Featured post

Qurban AMAL 1438H @ 2017

   Nota perjalanan Qurban AMAL Qurban AMAL 1438 H di perkampungan org asli Bermula dgn perancangan membuka bhgian Qurba...

Wednesday 30 August 2017

Qurban AMAL 1438H @ 2017




 




Nota perjalanan Qurban AMAL
Qurban AMAL 1438 H di perkampungan org asli
Bermula dgn perancangan membuka bhgian Qurban AMAL kpd sesiapa yg berminat utk melaksanakan di perkampungan org asli.
Kami menawarkan satu bahagian sebanyak RM560 dan Alhamdulillah pihak kami memperolehi 2 ekor termasuk satu ekor yg ditawarkan pd harga RM450 sebahagian.
Ada juga dr kalangan dermawan yg berhajat melaksanakan dgn seekor kambing. Hajat katanya nak 'spesel' sikit. Ok jer. Insyallah akan mencari seekor dua dgn budget yg diberi.
Rempah ratus bahan mentah periuk belanga siap utk program. Alhamdulillah dan terima kasih komitmen kawan2 dlm menjayakannya.
Insyallah mlm ni kita gerak ( 1 Sept). Kumpul tempat biasa; markaz dan pot kami di Sg Buloh. Petang ni kalau tak de halangan, proses melapah dilakukan di pot..
Teh Tarik session - bincang persedian terakhir




Penghantaran lembu korban




Belian bahan memasak
 
Jumaat mlm Sabtu
1 Sept 2017.
Berkumpul di markaz/pot Kelab AMAL 4x4 di Paya Jaras utk menyusun brg yg perlu dibawa.
Team bergerak agak awal sebelum mengisi minyak dan seterusnya ke check point ke 2, Plaza Tol Tapah utk berhenti sebentar dan mencari warung berdekatan utk pekena kopi menghilangkan ngantuk

 

Team meneruskan perjalanan menuju ke check point seterusnya, Masjid An Nur Ringlet. Lokasi yg bukan asing bg team kerna menjadi perhentian wajib jika berziarah disekitar sini.
 
2 Sept 2017 @ 11 Zulhijjah 1438H
Seusai Subuh berjemaah, team ditaklimat ttg pergerakkan seterusnya sambil taaruf ringkas dikalangan peserta.


Kali ini jumlah 4x4 yg menyertai Qurban AMAL sekitar 9 buah, sebuah dr Perak dan selebihnya dr Selangor. Alhamdulillah.
 
Pagi ini di Ringlet tidak terdapat gerai muslim yg beroperasi. Jadi team hanya membeli biskut roti utk alas perut sblm memulakan perjalanan.
Cuaca yg redup mendung menemai perjalanan kami sehingga ke simpang masuk Semoi utk melalui trek balak ke lokasi
Trek kali ini agak basah disebabkan hujan beberapa hari sebelumnya. Alhamdulillah semua selamat sampai di Kg Semoi sebelum sungai.
Team bersembang santai dgn Tok Batin, Bah Jong ketua komuniti disini. Hajat utk membeli kambing disini utk buat Qurban tetapi beliau hanya mempunyai 3 ekor betina tiada jantan. Jadi beliau tidak bercadang utk menjualkannya. Hajat tak kesampaian. Terpaksalah penulis mencari di kg yg lain.
Perancangan Allah siapa yg tahu?
Merentasi sungai antara cabaran utama utk ke Pos Lenjang jika memilih pintasan ini. Kadang kala airnya deras kadang kala tenang. Syukur kali ini semua dipermudahkan utk terus ke lokasi utama; Kg Rakoh.
 
Kg Rakoh Pos Lenjang @ 2 Sept 2017
Sesampai disini, team terus menjalankan tugasan masing2. Pasang khemah dan menurunkan pekakas. Pada mulanya team agak terkejut disebabkan 'surau buloh' yg selama ini terbina dirobohkan utk membina surau baru. Walaupun kami memaklumi tentang projek ini melalui media massa. Tak sangka pulak yg pihak berkenaan merobohkan yg asal dan membina bangunan baru ditapak asal. Pihak berwajib tentu ada jawapan ini. Kini tinggallah kenangan tersemat dihati bagi team kami dgn surau buloh itu.
 

 

Proses melapah, memotong daging Qurban AMAL dilakukan secara bergotong royong sesama kami samada utk tugasan memasak atau agihan Qurban AMAL kpd penduduk kg di dlm Pos Lenjang Ini dlm keadaan masing2 hanya beralas perut dgn biskut roti pagi tadi. Komitmen dan kesungguhan team amat dihargai. Juadah selesai dan siap utk dijamu pd sekitar jam 330 petang. Alhamdulillah.

 
Tugas agihan kpd pddk kg dilakukan oleh Jefry dan Ariffin sambil dibantu oleh pddk kg sebagai pemandu arah. Selesai semua agihan daging dan tulang sekitar 1 jam selepas itu. Alhamdulillah dan terima kasih peserta Qurban AMAL kali ini. Byk juga bungkusan yg dpt dibuat sekitar 180 pax tidak termasuk tulang yg mana selebihnya utk dimasak.
 




Tugas mencari kambing utk Qurban AMAL disandang oleh penulis dan Adam. Mencarilah kami sekitar kg berdekatan dgn tawaran harga dan size yg berbeza-beza. Sehinggalah kami perolehi 2 ekor kambing jantan di Pos Titom dgn bantuan Tok Batin Ramli.
 
