Featured post

Qurban AMAL 1438H @ 2017

   Nota perjalanan Qurban AMAL Qurban AMAL 1438 H di perkampungan org asli Bermula dgn perancangan membuka bhgian Qurba...

Saturday 12 October 2019

Tanya sama Hud-Hud

Tanya Sama Itu Hud-hud.

BURUNG Hud-hud sudah tersohor sejak kenabian Sulaiman AS, raja sekaligus utusan Allah Ta’ala yang diberikan kemampuan untuk memahami bahasa burung dan menaklukannya untuk memperkuat bala tentara dan kekuatan dakwahnya.

Burung hud-hud adalah burung yang dikaruniakan kemahiran dalam mencari air. Nabi Sulaiman as setelah sampai ke satu tempat bersama iringan rakyatnya yang terdiri dari pada berbagai spesis sangat memerlukan air. Disaat itu biasanya baginda akan memanggil burung hud-hud yang mampu terbang dan mengesan kedudukan air yang terpendam dalam bumi. (Tafsir al-Tabari)

Burung hud-hud termasuk jenis burung pemakan serangga, yaitu jenis burung pelatuk. Ia mempunyai paruh yang panjang, berjambul di kepalanya, berekor panjang dan berbulu indah beraneka warna. Ia hidup dengan membuat sarang atau lubang pada pohon-pohon kayu yang telah mati. Ia termasuk spesies: hud-hud/belatuk dan nama latin: Upupa epops.

Teori tersebut seakan dikukuhkan lagi oleh kata-kata hud-hud ketika melaporkan perihal kerusakan akidah penduduk Saba’ yang menyembah matahari yang bermaksud Hud-hud berkata: Aku dapati raja perempuan itu dan kaumnya sujud kepada matahari dengan meninggalkan ibadah menyembah Allah dan syaitan pula memperelokkan pada pandangan mereka perbuatan (syirik) mereka, lalu menghalangi mereka dari jalan (yang benar); oleh itu mereka tidak beroleh petunjuk, – (Mereka dihalangi oleh syaitan) supaya mereka tidak sujud menyembah “Allah yang mengeluarkan benda yang tersembunyi di langit dan (terpendam) dalam bumi” dan yang mengetahui apa yang kamu rahasiakan serta apa yang kamu zahirkan. (al-Naml: 24-25)

(24) Aku mendapati dia dan kaumnya menyembah matahari, selain Allah; dan syaitan telah menjadikan mereka memandang indah perbuatan-perbuatan mereka lalu menghalangi mereka dari jalan (Allah), sehingga mereka tidak dapat petunjuk, (25) agar mereka tidak menyembah Allah Yang mengeluarkan apa yang terpendam di langit dan di bumi dan Yang mengetahui apa yang kamu sembunyikan dan apa yang kamu nyatakan.

Hud-hud menyebut kuasa Allah SWT yang mampu mengeluarkan benda yang terpendam dalam bumi. Dalam satu tafsiran kepada perkataan “al-hab”, Sa’id ibnu al-Musayyab menyebut ia bermaksud `air’. Oleh itu, dengan riwayat yang menyebut kelebihan hud-hud yang mampu mengesan air dalam bumi. (Tafsir Ibnu Kathir)

Sayyid quthb menyebutkan bahwa Hud Hud yang menakjubkan ini bukan sembarang burung yang bertebaran dimana-mana. Namun, salah satu kepala pasukan jenis burung di zaman Nabi Sulaiman ini khusus, sebagai bentuk mukjizat luar biasa. Karena memiliki nalar, kecerdasan, iman, dan kepiawaian dalam menyampaikan berita, memiliki kesadaran watak posisinya dan membuat isyarat yang cerdas.

Dibalik kemampuan yang Allah Ta’ala anugerahkan, berupa kemampuan terbang sangat jauh dari Palestina menuju Yaman kemudian kembali ke negeri asalnya. Ilmuan yang pernah meneliti menyebutkan bahwa mereka mampu terbang sampai melewati puluhan negara sekalipun. Terlihat memiliki loyalitas tinggi dan disiplin, semangat memberi dan berkorban.

Kisah burung hud hud ini diceritakan oleh Allah subhanahu wa ta’ala dalam Al Qur’an, bukan tidak ada makna atau hikmahnya. Hikmahnya yang tentunya sangat penting untuk diambil pelajaran bagi kita yaitu seekor burung yang memikirkan keselamatan orang lain sehingga menjadi asbab orang lain mendapat hidayah dari Allah, maka cerita tersebut menjadi sangat penting. Apalagi kalau kita yang namanya manusia, kemudian memikirkan keselamatan orang lain tentunya kita akan sangat dimuliakan oleh Allah subhanhau wa ta’ala.

Wednesday 7 August 2019

Wakaf Uthman

Ttt
Akaun bank Saidina Othman bin Affan r.a. masih ada sampai sekarang.

Adakah anda mengetahui bahawa Saidina Othman bin Affan ada akaun bank di Arab Saudi? Siapakah yang membina Hotel Othman bin Affan sebelah masjid Nabawi di Madinah? Adakah anak cucunya yang membinanya dan meletakkan namanya sebagai nama hotel?

Jom ikuti kisah ini:

Satu ketika di Madinah semasa Nabi Muhammad s.a.w. mula berhijrah dari Mekah, ada sebuah telaga yang sangat besar dan sangat dalam serta airnya tak pernah kering. Nama telaga itu Bi'ru Rummah (Telaga Pemanah). Orang Islam ketika itu sangat berhajat kepada air dan sering ke telaga itu yang dimiliki oleh seorang Yahudi.

Maka Yahudi itu telah bertindak menjual air dengan harga yang sangat mahal. Akhirnya perkara itu sampai ke pengetahuan Saidina Othman bin Affan r.a. Lantas Saidina Othman bin Affan r.a. bertemu dengan Yahudi tersebut dan minta nak beli telaga tersebut.

Yahudi tak mahu jual sebab dia tahu dia akan dapat untung besar. Saidina Othman bin Affan r.a. akhirnya merayu untuk beli separuh saja telaga tu. Yahudi pun setuju.

Bermakna sehari milik Yahudi dan sehari lagi milik Saidina Othman bin Affan r.a. Yahudi sangka dia cerdik sebab Saidina Othman bin Affan r.a. memang peniaga yang dikenali bijak oleh orang Arab, menyangka perniagaannya akan lebih berkembang dan harga air boleh dinaikkan.

Rupa-rupanya Allah s.w.t. takdirkan sebaliknya bila orang ramai tak lagi beli air ketika giliran hari Yahudi itu sebab pada hari milik Saidina Othman bin Affan r.a. dia bagi orang-orang Islam dan bukan Islam air secara percuma. Jadi, hari giliran milik Yahudi itu siapa pun tak nak beli.

Akhirnya Yahudi bankrap dan nak jual kepada Saidina Othman bin Affan r.a. separuh bahagian lagi Telaga Rummah itu kepada Saidina Othman bin Affan r.a. sebab dia dah rugi. Jadi, seluruh perigi itu milik Saidina Othman bin Affan r.a. sepenuhnya.

