Featured post

Qurban AMAL 1438H @ 2017

   Nota perjalanan Qurban AMAL Qurban AMAL 1438 H di perkampungan org asli Bermula dgn perancangan membuka bhgian Qurba...

Thursday 30 November 2017

TABUNG WAKAF KENDERAAN

Tabung Wakaf AMAL
Assalamualaikum...

Kpd semua kenalan Dan para dermawan.

Pihak Kelab AMAL 4×4 telah melancarkan satu tabung Wakaf bg tujuan pembelian kenderaan pacuan empat roda untuk kegunaan kerja2 AMAL dan yang berkaitan dengannya.

Pihak kami memsasarkan jumlah kutipan sekitar RM30 ribu ringgit dengan tempoh kutipan selama 3 Bulan Dari tarikh 26hb Nov 2017 yg lalu.

Sehubungan dengan itu kami memohon ihsan dan keprihatinan Tuan/puan para dermawan utk membantu kami mengumpul Dana tersebut dgn menyumbang terus ke akaun wakaf AMAL seperti butiran berikut ,

BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD
1203 8010 1132 24
' Kelab AMAL 4x4'

Jika sekiranya jumlah kutipan masih tidak mencukupi selepas 3 Bulan, Maka pihak kami akan melanjutkan masa kutipan sehingga tercapai jumlah kutipan tersebut

Segala perubahan dan perkembangan project wakaf ini akan dikemaskini dr semasa ke semasa.

Kami juga berharap Tuan/puan turut membantu kami dgn menyebarkan luaskan program ini.

Mudah2an Allah memberkati usaha Kita semua.

Hubungi kami utk info lanjut

*Rujuk poster utk talian bantuan


Salam AMAL Salam perjuangan.

Kelab AMAL 4x4
Paya Jaras.
30 Nov 2017

Monday 13 November 2017

JAMBORI AMAL 4X4 2017

Jambori AMAL 4x4
27 - 29 Okt 2017
Lubuk Kawah, Selangor.

Alhamdulillah telah selesai xtvt tahunan kami kali ini.

Baru berkesempatan utk menulis buat catatan peminat dan followerz kami.

Kali ini, Selangor menjadi tuan rumah. Byk tempat telah dibuat tinjauan utk acara tahunan ini. Pemilihan bergantung kpd beberapa  aspek utama. Maka Lubuk Kawah ini dipilih kerana menepati kriteria utk xtvt kami. Ada xtvt camping, ngecass, family dan sungai yg bersih.

Selain dr blog rasmi ini, tuan/puan blh melayari FB kami kerna koleksi bedio tidak dpt dikongsikan disini.
Linknya ada di bawah.

https://www.facebook.com/Kelab-AMAL-4x4-232789406737556/

Penyertaan kali ini boleh dianggap bersesuaian dgn xtvt. Tambahan pula ramai gengz2 kami tidak dpt sertai krn ada tugasan disaat akhir.

Walaubagaimanapun Terima kasih kpd yg menyertai. Mudah2an memperolehi manfaat semasa dan selepas program.

Insyallah tahun depan kita menjengah ke N9 pula.

Nampak seperti lama kan?
Tahun depan 2018 lambat lagi. Dijangka pada bulan Oktober. Tapi bagi kami setahun tidaklah lama. Baru nak lelap mata, bulan Nov 2017 ni pun dah nak habis. Tiba pula Dis.
Anak membesar pun tak sedar

Kami akan kongsikan gambar2 sepanjang xtvt ini berlangsung. Terima kasih kpd teman2 yg byk membantu menjayakannya sejak dari mula hingga selesai.
Allah sahaja yg membalasnya.

Tidak semua pengalaman dan sejarah itu boleh dikongsikan. Adakalanya ia lebih tersemat kemas di dalam hati sampai ke mati berbanding coretan yg dikongsi.

Pengalaman itu harus dirasai. Carilah, Insyallah tak rugi. Apa jua bentuk pengalaman.

Biar gambar berbicara

Jumpa lagi tahun hadapan andai ada umur berbaki. Jika tiada, Insyallah ramai lagi generasi penganti.

Salam AMAL salam perjuangan

Kelab AMAL 4x4
Paya Jaras, Sg Buloh