain dgn anak2 org asli. Tapi ketenangan memang terbaik. Boleh berehat sambil menikmati keindahan Alam ciptaan Allah.
Sekali lagi, ada pakej perlancongan disediakan.

Seusai solat Maghrib dgn kumpulan penyelidik, kami bersuai kenal antara satu sama lain. Alang2 jumpa takkan main angguk 'kepala' jer.
Inshallah kalau diterima cadangan kami, satu group bg kerja2 Amal bg membantu pddk di pedalaman seperti ini akan dibentuk. Langkah seribu bermula dr langkah yg satu. Kita kena mulakan.

Dengan bantuan beberapa org penduduk, agihan makanan dpt disampaikan bukan sahaja utk pddk setempat bahkan juga kpd pddk Kg Gertas. Kasihan mereka. Diet makanan mereka tak sama dgn kita diluar ini.Jom kita kongsikan rezeki dan nikmat ini kpd mereka yg memerlukan.

Perjalanan ini memerlukan 'modal'. Jika ada yg sudi membantu atau ingin turut bersama, boleh hubungi kami ( 019387529).

Sekarang ini musim 'World Cup', kumpulan penyelidik ini menyediakan layar utk 'menikmati' bola. Tapi team kami lebih suka melayan sesama sendiri sebelum melelapkan mata.

Subuh Ahad.
Subuh sesama geng saje. Kampung ini hanya ada satu keluarga muslim, Jumaat namanya. Beliau yg menjadi pemandu arah mengagihkan makanan kpd pddk kampung. Banyak lagi usaha yg perlu kita lakukan.
Sekali lagi!, Jomlah kita bersama berganding bahu dgn kederat dan kemahiiran masing2 utk ummah.

Seusai Subuh, 'prepare' sarapan pulak.
Sup daging, Kari daging, nasi arab masih byk dan elok lagi utk Kg Galang pulak.

Siap semuanya, kini masa utk berendam menikmati sejuk sungai Kg Redip.
Lebih kurang jam 1230 kami bergerak ke luar sebelum hujan yg dijangka turun sblh petang. Inshallah di lain masa kita bertandang lagi.

Dalam perjalanan pulang, singgah lagi sekali ke Kg Gertas dan Galang utk sumbangan brg yg dikumpulkan dr kawan2. Pakaian terpakai, mainan, jajan dll. Cadangan awal nak solat di Kg Galang tapi disebabkan masalah air, kami memutuskan utk ke Kuala Betis saja.

Alhamdulillah dlm perjalanan pulang, hujan turun 'membasuh' debu di kenderaan kami yg sebelum ini berdengung disebabkan jalan yg kering.

Sampai di Masjid Kg Pangung Lalat, Kuala Betis, solat dan mencari pot 'ngeteh' pulak sebelum dgn laluan masing2.

Alhamdulillah dan terima Kasih kpd geng2 yg terlibat menjayakan ziarah AMAL kali ini. Kpd dermawan, mudah2an Allah memberkati rezeki dan umur yg diberi.

Jumpa lagi!,

Qurban di Pos Lemoi Ringlet Pahang

Kelab AMAL 4x4
0193875249

No comments:

Post a Comment