Saidina Othman bin Affan r.a. beli dengan 20 ribu Dinar. Kemudian dia waqafkan kepada orang Islam. Kemudian ada seorang sahabat lain yang juga hartawan minta nak beli telaga tu daripada Saidina Othman bin Affan r.a. Saidina Othman bin Affan r.a. tanya berapa harga yang dia sanggup bayar?

Hartawan menjawab bahawa dia sanggup membayar 3 kali ganda harga yang dibeli oleh Saidina Othman bin Affan r.a. Saidina Othman bin Affan r.a. tidak setuju dan bertanya lagi, berapa sanggup bayar?

Hartawan menjawab, 9 kali ganda harga yg dibeli Saidina Othman bin Affan r.a.
Namun Saidina Othman bin Affan r.a. masih tak setuju.

Hartawan bertanya kehairanan. Siapa lagikah yang sanggup membeli dengan harga yang lebih mahal daripadanya?

Maka Saidina Othman bin Affan r.a. menjawab, 'ALLAH'.

Akhirnya orang Islam dapat minum air telaga itu secara percuma.

Dengan takdir Allah di tepi telaga itu akhirnya tumbuh beberapa pohon tamar dan akhirnya membiak sehingga  berjumlah 1550 pokok jumlahnya dan berbuah dengan sangat lebat.

Kerajaan Othmaniah Turki telah menjaga kurma itu dan hasil jualan tamar itu dan menyimpannya sehinggalah wujudnya kerajaan Saudi yang ambil alih dan tubuhkan akaun bank atas nama Saidina Othman bin Affan r.a. di salah satu bank di Arab Saudi. Duit itu akhirnya terkumpul dengan banyak dan kerajaan Saudi telah membeli sekeping tanah di tepi Masjid Nabawi dengan tujuan membina hotel lima bintang.

Hasilnya nanti dibahagi kepada dua. Separuh diinfaq untuk anak yatim dan miskin yang sebahagian lagi di simpan dalam akaun Saidina Othman bin Affan r.a. Yang anehnya, setelah 14 kurun, sedekah Saidina Othman bin Affan r.a. meninggal, ia terus bercambah dan membiak tanpa hentinya.

Inilah kelebihan sedekah, kawan.

Oleh itu, marilah sama-sama kita ringan tangan untuk bersedekah dan yang paling mudah adalah dengan klik butang 'share' kisah ini.

Semoga ia bermanfaat.

Tuesday 6 August 2019

Sejarah perjuangan


Sejarah perjuangan.
Perkongsian tulisan dr FB

KISAH BENAR YANG DI OLAH SEMULA DENGAN HANYA 30% SAHAJA PENCERITAAN DARIPADA OPERASI SEBENAR DEMI MENJAGA KERAHSIAAN OPERASI. INI ANTARA PERJUANGAN DAN PENGORBANAN PEGAWAI DAN ANGGOTA VAT69 KOMANDO SELAMA 47 HARI MENUMPASKAN KETUA LANUN SABAH YANG DI KENALI SEBAGAI RIZAL ALIH @ KOMANDER KHAN.

"OPS RAMBO II - 21HB JULAI, 1994 KG.SEMANGAT LAUT, SANDAKAN SABAH"
.
** Part. I: THE EXPENDABLES

Rizal ALih yang berlatar belakangkan seorang anggota polis tentera Filipina berbangsa Suluk yang di latih oleh US Marin. Beliau telah menembak mati seorang Datuk Bandar dan di hadapkan ke Mahmakah Tentera Filipina. Bagaimana pun beliau dapat meloloskan diri setelah menembak seorang pegawai tentera berpangkat Jeneral yang mengadili perbicaraan di dalam Mahkamah Tentera dengan bantuan keluarga dan rakan2. Di situ berlakunya kejadian tembak menembak dan pengeboman di kawasan mahkamah. Beliau melarikan diri dengan di bantu oleh rakan2 menyeludup masuk ke Sabah secara haram dan bersembunyi di Pulau Jampiras dan akhirnya membina penempatan baru di sebuah pulau bernama Kg. Semangat (berhadapan dengan jeti di Pejabat Pos, Sandakan).

Pengalamannya sebagai seorang anggota tentera terlatih telah membantu Rizal dalam mengukuhkan kubu serta penempatan kumpulannya dengan begitu taktikal. Selama menjadi pelarian dan pendatang asing tanpa izin, beliau telah menjalankan aktiviti2 penyeludupan dan melanun kapal2 dan perahu nelayan. Kumpulan Rizal juga banyak melakukan rompakan di laut serta menguasai penyeludupan rokok kretek dan merupakan pembekal utama dari Sandakan – Lahad datu –Kunak – Semporna di ketika itu. Kerjasama sempadan antara polis dan tentera Malaysia dengan Filipina telah di adakan untuk operasi memburu dan menangkap Rizal AlIh .

Maka Ops Rambo 1 di awal 90’an telah di jalankan oleh pihak Regimen Gerak Khas (RGK) namun usaha misi yang hampir berjaya itu tidak berhasil kerana tipu helah dan kemahiran Rizal meloloskan diri di samping bantuan dari jaringan saudara mara serta ahli2 kumpulan beliau di sekitar Sandakan, Semporna, Kunak dan Lahad Datu. Rizal Alih juga di ketahui mempunyai pelbagai ilmu kebal dan boleh berubah rupa bentuk fizikal (itu adalah lapuran yg di berikan oleh pihak risikan).

Lantaran itu pada April, 1994 Pasukan 69 Komando @ VAT69 di arahkan untuk mengambil tugas menangkap hidup2 Rizal Alih @ Komander Khan bersama kumpulannya. Black Cat telah di berikan mandat untuk menubuhkan sebuah pasukan dalam usaha menjayakan misi “Ops Rambo II”. Black Cat telah memilih keanggotaan seramai 24 orang terdiri daripada pegawai dan anggota VAT69 dari Bravo Sqdn untuk menjalani latihan di kawasan paya bakau sebagai menghadapi keadaan mukabumi di kawasan kubu Rizal. Ops Rambo II juga merupakan sejarah baru bagi VAT69 dengan penglibatan Unit Selam Tempur yang baru di tubuhkan pada ketika itu. Maka pada Jun, 1994 “semboyan perang” yang di tunggu2 oleh “The Silent Killer’s” kini tiba ketika anggota pasukan sedang asyik bermain bola jam 2 ptg di panggil bersiap sedia (40 orang yang mengejar sebiji bola yang usang). Setelah mendapat taklimat ringkas semua anggota dan pegawai membuat persediaan dan menaikkan kelengkapan ke dalam kenderaan masing2 dan terus berangkat ke Bravo Alpha dari pengkalan Alpha November. Taklimat gerakan di berikan di Bilik Gerakan Bravo Alpha dan seterusnya "The Silent Killer's VAT69" di terbangkan khas secara “sulit” ke negeri Di Bawah Bayu,
Sabah.

