Featured post

Qurban AMAL 1438H @ 2017

   Nota perjalanan Qurban AMAL Qurban AMAL 1438 H di perkampungan org asli Bermula dgn perancangan membuka bhgian Qurba...

Sunday 8 July 2018

Perlancongan belantara

Perlancongan Belantara

Sejak banjir besar Kelantan 2014, peminat pacuan 4 roda kian bertambah. Kini 'powil' bukan sekadar utk golongan peniaga, construction bahkan sudah menjadi kenderaan keluarga.
Kegunaan 'powil' lebih meluas. Ruang kargo dibelakang boleh dimanfaatkan secukupnya.

Sejak kebelakangan ini, banyak 'group' 4x4 samada kelab 4x4, NGo, koporat aktif dalam menjalankan aktiviti kemasyarakatan di perkampungan orang asal. Aktiviti hujung minggu atau bulanan yg diatur kadang-kadang menjadikan laluan perkampungan 'sesak' dengan 'kebanjiran' 4x4 ini.
Walau bagaimana sekali pun, tahniah atas keprihatinan itu.
Peluang 'kebanjiran' inilah yang harus diambil peluang oleh penduduk setempat dan jabatan kerajaan yg terlibat khusus kpd orang asli bg menarik ramai 'pelancong' utk bertandang ke pedalaman ini.

Perkampungan orang asal memiliki sesuatu yg tiada diluar ini. Udaranya segar, sungai bersih dan pemandangan yang cantik harus dikekalkan serta dipromosikan kpd dunia luar.

Homestay.
Antara daya tarikan di perkampungan orang asal ialah rumah tradition mereka yg diperbuat dr rotan, buloh dan nipah.
Walau sesetengah drpd mereka memperolehi rumah PPRT, rumah tradition itu tetap dikekalkan. Ini kerana rumah buloh ini lebih sejuk berbanding rumah batu.

Ada beberapa projek 'homestay' yg telah atau sedang giat dibangunkan.
Di Pos Kuala Mu, Sg Siput, Perak, Pos Sinderut, Raub, Pahang dan Pos Hau, Gua Musang Kelantan antara lokasi 'homestay' yg cantik dan tersusun.

Penduduk bukan sahaja menyediakan 'homestay' bahkan sudah ada pakej tambahan bagi menarik pengunjung ke kampung mereka.

Antara pakej tersebut seperti berakit, rentas hutan, masakan traditional dan lain-lain yg menarik bergantung suasana di kampung masing2.

Selain dr 'homestay', penduduk kampung juga ada menyediakan tapak perkhemahan utk yg ingin berkhemah dgn sedikit bayaran tapak.

Trek 'Offroad' atau santai 'Tar'
Penulis waktu diawal 'mengaktif'kan aktiviti Kelab AMAL 4x4, banyak memilih trek 'offroad' bagi menarik minat kawan2 utk menyertai aktiviti. Walau sesetengah tempat itu tidaklah 'offroad' sangat tapi kalau tak jumpa lopak air, tanah selut memang tak 'menyelerakan'.

Trek yg dulu 'offroad' kini byk dah bertukar wajah; jalan tar sampai ke depan pintu. Alhamdulillah kesan dr plan pembangunan utk penduduk orang asli

Justeru itu, semua pihak pengurusan perlu memandang serius perkembangan ini. Permudahkan urusan agar manfaat boleh dikongsi bersama

Sekian dulu

Alam dikongsi bersama



Kelab AMAL 4x4

Paya Jaras Sg Buloh Selangor

No comments:

Post a Comment