Featured post

Qurban AMAL 1438H @ 2017

   Nota perjalanan Qurban AMAL Qurban AMAL 1438 H di perkampungan org asli Bermula dgn perancangan membuka bhgian Qurba...

Sunday 17 February 2019

Fiqh Ziarah Orang Sakit

FIQH ZIARAH ORANG SAKIT

Ziarah Orang Sakit Lebih Utama Dari Ziarah Kematian.

Hadis Nabi S.A.W. :
وقال صلى الله عليه وسلم : ﻻتجب عيادة المريض إﻻ بعد ثلاثة أيام
Ertinya : Dan sabda Nabi S.A.W. : "Tiada wajib ziarah orang sakit melainkan kemudian daripada tiga hari"

Maka, tidak dituntut muakkad(bukan sunat muakkad) selepas daripada tiga hari atau dilihat juga kepada 'uruf yakni keadaan sekeliling. Sebagai contoh, 'uruf mengatakan bahawa, sakit seseorang itu dianggap orang ramai perkara biasa. Maka, tidak juga dikira sunat muakkad untuk melawatnya.

Kata Ibnu Abbas r.a. :
"Melawat orang sakit pada permulaan hari adalah sunat, dan apabila ia pergi melawat lagi untuk hari-hari seterusnya, maka bertambahlah pahala sunatnya" .

Antara kelebihan melawat orang sakit :

👉Pahala melawat orang sakit lebih besar daripada melawat orang yang meninggal dunia.

Dlm hadis lain, hadis Dailami daripada Ibnu Umar, ziarah orang sakit itu terlebih besar daripada mengunjungi jenazah kerana ia mampu menceriakan orang sakit dan ahlinya (keluarga orang sakit).

Hal ini kerana, melawat orang yang sakit itu terkadang ia dapat memberi kekuatan kepada orang sakit untuk cepat sembuh.
(Rujukan Ihya' Ulumiddin)

👉70 ribu Malaikat mendoakan rahmat kepada orang yang melawat orang sakit supaya diberi rahmat olehNya.

Rasulullah S.A.W. bersabda :
إِذَا عَادَ الرَّجُلُ أَخَاهُ الْمُسْلِمَ مَشَى فِيْ خِرَافَةِ الْجَنَّةِ حَتَّى يَجْلِسَ فَإِذَا جَلَسَ غَمَرَتْهُ الرَّحْمَةُ، فَإِنْ كَانَ غُدْوَةً صَلَّى عَلَيْهِ سَبْعُوْنَ أَلْفَ مَلَكٍ حَتَّى يُمْسِيَ، وَإِنْ كَانَ مَسَاءً صَلَّى عَلَيْهِ سَبْعُوْنَ أَلْفَ مَلَكٍ حَتَّى يُصْبِحَ
Ertinya : "Barang siapa menziarahi saudara se-Islamnya yang sakit, maka (perjalanannya ke rumah orang sakit itu seakan-akan) ia berjalan sambil memetik buah-buahan syurga sehingga ia duduk (yakni duduk di rumah pesakit), apabila ia duduk, maka rahmat yang banyak diturunkan kepadanya. Apabila ia menziarahi di pagi hari, maka 70 ribu malaikat mendoakannya untuk mendapat rahmat sehingga ke petang. Apabila ia menziarahi pada waktu petang, 70 ribu malaikat mendoakannya untuk emdapat rahmat sehingga ke pagi" .
[Hadis Riwayat : at-Tirmidzi, Ibn Majah & Imam Ahmad]

👉Mendapat rahmat sepanjang perjalan pergi dan balik ke tempat pesakit seperti berada di kebun-kebun Syurga.

Rasulullah S.A.W. bersabda :
"Barang siapa yang ziarah orang sakit(se-Islam), seolah-olah ia berada dalam 'Kharfah' sehingga ia pulang (ke rumahnya)" . Baginda ditanya : "Wahai Rasulullah, apakah yang dimaksudkan dengan 'Kharfah' ?" . Sabda Rasulullah S.A.W. : "Iaitu kebun-kebun di Syurga" .
[Hadis Riwayat : Muslim]

👉Dibebaskan daripada dosa seperti anak kecil yang baru lahir

Diceritakan oleh Hasan al-Basri rahimahullah Ta'ala :

Nabi Musa a.s bertanya kepada Tuhannya Azzawajal, maka sembahnya : "Hai Tuhanku, apa (kelebihan) bagi orang yang menziarahi orang sakit daripada pahalanya?".
FirmanNya : "Aku keluarkan dia daripada dosanya seperti hari ketika ia lahir oleh ibunya" .
Maka sembahnya (Nabi Musa a.s.) : "Hai Tuhanku, apa (kelebihan) bagi orang yang mengiringi akan orang mati daripada pahalanya?" .
FirmaNya : "Aku bangkitkan pada ketika matinya akan malaikat mengiringi ia kepada kuburnya, dengan panji-panji mereka itu hingga ke padang Mahsyar" .
Sembanya (Nabi Musa a.s.) : "Hai Tuhanku, apa (kelebihan) bagi orang yang menziarahi akan perempuan yang mati anaknya daripada pahalanya?" .
FirmanNya : "Aku naungkan dia di dalam naungan 'Arasy" .