Setelah mendarat di Kota Kinabalu team "The Silent Killer" yang terdiri dari pegawai dan anggota 8 Assault / 5 Sniper / 2 Combat Diver / 7 HQ di sambut oleh sekumpulan pasukan Echo3 Mike yang menguruskan perjalanan dari Kota Kinabalu ke Sandakan yang mengambil masa berjam2 dan bertukar2 kenderaan untuk mengaburi kehadiran “The Silent Killer’s”. Semua pergerakan adalah rahsia dan hanya pihak Echo3 Mike Kota Kinabalu sahaja yang mengetahui pergerakan VAT69 di sana. Seperti biasa… VAT69 dengan di bantu oleh Echo3Mike telah mengumpulkan pelbagai maklumat dan pelbagai rancangan dengan mengambil kira berbagai faktor..

** Part.II : Ops Rambo II - The Silent Killer's

Rizal Alih yang merupakan seorang pahlawan dan pejuang masyarakat Islam yang di sanjungi di Zamboanga. Beliau yang berjuang untuk menyelamatkan bangsa Moro dan masyarakat Islam di Zamboanga yang di zalimi ketika itu. Rizal dan rakan-rakannya yang berjaya menyelamatkan diri telah menyeludup masuk ke peraiaran Sabah dan bersembunyi di salah sebua pulau. Rizal dan rakan-rakannya telah memulakan aktiviti penyeludupan untuk survival mereka dan akhirnya telah bertindak mencabar kedaulatan undang2 negara pabila kumpulannya telah membunuh seorang anggota Polis Marin (nama rahsiakan) dan mencampak mayat yang di ikat di batu besar di tepi Pulau Berhala. Keadaan mayat yang diikat kedua belah tangan dibelakang dan kesan tikaman serta kecederaan di kepala amat sadis apabila di temui.

Black Cat mengarahkan "Assault Diver" untuk membuat tinjauan di lokasi berhampiran Pulau Berhala sambil menguji peralatan menyelam untuk kegunaan operasi. The Silent Killer’s di ketuai oleh Black Cat (Oscar Bravo) di bantu oleh Ghost Rider (Oscar Sierra) dan Tom Cat (Oscar Alpha) telah menyusun strategi dari maklumat yang di berikan oleh risikan Echo3Mike Sabah. Pihak Echo3Mike juga telah menghantar sepasukan pegawai dan anggota untuk bersama2 membantu menjayakan misi tersebut.
Pelbagai rancangan dan perbincangan dalam menganalisa maklumat risikan serta menyusun strategi yang betul agar Rizal & The Gang dapat di tumpaskan. Semua photo2 dan peta penuh menguasai dinding Bilik MarTek (Markas Tektikal) di “Safehosue”. Setelah mencapai persetujuan dalam perancangan bersama semua “team member’s” Oscar Bravo yang sebelum ini pernah berkhidmat di Sabah mendapati akan timbul masalah “ bahasa Sabahan” di kalangan anggotanya yang rata2 dari Semenanjung (lidah cencaluk, budu & tempoyak). Maka bermulalah kelas bahasa pelbagai gaya dan dialog pertuturan “bahasa Sabah & Tausug” 24 jam setiap hari di “Safehouse”.

*** Memandangkan kami semua bersembunyi di Safehouse maka kami gotong-royong memasak dan riuh-rendah suasana di tempat masak dan tempat makan dengan gaya lakunan dan gurauan. Bayangkan… lidah Pantai Timur & Perak tengah bertutur bahasa Sabah (teman nak pecah perut ketawa). Kutuk mengutuk adalah biasa di dalam VAT69 di antara pegawai dan anggota. Apatah lagi pemergian “The Silent Killer’s” ke Sabah tidak di ketahui oleh jiran dan keluarga masing2 di Alpha November.
Begitulah kelazimannya kerahsiaan VAT69 ketika “mode” arahan “Standby One” di mana operasi yang akan di jalankan (dulu tidak ada hp canggih dan internet..he3). Ianya adalah lumrah dan menjadi trend sehingga kini di mana ukhwah dan semangat tolong menolong amat di rindui oleh semua yang pernah mengganggotai VAT69 Komando.***

Di dalam perjumpaan bersama anggota Black Cat memaklumkan bahawa DRAGON (Commanding Officer VAT69) memantau dan mengikuti status pergerakan operasi dari Alpha November setiap masa dan mahukan semua anggota komited dalam menentukan misi kejayaan dan adalah “survival” VAT69 Komando yang ura2 hendak di bubarkan oleh pihak2 tertentu setelah tamatnya 20 tahun era komunis 1969-1989. Semua pegawai dan anggota mendengar dan menerimanya sebagai satu cabaran dalam memartabatkan “Beret Kelabu” di persada panji PDRM. The Silent Killer’s mula keluar dari “Safehouse” setelah seminggu di pecah2kan dalam 3 kumpulan untuk mengadaptasikan adat dan budaya orang tempatan.

Kump. 1: Di ketuai oleh BLACK CAT – Ground Cmdr
Kump. 2: Di ketuai oleh GHOST- Sniper Team + 5 anggota
Kump. 3: Di ketuai oleh TOMCAT- Assault Team + 5 anggota + 2 Assault Diver.
Kump. 4: Di ketuai oleh WHISTLE – Ops Room & Logistik.

Setiap kumpulan di berikan tugas dan kawasan masing2 untuk mengumpulkan dan mengesahkan seberapa banyak maklumat yang di terima dari pihak Echo3Mike. Segala teknik dan taktik penyamaran di gunakan untuk membuat tinjauan dari darat, laut dan udara. Setiap maklumat yang di dapati di kumpulkan dan di analisa bersama2 semua ahli kumpulan "The Silent Killer's".

*** Terdapat juga beberapa peristiwa lucu di dalam menjalankan penyamaran semasa membuat tinjauan. Ada yang di tangkap oleh anggota PPH bersama PATI dari Filipina dan Indonesia. Ada yang hampir di tembak oleh 2 buah Jeep peronda polis sekembali dari menjadi nelayan di laut. Bagaimana pun Black Cat dgn bantuan dari Echo berjaya melepaskan anggota2 yang di tahan tanpa menimbulkan keraguan dan seolah2 kejadian itu adalah "real".***

Namun daripada analisa dan perincian semua maklumat bersama semua pegawai dan anggota yang terlibat... Black Cat dapati ada sesuatu yang tak kena. Perkara ini di maklumkan kepada DRAGON setiap perkembangan operasi dan mengarahkan semua untuk tukar kepada "Plan B". DRAGON yang resah dan begitu komited keesokan harinya terus terbang dari Alpha November ke Sandakan. Kehadiran DRAGON ke lokasi telah mengejutkan semua dan ianya merupakan suntikan semangat buat kami di medan...