Kenangan mencari kambing hingga ke Kg Kenderung yg hanya  boleh dijejaki samada berjalan kaki atau bermotosikal. Penulis bersama anak2 berjalan kaki sekitar 2km utk sampai ke kg ini tetapi sedikit hampa kerna kambing yg digambarkan telah byk dijual. 
Lantas mengambil keputusan utk segera ke Pos Titom sebelum hari gelap dan hasilnya 2 ekor jantan diperolehi dgn harga RM700. Alhamdulillah. Lepas sudah tanggungjawab. 
Sesampai di Kg Rakoh, Maghrib sudah mula menghampiri. Kawan2 sudah bersiap untuk menunaikan solat jamak secara berjamaah. Inilah yg menjadi rutin setiap kali berziarah; solat berjemaah.
Aktiviti malam di Kg Rakoh 2 Sept
Setelah selesai menunaikan solat, team bersiap pula utk menyediakan kambing grill dgn rempah istimewa drpd team Rodzy. Beliau telah menyediakan sekurang2nya 20kg daging kambing utk dijamu oleh team. Alhamdulillah Terima kasih. Laku sungguh. Tak sempat dihidang, asal letak atas dulang jer, 'abis' 😀
Memandangkan masing2 agak keletihan dgn aktiviti sebelah petang menyediakan juadah dan lain2, semua masuk tidur awal kebetulan hujan renyai, memang sedap melelapkan mata.
 
3 Sept 2017.
Seawal subuh, team solat berjemaah dan sedikit tazkirah ringkas buat semua yg mana ia menjadi rutin dlm aktiviti seperti ini. Alhamdulillah juga ada dr kalangan org asli yg turut serta dlm berjemaah ini.
Sama2 lah kita berdoa agar disetiap kampung orang asli ini, Insyallah semua mampu mendirikan solat 5 waktu secara berjemaah.



Qurban kambing.
2 ekor kambing yg diperolehi semalam, satu drnya akan disembelih dan seekor lagi, kami bercadang utk diberikan kpd Tok Batin Bah Jong, Kg Semoi utk 'dikahwinkan' dgn 3 ekor betina kepunyaan beliau. Mudah2an berkembang biak hendaknya.
Tugas menyembelih diserahkan kpd Ali Murad sebelum diserahkan kpd team dapur bg menyempurnakan dgn menu yg dirancang.
Sedikit dr daging tersebut kami serahkan kpd Kak Rubiah sekeluarga (OA) yg kerap menjaga surau buloh sebelum ini dan juga Azmi sekeluarga. Mereka inilah yg selalu atau kerap membantu jika kami bertandang kemari. Doakan beliau dan semua OA disini sama2 dpt hidup dgn 'sistem' yg betul.



Setelah selesai memasak, kami sepakat utk berendam ditepi sungai sambil menikmati 'kambing' setelah proses membersih dan  menyusun barang ke dlm kenderaan selesai dilakukan. Ini bg memudahkan aktiviti seterusnya lepas 'berendam' tak perlu berpeluh lagi utk mengemas.
 2 hari dijamu dgn daging, badan terasa panas. Insyallah tahun depan kita berqurban lagi dilokasi KOA yg lain pula.
Bersiap utk keluar.
Sebelum keluar, kami solat jamak dahulu agar mudah aktiviti seterusnya. Dahulukan solat, mudah2an dipermudahkan Allah.
 
Selesai sudah Ziarah AMAL kami di Kg Rakoh dan sekitarnya. 
Pihak kami masih mencari sukarelawan AMAL samada sepenuh atau separuh masa bg membantu kami dlm kerja AMAL ini.
Jika ada yg berminat, boleh hubungi kami. Kami menawarkan plan gaji dll bg yg berminat.
Untuk kali ini, laluan agak sedikit 'sibuk', waktu kami keluar bertembung pula dgn konvoi dr JAKIM dan ATM yg turut mengatur program dakwah disini.
Untuk makluman semua, projek pembinaan surau baru di Kg Rakoh ini hasil kerjasama JAKIM dan.ATM. INSYALLAH dlm sebulan dua ini boleh digunakan.
Team meneruskan perjalanan sehingga ke sungai sebelum sampai ke Kg Semoi.
Penyerahan kambing kpd Tok Batin.
 
Ahad 3 Sept.
Perancangan yg sudah tertulis. Cadang beli sekor kambing tapi dapat  2 ekor pd harga yg berpatutan. Sekor kami qurbankan dan seekor lagi kami serahkan kpd Tok Batin, Bah Jong.

Mudah2an sumbangan ini menjadi pemangkin dan pemudahcara kami disini dlm kerja2 AMAL. Mungkin beberapa kaedah lain blh digunakan dlm proses 'penyampaian risalah'


Setelah selesai penyerahan, team bergerak keluar hingga ke simpang jln besar sebelum masing2 memilih arah utk pulang.
Sebelum berpisah, sedikit taklimat penutup sebagai akhir bicara. 
Ucapan terima kasih buat semua yg menjayakannya. Bertemu dilain masa
Sekian dulu catatan nota perjalanan.Qurban AMAL ini. Jika ada kekurangan, mohon maaf.
Mudah2an kita dipertemukan disatu himpunan ditempat yg indah; JANNAH
Berlazimilah kita dgn memperbetulkan Syahadah dan memperbetulkam niat dlm beramal..
Sehingga bertemu kembali.
Ali, Hakeem, Jefry, Ariffin, Othman, Zaiem, Lukman Hakim, Aziz,  Hafiz sekeluarga, Cikgu Haris sekeluarga, Adam, Rodzy, Syami, Syidi, Shukri dan penulis sekeluarga

Salam AMAL Salam perjuangan

Kelab AMAL 4x4
Paya Jaras






Sedikit kisah luar negara utk muhasabah 
http://apekecoh.com/2017/08/31/ssetiap-hari-ibu-lembu-akan-mengiringi-bas-ini-rupa%C2%B2nya-ada-sesuatu-dgn-bas-itu-yg-buat-ramai-menyentuh-hati/

No comments:

Post a Comment