PART. III: OPS RAMBO II - GHOST PROTOCOL
Hari berganti minggu namun semangat dan disiplin operasi tetap di praktikkan oleh semua kumpulan The Silent Killer's. Setelah mengumpulkan beberapa maklumat semasa maka tibalah masanya bagi kumpulan The Silent Killer's beraksi dengan beberapa strategi dan taktik untuk mendapatkan lebih maklumat terperinci selain daripada yang di berikan oleh pihak Echo. BlackCat, Ghost & TomCat serta kumpulannya membuat penyamaran sebagai PATI di pasar dan nelayan dalam usaha mengumpulkan sebanyak mungkin info tentang laluan masuk team TomCat dan team Ghost. Kerjasama erat diantara VAT69 dengan pihak Echo dari dahulu lagi telah banyak membantu di dalam urusan komunikasi dan logistik.

Sementara anggota Team Assault & Sniper sibuk mempersiapkan peralatan penugasan.. hadir seorang lelaki tua bersama Echo 1(Tango Alpha) dan bertubuh sasa. Beliau yg menggunakan kod “SM” bukannya pangkat Sarjan Mejar tetapi gelarannya sebagai “Sea Master”. Memang “respect” sebab SM boleh memandu speedboat dalam kelajuan maximum di malam hari tanpa bantuan lampu spotlights. Pendek kata setiap sudut dan batu @ tiang di sepanjang perairan Sandakan, SM tahu selok belok kedudukannya. Begitulah penugasan kumpulan “The Silent Killer's” setiap hari membuat penyamaran dan mengumpulkan maklumat serta membuat perancangan serangan dan rehearsal. Untuk mengelakkan daripada di hidu pergerakan dan menjaga moral pasukan …

.... Black Cat yang merupakan tunjang dalam operasi ini telah menggesa kelulusan daripada pihak Bravo Alpha untuk memberikan “final instruction” agar misi ini boleh di selesaikan segera. Akhirnya… jam 1.00 petang Black Cat di panggil untuk berjumpa dengan “Messenger” dari Kilo Papa November di sebuah lokasi rahsia di Sandakan dengan menerima arahan untuk melaksanakan operasi yang amat sukar sekali denan misi “Mission Impossible”. Ini adalah kerana The Silent Killer's di arahkan untuk “Tangkap Hidup2” Rizal Alih & The Gang. Selepas solat maghrib dan makan malam.. Dragon, Black Cat, Ghost dan TomCat memanggil semua anggota kumpulan untuk menyampaikan arahan dan misi “ Mission Impossible”.

Semuanya tenang mendengar taklimat dengan semangat berkobar2 sambil terselit bahan jenaka yang di suarakan oleh penglipurlara kami iaitu “Papa Mike”. Bermula dari situ… Operasi “Ghost Protocol” yang di rencanakan mula memainkan peranan masing2 oleh semua anggota kumpulan. Selain membuat persiapan persenjataan, perancangan strategi, perincian semua maklumat dan menjalankan raptai serangan seperti yang telah di rancang. Bagi merealisasikan penyamaran, kami telah beberapa kali melakukan raptai latihan bagi memastikan setiap anggota yang terlibat benar-benar dalam keadaan siap sedia untuk melaksanakan tugas yang sememangnya merbahaya dalam misi “Mission Impossible” ini.

Part IV : OPS RAMBO II - GHOST PROTOCOL

.... DRAGON yang baru sampai ke “SafeHouse” di berikan taklimat oleh Black Cat di atas semua maklumat yang telah di terima dari Echo dan pergerakan anggota “The Silent Killer’s”. DRAGON memaklumkan bahawa ada perubahan arahan penugasan daripada “Strike Out” kepada “Sniper Option”. Black Cat menerima arahan dan merancang strategi bersama semua anggota untuk melaksanakan arahan tersebut. Maka Team Sniper mula membuat perancangan cara untuk merapati kubu Rizal yang begitu tersusun ciri2 keselamatannya. Tinjauan udara yang di buat dengan kerjasama Unit Udara PDRM telah dapat merakamkan beberapa maklumat penting tentang seluruh kawasan kubu penempatan Rizal & The Gang.

Rizal yang merupakan seorang yang berpengalaman dalam taktikal perang dan mempunyai pengaruh yang kuat dan sokongan dari sebilangan penduduk tempatan yg berasal dari suku Suluk, Bajau dan Jawa (jangan di politikkan pulak pasal isu suku2 ni) Ini telah membantu beliau dalam membina penempatan yang siap dengan pos sentri, 3 buah kelong berbentuk anak panah, menebang pokok2 bakau di belakang rumah agar mudah melihat pergerakan, menutup laluan sungai di belakang penempatan beliau dengan pokok2 bakau yang di tebang dan di tanam semula secara terbalik (ianya bertujuan agar bot2 polis tidak boleh menghampiri dari arah belakang kecuali ketika air pasang sahaja). Strong hold Rizal yang di bina begitu rapi dan taktikal memang sukar di hampiri dan boleh mengundang maut jika di kesan oleh kumpulan Rizal.

Pernah projek sebelum The Silent Killer's beraksi.. jarak yang hanya mampu di rapati ke kubu Rizal hanyalah 250 meter dari arah belakang namun dapat di kesan oleh Rizal. Setelah itu Rizal lebih pro-aktif dalam meningkatkan tahap keselamatan kubu kumpulannya yang seramai lebih 100 orang (termasuk wanita dan kanak2). Namun begitu..atas keyakinan dan semangat yang kental Black Cat telah mengarahkan agar 2 team bersama beliau menyusupi ke kawasan kubu Rizal. Salah seorang dari team Black Cat bernama "FISH" telah di tugaskan untuk membuat Oscar Papa 1 ke atas penempatan Rizal. FISH dengan menggunakan pelbagai ilmu kepakaran yang ada telah berjaya merapati hingga jarak hampir 50 meter ke kubu Rizal dan berjaya membuat lapuran pengawasan aktiviti yang di jalankan oleh ahli kumpulan RIzal. Dragon yang kebetulan berada di Martek terus menghubungi Fish dan mengarahkan "withdraw" kerana khuatir di kesan oleh Rizal dan kumpulannya. Tapi FIsh berdegil dan penuh yakin untuk kekal di lokasi kordinatnya dan meneruskan lapuran ke Martek segala aktiviti RIzal dan kumpulannya.

Part V: OPS RAMBO II - MISSION IMPOSSIBLE.

Setelah beberapa kali membuat tinjauan rapat dan mengumpulkan maklumat yang di usahakan sendiri oleh team The Silent Killer maka Dragon dan Black Cat berbincang dan membuat stratergi bersama semua ahli kumpulan.. satu ersetujuan telah di capai untuk menggunakan tipu helah dengan memaklumkan kepada pasukan sahabat di mana projek “Ops Rambo II” telah di batalkan. The Silent Killers memohon bantuan 5 buah kenderaan untuk menghantar pulang pegawai dan anggota The Silent Killers ke Lapangan Terbang Kota Kinabalu pada keesokan harinya. Apa yang menarik adalah berita “Kumpulan Rhoma Irama”(panggilan glamor The Silent Killers di kalangan penduduk tempatan) sudah heboh di sekitar Sandakan. Anggota kumpulan “Rhoma Irama” pun keluar ke bandar untuk meraikan penugasan di Sandakan seolah2 berita itu adalah benar.

***Teringat lagi suasana di panggung BDC, pasar Sandakan, ketika minum “milo nai” di Station Bus, kunjungan ke kelab malam untuk berjumpa dgn “Si Kudung Yg Bertongkat” selaku “Menteri Komunikasi Pirates of Sandakan” (dah di “deletekan” rasanya). Semuanya adalah kenangan manis…

Keesokannya harinya“pilot2” dari pasukan sahabat yang datang sehari sebelum berangkat membantu kami menaikkan barang2 ke trak datang dengan berpakaian kemas dan ingin membawa kami ke Kota Kinabalu. Kami yang berpakaian untuk pulang terus menahan pilot2 tadi seperti yang di rancang dan Whistle telah di arahkan untuk memberikan “pilot2” tersebut makan & minum dan mengambil handphone masing2 serta menguncikan mereka di dalam bilik. Ini telah membuatkan mereka semua terpinga.

Manakala Dragon dan Black Cat mengarahkan semua berkumpul dan membuat taklimat gerakan terakhir dgn memberikan penugasan kumpulan masing2. Setelah semuanya bersiap sedia… bacaan doa selamat di adakan mohon penugasan “Mission Impossible” ini berpihak kepada kami dan moga tiada melibatkan sebarang kematian.Pasukan The Silent Killers ini dibahagikan kepada 3 kumpulan kecil:

> 1 kumpulan Nego/Arrest,
> 1 kumpulan Assault
> 1 kumpulan Sniper

Setelah selesai taklimat gerakan… semua anggota kumpulan bergerak ke lokasi masing2 dalam keadaan penuh taktikal. Black Cat (selaku Ground Cmdr) dibantu oleh Echo One yang bertindak sebagai penunjuk jalan bersama 5 anggota menyamar dan memainkan peranan sebagai wakil kumpulan yang menyokong pihak pengganas untuk berunding serta berdamai. Semua lakunan berjaya menyakinkan Rizal bahawa orang-orangnya yang menunggu di dalam bot yang 1 lagi (yg kononnya pembawa makanan) bercadang menyerahkan bekalan makanan itu kepada kumpulan Rizal sebelum mereka pulang ke kampung.
Rizal Alih yang ketika itu di kelilingi oleh 4 orang Pengawal Peribadi terpedaya dengan lakunan hebat Black Cat dan lain2 bersetuju menerima hantaran bekalan makanan tersebut. Isyarat kepada kumpulan bantuan untuk merapati rumah Rizal di berikan.

Semasa bot itu sedang merapati rumah tersebut, Rizal yang tadinya duduk bersebelahan Black Cat bangun menuju ke pintu yang menghampiri anak tangga susur turun ke bot untuk merapati untuk melihat kumpulan yang menghantar bekalan sambil kedua2 tangan memegang rangka pintu rumah tersebut. Di ketika ini… 2 anggota yang di tugaskan untuk menjatuhkan tubuh Rizal dari tadi menunggu dengan sabar dan senyuman pabila masa yang sesuai telah tiba. Tanpa menunggu masa yang lama anggota A + B bertindak pantas dengan merempuh tubuh Rizal (ala ahli gusti menjatuhkan lawan) ke dalam bot yang tersedia ada di depan pintu tadi bersama2. Suasana yang tadinya tenang kini telah bertukar tegang dan riuh rendah. Rizal dengan pantas menjerit dalam bahasa Tausug memberi arahan tembak . Rizal yang cuba melepaskan diri dengan menendang dan meronta2 mengakibatkan berlaku pergelutan di dalam bot di antara mereka.

PART VI: OPS RAMBO - DEATH WISH

Kejadian yang berlaku begitu pantas… 2 lagi anggota menangkap terdiri dari C + D bertindak pantas tanpa melengahkan masa serentak bertindak menangkap dan terus menggari bapa Rizal yang bersenjatakan parang berukuran 3 kaki panjang. Bapa Rizal melawan dan bertindak ganas serta cuba melarikan diri dengan terjun ke dalam laut. Bagaimanapun bapa Rizal berjaya juga ditangkap dan di gari akhirnya.Semuanya berlaku di dalam satu masa yang singkat… dimana berlaku kejadian tembak menembak antara Black Cat dan pembantu peribadi Rizal.

Seorang pengikut Rizal yang berada begitu hampir dengan Black Cat terus menembak kearahnya dan sebutir peluru telah mengenai tapak tangan kiri Black Cat dan dengan pantas Black Cat menjatuhkan badan sambil draw pistol yang di sembunyikan di pinggang dan membalas tembakan kearah penembak yang terus melarikan diri ke bahagian belakang rumah. Tiba2.. kedengaran bunyi tembakan pistol dari arah kiri dan mengenai kaki kiri Black Cat dan menyebabkan beliau segera terjun ke dalam bot untuk mengecilkan sasaran tembakan.
Melihat keadaan anggota A + B yang masih berhempas pulas untuk menangkap Rizal..Black Cat yang ibarat harimau luka terus menrkam Rizal dan menghentak kepalanya dengan bud pistol dan akhirnya Rizal terkulai layu dan dengan segera mengikat dan membalutnya dengan menggunakan jala-jala ikan yang ada di atas bot itu. Maka Rizal dengan segera di bawa keluar dari kawasan tersebut menaiki sebuah bot untuk di bawa ke Sandakan dan terus ke Balai Polis, Kota Kinabalu.

Manakala Black Cat yang terkena tembakan di bawa ke hospital berhampiran untuk rawatan. Maka berakhirlah kisah legacy Rizal Alih yang merupakan wira masyarakat Selatan Mindanao kerana memperjuangkan kezaliman pemerintahan ketika itu pada masyarakat Islam di sana. Rizal Alih telah pun menjalani hukuman penjara dan di hantar pulang ke Filipina. Begitulah juga kisah bagaimana perjuangan anggota VAT69 Komando yang telah mengambil masa selama 47 hari berada di Sabah ketika itu. Beberapa operasi lain turut di jalankan selepas itu dan aktiviti lanun dapat di lumpuhkan secara total dengan kehadiran VAT69 –The Silent Killer's di bumi Sabah.

Apa pun nukilan dari admin di sini bukanlah untuk menunjukkan kehebatan VAT69 Komando TETAPI hanya untuk menceritakan kisah2 Perjuangan Semalam buat pengetahuan masyarakat bahawa WUJUDnya sebuah Pasukan Komando Polis di dalam PDRM yang mempertahankan maruah dan kedaulatan Negara. Bukan pangkat, bukan pingat yang mereka pinta.. cukuplah sebuah penghargaan yang ikhlas dan hargailah keamanan yang telah di perjuangkan selama ini.

Buat penerus legasi Warisan Darah Perwira yang masih berkhidmat...mteruskan perjuangan anda dan kekalkan "KERAHSIAAN OPERASI" walau pun kepada isteri atau keluarga sendiri. Apatah lagi di zaman dunia tanpa sempadan kini.

SEKALUNG TAKZIAH BUAT RAKAN2 SEPERJUANGAN "THE SILENT KILLER'S" YANG TELAH PUN PULANG KE KAMPUNG HALAMAN YANG HAKIKI. BAGI YANG MASIH HIDUP DAN BERADA DI LUAR SANA.. SAYA MENDOAKAN KALIAN DI BERIKAN KESIHATAN YANG TERBAIK. MOGA PAPARAN KISAH PERJUANGAN SEMALAM INI DAPAT MENCERITAKAN KEPADA MEREKA YANG MENGHINA DAN TIDAK MENGHARGAI KEAMANAN YANG DI TINGGALKAN ATAS SEBUAH PENGORBANAN DEMI AGAMA, BANGSA & TANAHAIR...

AL-FATIHAH..

~Salam Perjuangan~…

Kredit kepada :
▪Dato' Ayob Mohamed
▪DSP. PGB. (B) Mohd Noor Razak
▪Semua pegawai dan anggota yang terlibat dalam Ops Rambo II di Sandakan1994.

# Slmt Menyambut HUT 69 Komando esok 23/10/2017. Moga VAT69 terus sukses dan kebajikan para veteran terbela.

SIla LIKE & SHARE jika anda fikir ianya bermanafaat kepada Gen X & Y!!

Friday 2 August 2019

Promosi Jambori ke 6 - 2019

JAMBORI AMAL 4X4 2019

Assalamualaikum,
Kepada ahli2 dan peminat aktiviti lasak Offroad.
Inshallah tàhun ini kami akan menganjurkan lagi buat Kali ke -6 dan tàhun ini di *Negeri Johor DT* pula menjadi pilihan

*Tarikh : 2 & 3 Nov 2019*
Sabtu & Ahad .
*Lokasi : Salur Gajah,* Labis, Segamat, *Johor*

*Penyertaan terbuka kpd semua jenis kenderaan offroad*

Sehubungan dgn itu tuan2 dipelawa utk menyertainya.

*Yuran penyertaan* RM15/orang
*Permit Hutan* : RM10/kenderaan

Pihak kami juga akan menjual *T-shirt Xclusive Jambori AMAL 4x4*
Tempahan dan bayaran boleh berhubung terus ke talian 0122537106 ( Adam Abd Kadir)

Sekian dulu utk makluman awal

'AMAL ResQ Riadah"

Kelab AMAL 4x4
@pakkiyai
0193875249
Kg Setia Kuang Selangor

Friday 17 May 2019

Jambori AMAL 4x4 2018

Jambori AMAL 4x4 2018

Alhamdulillah syukur kpd Allah yg memberi kami kesempatan masa utk menganjurkan aktiviti tahunan kali ke 5 bertempat di Jeram Tengkek & Jeram Jangut, Negeri Sembilan pd 10 dan 11 Nov yg lalu.

Sebelum memanjangkan tulisan ini, Kelab AMAL 4x4 ingin mengajak pembaca utk sama2 menghadiahkan bacaan Al Fatihah buat Almarhom Binyamin Bin Isyak ( Abg Bun ) yg telah kembali 'menemui' pencipta nya semasa kami sedang 'berjambori' pd 11 Nov 2018.

Mudah2an Allah menerima segala kerja buat beliau.

Al Fatihah !!.

Beberapa lokasi telah dibuat diantaranya Tmn Alam Liar Ulu Kenaboi, Kuala Kelawang dan Air terjun Lata Kijang tetapi akhirnya Jeram Tengkek Jeram Jangut juga yg paling sesuai dengan konsep jambori kami.

Alhamdulillah terima kasih buat team yg terlibat dr peringkat awal tinjauan hingga selesai.

Pendaftaran 9hb Nov

Sebanyak 18 buah kenderaan yg mendaftarkan diri di base camp, Jeram Tengkek walau pun pada asalnya lebih dari itu.

Cuaca hujan renyai dr petang membawa ke awal malam menjadi tanda cabaran yg akan dilalui peserta keesokan hari.

Di Jeram Tengkek hanya pendaftaran dan bermalam sambil santai berkhemah. Hingga jam 3 pagi, penulis menunggu ketibaan para peserta sejauh Negeri Perak dan Kedah. Alhamdulillah semua selamat sampai.

10hb Nov.

Seusai Subuh, team bersiap dgn juadah sarapan pagi sebelum taklimat pengerakkan ke Jeram Jangut. Nampak semua bersemangat.

Lebih kurang jam 10 pagi kami memulakan perjalanan dgn anggaran 4km dengan melalui anak hutan dan kebun getah orang kampung untuk sampai ke check points seterusnya; Surau Kg Langkap.

Trek ini tidaklah 'seperit' mana tetapi kadang2 yg kita sangka mudah boleh 'tersangkut' juga. Itulah lumrah main 'offroad'. Siap sedia dgn sebarang kemungkinan adalah lebih baik.

Lebih kurang jam 1300, kesemua konvoi selamat tiba di Surau Kg Langkap.Selepas berehat sebentar, konvoi meneruskan perjalanan ke 'target' sebenar ; Jeram Jangut.

Dimaklumkan malam sebelum nya hujan disekitar lokasi dan ini akan menjadikan jambori kali ini lebih mencabar.

Untuk makluman, trek ke Jeram Janggut kebanyakkanya mendaki. Jika tuan2 bercadang ke mari pastikan kenderaan cukup 'syarat'. Sengaja penulis tidak mendetailkan trek ni kpd peserta supaya ada sesuatu yg boleh mereka pelajari dr jambori.

Jeram Jangut.

Sewaktu kami 'recce' trek ni, powil Adam sangkut di bukit 'pisang. 4wd xde. Winch x psg. Main redah gitu jer. Takdir Allah tiada yg tahu. Dlm kami hampir patah balik disebabkan kesukarannya dan tersangkut di bukit dan kononnya nak keluar cari bantuan tetapi takdir ditemukan dgn org kampung yg kebetulan rakan kpd pemilik 'kebun' diatas. Mudahnya aturan Mu, Allah. Nampak mcm nak batal, rupanya ada yg lebih baik. Sampai juga ke tempat yg dihajati. Terima Kasih Allah. Alhamdulillah.

Petang tu, kami bertiga; Adam, Lukman, Penulis serta angah( pemilik 'kebun')

Itu ringkasan semasa recce, 'real time' hujan sebelum jambori menyebabkan peserta terpaksa main selut dan lumpur.

Permulaan sebelum mendaki adalah cabaran pertama sebenar buat peserta. Kpd yg stendet, tak de winch, Tayar AT memang terasa getirnya. Tapi dek semangat nak 'berjambori' 4x4, apa pun kita redah. Kalau tidak hari ini bila lagi?

Bila sampai ke trek pokok getah, penulis mengarahkan Dr Ismail naik dulu dgn Hilux nya sbb jangkanye powil ada winch blh bantu kalau sangkut. Rupa2nya powil dia sangkut habis yg belakang tertunggu2, ternanti2 dgn debaran apasal konvoi tak gerak2? Sape lah yg pasang winch macam tu?..apa pun benda nak belaku, kita hadap jer.

Gitu lah main powil ni kalau satu sangkut, kesannya semua konvoi pun sangkut. Masa inilah menguji kerjasama berpasukan.

Kami melepasi bukit ini lebih kurang jam 7 ptg. Hari pun dah semakin gelap. 'Main' waktu mlm ni tambah lagi mencabar sbb penglihatan agak terbatas tambah lagi hujan renyai masih lagi turun.

Ini di bukit pertama, cabaran berikutnya dibukit kedua. Agak tinggi dan jauh juga bukit ini tapi seteruk bukit pertama. Disebabkan trek masih basah dan licin, sukar juga utk beberapa buah powil. Namun Alhamdulillah semua blh lepas dan keseluruhan team sampai ke base camp jam 12 tengah malam... hahaha..

Dari jam 9 pagi taklimat, makan tenghari pun ikut sempat akhirnya 'jamak' semua makan malam jam 12. Apa2 pun harap semua enjoy. Kalau tak join memang tak merasa pengalaman ini. 

Sampai kem, masing2 sedia apa yg patut. Pasang khemah, masak, mandi, sembang dan tido. Tapi utk makluman, team dapur AMAL 4x4 sampai awal utk prepare dapur. Itu pun nak sampai awal pun azab juga dengonya. Terima Kasih team dapur!..ur my pren

Ahad 11hb Nov.

Seusai Subuh berjemaah, sedikit taklimat pengerakkan seterusnya. Memandangkan ada geng yg kena masuk kerja seawal 9 mlm dan nak bawa team ke Jeram Jangut, kami mengambil keputusan utk gerak dlm pukul 930 pagi.

Pagi ini, masing2 menyediakan juadah sarapan secara berasingan. Team Dapur AMAL seperti biasa. Masak apa yang ada untuk alas perut. Jangkaan trek licin selepas hujan semalam tentu sedang menunggu kami waktu keluar nanti. Kali ini susunan kenderaan mesti tepat agar tidak menganggu pengerakkan.

Tepat jam 930, Tayar golek. Satu persatu turun menuju ke Jeram Jangut; 'touch down" bukti keberadaan di sini. Bukan senang kalau nak santai2 sorang kesini. Alang2 sampai mesti merasa jeramnya.

Di Jeram Jangut, semua kenderaan hanya pakir di atas. Trek ini pun boleh tahan curam. Kalau tak cukup 'recovery kit', usah turun. Cukuplah menapak. 

Masing2 ambil peluang mandi air terjunnya. Bagi yg berkeluarga terutama anak2 memang seronok. Alhamdulillah nikmat Allah Mana lagi yg Kita dustakan?

Lebihkurang jam 130 kami bersiap utk gerak keluar menghadapi trek lecak dàn menuruni bukit. Jangan ambil mudah dàn terlalu konfiden.

Penulis dikedudukan tengah konvoi agar mudah nak memantau pergeràkkan. Memang menyeramkan bagi yg pertama kali merasai trek bergini terutama powil auto. 

3 biji Ranger T6 turun dulu bersama Adam & Asmawi Muar. Kerana geng ni kena keluar segera atas urusan kerja. Alhamdulillah walaupun sukar akhirnya sampai juga ke Surau Kg Langkap dlm trek yg "santai".

Group kedua menghadapi sikit cabaran dipertengahan trek. Antara puncanya kurang "recovery kit'. Sebagai pengajaran buat peminat off-road, lengkapilah "recovery kit' utk memudahkan aktiviti. Walau bukan Kadar segera kerana kos pun boleh tahan tinggi tapi berdikit utk menyiapkannya.

Dari jam 130 ptg akhirnya kesemua kami selamat keluar ke Surau Kg Langkap ketika Maghrib menjelang.

Tarikh 11 Nov menjadi kenangan buat kami bukan sekadar berjambori bahkan kami menerima khabar sedih sahabat Amal kami, Almarhom Binyamin Ishak atau Abg Bun dr Trong, Perak dijemput ilahi pada tengahari 11 Nov. Berita yg menyentap sedikit jiwa kami kerna seminggu sebelumnya kami saja bertemu dlm aktiviti Ziarah AMAL di Pos Kuala Mu bersama pelajar. Takziah buat keluarga Abg Bun. Mudah2an Allah menerima segala amalannya. Perjuangan tetap diteruskan. Kini segalanya menjadi kenangan .

Penulis dan geng yg terakhir meninggalkan Kg Langkap bg memastikan semuanya selamat.

Terima kasih buat kawan2 yg menyertai Jambori AMAL 4x4 Kali ke 5 ini. Inshallah 2019 Kita bertemu lagi di Johor pula.


Sekian dulu catatan yg agak tertangguh lama ini disebabkan beberapa perkara yg menganggu inspirasi mood menulis 

'AMAL ResQ Riadah'

Kelab AMAL 4x4

0193875249


Dedakasi buat teman2.

AH Othman, Lukman Hakim, Adam Kadir, Zubir Shah, Khazain, Nizam, Hazry, Haidir, Nuri, Syahrul & Family, Nik Hakimi, Dr Ismail & Isteri, Nazri Din & Family, Zamri & Family, Asmawi, Ah Cong, Jamil, Rosli Kg Gajah, Hj Bahri, Hj Halim, Nuri dll 

Maaf jika Ada nama yg tertinggal. Juga tidak tertinggal anak2 peneman setia An Nawawi & Hajar.

Sampai ketemu lagi Jambori 6 @ 2019.

Thursday 16 May 2019

Ziarah AMAL Ramadan 1440 @ 2019

HiZiarah AMAL Ramadan 1440H/2019
Pos Lemoi, Ringlets
Cameron Highlands Pahang
11 & 12 Mei 2019
6 & 7 Ramadhan.
Alhamdulillah dan Selawat ke atas junjungan besar Rasulllah diatas kesempatan kali ini untuk kami menziarahi saudara 'seaqidah' di pedalaman perkampungan orang asal, Pos Lemoi.
Sudah hampir setahun kami tidak menjejaki kampung ini dimana terakhir pada ziarah sempena Qurban 1439/2018.
Kali ini penyertaan kawan2 agak memberangsangkan. 8 buah powil dan 2 buah drpd nya ada penyertaan pertama ke lokasi ini. Alhamdulillah dan terima kasih atas sokongan.
Tidak terkecuali juga 12 orang sukarelawan drpd pelajar tahun akhir UPM, Serdang. Mudah2an dgn penyertaan ini dapat info dan membuka minda utk kehidupan kita sebelum 'pulang' menemuiNya.
Seperti biasa promosi Ramadan kami war2kan samada melalui page rasmi atau group media massa spt WhatsApp dsbgnya. Alhamdulillah kutipan dan sumbangan yg diterima cukup utk aktiviti ziarah AMAL kali ini.
Allah sahaja yg layak membalasnya.
Untuk pengetahuan tuan/puan, ada yg datang dr selatan tanahair utk sama2 merasai pengalaman berpuasa disini, Alhamdulillah.
Tahun sudah 2018, team berziarah Ramadan di perkampungan orang asal Pos Tuel Lojing Gua Musang.
Kali ini kami tidak berkonvoi seperti biasa. Masing2 mengambil masa sendiri utk sampai ke check points pertama, Masjid An Nur Ringlet. Sampai awal boleh rehat awal kerna seawal pagi kami bercadang utk gerak masuk ke perkampungan tersebut.
Seusai Subuh, sedikit taklimat utk peserta dan suaikenal dikalangan kami sbgi salam perkenalan. Setiap kali penyertaan ada saja kenalan baru. Mudah2 ada yg kekal membantu utk ziarah AMAL seterusnya. Inshallah.
Lebih kurang jam 830 pagi team bergerak menuju Pos Lemoi setelah selesai mengisi minyak di Pekan Ringlet.
Jarak dr Ringlet ke simpang masuk tidaklah jauh, sekitar 4 atau 5km saje dan Offroad melalui lereng berbukit kebun sayur sekitar 18km utk sampai ke perkampungan. Utk yg pertama kali melalui lereng berbukit kebun sayur memang menyegarkan dan pemandangan yg cantik utk dinikmati. Kalau nak saje2 kemari, penulis rasa macam mustahil tetapi jika ada peluang dgn mana2 team, sertailah utk merasai pengalaman itu sendiri.
Lebih kurang jam 10 pagi team sampai ke Kampung Terlimau utk menyampaikan sedikit sumbangan awal kpd keluarga muslim disini tetapi dimaklumkan bahawa ketua keluarga, Pak Amat tiada kerna menguruskan isterinya yg sakit di hospital. 
Kunjungan ini juga disambut mesra oleh Tok Batin Terlimau, Salman 46 tahun.
Lebih kurang 20 minit' disini, kami bergerak ke Kg Lemoi utk bertemu Tok Batin bg memaklumkan kunjungan kami.
Seawalnya disini team menurunkan sumbangan pakaian terpakai utk keluarga disini. Mereka amat memerlukannya. Alhamdulillah terima kasih kpd para penyumbang.
Kampung ini bersih dan dimaklumkan musim durian baru saje lepas. Jadi tak de peminat durian merasainya.
Seterusnya team perlu bergerak segera ke lokasi perkhemahan utk 'setup' 'Dapur Belantara' kami. Taklimat tugasan dan masing2 segera menyiapkan apa yg perlu. Aktiviti membawang bermula.
Awal sekali kami dpt menyediakan juadah berbuka puasa kali ini. Jam baru 5 ptg, boleh dikatakan semua hampir siap kecuali aktiviti membungkus juadah berbuka puasa utk agihan kpd penduduk kampung.
Kali ini kami mensasarkan 200pax agihan dgn juadah biasa2 kami seperti nasi braiyani Kari daging sayur capcai dan kurma. Alhamdulillah dan terima kasih atas pemberian ini.
Tugasan agihan kami serah kpd Dr Zahari  dr Hospital Serdang yg pertama kali'join' ziarah AMAL bersama 2 org sukarelawan utk agihkan kpd 2 buah kampung.
Setelah waktu berbuka puasa tiba, masing2 tak tunggu lama utk merasai nikmat makan di tepi sungai dalam hutan di bulan Ramadan. Ada yg pertama kali dalam hidup. Inshallah lain kali boleh join.
Lokasi tapak perkhemahan kami jauh sikit dr kampung sekitar 4km ke Kg Terlimau dan 1km ke Kg Lemoi.
Mana nk rasa pengalaman berbuka puasa dalam cerah2 lampu bersumberkan Batery, tepi sungai lagi jika tidak menyertai aktiviti sebegini.
Selesai berbuka, suasana senyap sunyi kerna masing2 sudah kekenyangan melayan perut sebelum bersiap utk aktiviti seterusnya, bertarawikh.
Dlm jam 900 mlm team bergerak ke Surau SK Lemoi utk menyertai pddk kampung dan anak sekolah mengerjakan ibadah solat Terawikh berjemaah. Sedikit moreh bubur kacang utk dinikmati seusai solat nanti.
Habis disini, kami pulang semula ke tapak perkhemahan utk aktiviti seterusnya sebelum melelapkan mata menyiapkan juadah sahur pula.
Seawal 4 pagi team Dapur Belantara bangkit menyiapkan ju adah sahur. Lauk semalam diperhangat sambil menu tambahan goreng2 utk dinikmati bersama. Alhamdulillah.
Dimaklumkan saudara kami, Othman mendapat perkhabaran bahawa mak saudaranya meninggal dunia awal pagi tadi dan bercadangta utk bergerak awal keluar sementara kami meneruskan aktiviti yg dirancang. Takziah utk beliau dan keluarga.
Selesai Subuh, agak2 cerah tanah team mengemas perkakas dan peralatan selain dr itu ada yg menyusun kembali 'Ramadhan kit' untuk diagihkan kpd keluarga disekitar kampung. Sejumlah 65 set dapat disediakan, Alhamdulillah.
Seterusnya agihan dilakukan dgn bantuan Utz Akmal selaku guru agama di SK Lemoi yg lebih maklum keadaan disini.
Terima Kasih juga kpd Guru Besar Pn Juliana atas kebenaran utk kami beraktiviti di sekolah.
Lebih kurang jam 1100 pagi, agihan 'Ramadhan kit' selesai. Terima Kasih sekali lagi kpd para dermawan yg menyumbang. Mudah2an Allah mengantikan dgn ganjaran pahala, Inshallah
Akhirnya sebelum bergerak keluar, sedikit ulasan dr para sukarelawan yg menyertai ziarah AMAL kali ini. Kebanyakkan dr mereka adalah penyertaan kali pertama dan ini sebahagian dr tugasan yg perlu dilakukan bg melengkapkan pengajian.
Setelah selesai kami pun beredar dan tiba di Masjid An Nur lebih kurang jam 2ptg sebelum berpisah menuju destinasi masing2.
Pihak Kelab AMAL 4x4 dengan ini mengucapkan jutaan terima kasih atas sokongan dan dokongan tuan/puan dalam siri ziarah AMAL ke Pos Lemoi.
Jumpa lagi dilain masa dan tempat dlm siri ziarah AMAL
'AMAL ResQ Riadah'
Kelab AMAL 4x4
Kg Setia Kuang Selangor.
Dedikasi buat teman2
AH Othman, Rodzy & Family, Shukri, Hj Bahri, Hj Halim, Syahrul & Family, Hidir, Dr Zahari, Helmi, Jamil Kg Gajah, Adam Sayong, anak2 An Nawawi & Al Qarni