Featured post

Qurban AMAL 1438H @ 2017

   Nota perjalanan Qurban AMAL Qurban AMAL 1438 H di perkampungan org asli Bermula dgn perancangan membuka bhgian Qurba...

Monday 31 July 2017

Wakaf 4x4 utk AMAL

Wakaf 4x4 utk kegunaan kerja2 AMAL.

Alhamdulillah melalui perbincangan santai diantara kami, timbul balik idea utk buat kutipan wakaf AMAL bg membeli 4x4 utk kegunaan kelab dan krj2 AMAL.

Pada awal penubuhan dulu, idea ini telah dicetuskan tapi tak berapa lancar. Insyallah dgn komitmen baru dr kalangan kawan2, kami beriltizam dan berazam utk merealisasikan impian wakaf ini.

Cadangannya utk membeli 4x4 single cab Hilux double axcle dgn anggaran sekitar 30k.

Jika tuan/puan diluar sana ingin turut serta dlm pgrm wakaf 4x4 ini, boleh hubungi ditalian 0193875249 atau boleh sahaja bank in ke akaun Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB)

1203 8010 1132 24

atas nama ' Kelab AMAL 4x4'.

Jika sekiranya ada yg ingin menginfaqkan 4x4 bg tujuan sama, juga kami menerimanya dan dialu2kan malah berbesar hati menerima.
Hanya Allah saja layak membalasnya.

Kami target sekurangnya tahun 2018 sudah memilikinya.
Jom bantu kami utk sama2 beramal

Perlaburan 'Syurga impian' kerna Allah utk kemanusiaan

Kelab AMAL 4x4
Paya Jaras
0193875249

Thursday 27 July 2017

Ziarah AMAL; satu kewajipan

Ziarah AMAL.
Dulunya kami memanggil dgn Kembara AMAL, juga pernah dgn Jejak 4x4 sesekali kami juga sebut Ziarah AMAL.
Apa jua nama, konsep dan tujuan tetap sama. Atas dasar ikatan silaturahim, kita menyantuni mereka.

Mereka bukan miskin melarat hingga kita 'menyuap' setiap kali bertandang.
Mereka bukan hina hanya kerna tinggal di pondok buloh.
Mereka bukan daif hanya kerna mandi di sungai.
Mereka bukan malas hanya kerna meratah ubi utk mengikat perut.

Mereka tidak tamak meratah hasil bumi berbanding kita yg kononnya punya teknologi terkini.

Kami menjenguk mereka, kerna mereka adalah saudara kita seagama dan juga berharap mereka merasa 'cara hidup bertuhan'

Menyambung tugasan para 'sahabah'. Asbab merekalah kita kenal erti kehidupan sebenar.

Hari berganti bulan berganti tahun. Ada yg kekal ada yg pergi. Tiada keuntungan peribadi dicari. Mudah2an menjadi 'bekal' di kemudian hari. 

Rutin harian diolah agar bisa membantu perjalanan AMAL ini. 

Kepada yg masih mencari erti perjalanan ini, apakata sesekali ' buang masa' bersama kami. Merasai pengalaman itu sendiri. Manfaatkan nikmat yg diberi. Kelak semuanya akan ditanya nanti.

Buat masa sekarang kekerapan Ziarah AMAL berlangsung sebulan sekali. Membentuk jiwa supaya lebih sebati. Sesekali diuji dgn gurisan hati. Ada yg mulai ''sejuk, datang kengkawan menghidupkan api mencairkan emosi.

Tahun ini sudah berbaki bilangan jari. Cepatnya masa berlari. Andai nafas ini terhenti, Insyallah akan ada insan lain yg akan terus berlari menyambung tradisi.

Ziarah AMAL, bukan lawatan 'biase2'. 



Kelab AMAL 4x4

Paya Jaras


Tuesday 25 July 2017

Tips keselematan dlm pemanduan

Tips buat yg selalu jln jauh, penat n tido dlm kenderaan

Sekadar berkongsi ilmu.

(1) Bila buka aircond dan tutup tingkap semasa kereta tidak bergerak, oksigen akan circulate di dalam kereta.

(2) Oksigen tersebut akan makin berkurang apabila kita inhale. Sekiranya kita lama hentikan kereta,oksigen makin berkurang.

(3)Apabila paras oksigen dah berkurangan ke 16% shj,kita akan rasa sesak nafas. Sekiranya kita tidur nyenyak, x bangun & tidak keluar dr kereta,maka kita akan collapse atau tidak sedarkn diri.

(4) Paras oksigen makin berkurangan kerana semasa x sedarkn diri tu kita masih bernafas & apabila mencapai 10%, oksigen sudah x dpt dihantar ke otak & sistem tubuh tidak dpt berfungsi, dan seterusnya menyebabkn kematian

(5) Apabila kereta bergerak ok shj kerana semasa kereta bergerak,oksigen akan masuk ke dlm kereta melalui enjin bkn hanya oksigen yg sama circulate.

(6) Jika nak rehat mcm tu mmg boleh tetapi kena buka tingkap juga supaya oksigen masuk.

(7) Ketika jln sesak, kita akan rasa mengantuk kerana kadar oksigen yg masuk ke dlm kereta adalah kurang.Itu adalah tanda yg kita kekurangan oksigen. Tingkap perlu dibuka juga ketika itu. Kalau cuaca panas,x salah buka aircond & buka tingkap sedikit.

(8) Karbon monoksida dr ekzos bukanlah penyebab kematian kerana karbon monoksida dr kenderaan adalah selamat dihidu & dilepaskn oleh kenderaan kerana limit of concentration sudah dikawal. Utk menyebabkn kematian, karbon monoksida ada certain ppm  which is much higher than limit yg kenderaan lpskan.

*Please pass this info to others-famili & kwn2 sbb kita di Malaysia ni lack of knowledge mgenainya. Jika tidak, pasti kita akan ambil langkah keselamatan awal.

C&P

Wallahualam.

Sunday 23 July 2017

JAMBORI 4.0 AMAL 4x4

Program perkhemahan tahunan AMAL 4x4 kali ini akan diadakan di Negeri Selangor. Sudah beberapa tahun ianya dianjurkan diluar kini beralih ke negeri asal penubuhannya.

Tarikh telah ditetapkan pada 27, 28 & 29 Okt 2017 @ Jumaat hingga Ahad.

Sehubungan dgn itu pihak kami mempelawa semua peminat aktiviti outdoor utk turut serta.

Ia terbuka kpd semua. Ada sedikit caj dikenakan utk TS & stickerz dan tabungan amal. Tahun sebelumnya yuran sebanyak RM80 seorang. Tahun ini pun lebih kurang tetapi bergantung kpd kos penganjuran.
Kami tidak mengambil keuntungan semata2. Ianya lebih kpd pgrm mengeratkan silaturahim.

Pihak kami juga mengharapkan ada pihak yg sudi menaja Jambori 4.0 ini.
Penajaan boleh dalam bentuk samada tunai atau barangan. Setiap tajaan akan diletakkan nama di TS dan stickerz sbgi tanda penghargaan.

Lokasi Jambori 4.0 akan di maklumkan kemudian kerna masih dlm peringkat tinjauan kesesuaian agar keluarga juga boleh sertai disamping merasai xtvt lasak offroad.

Sekian dulu.

AMAL ResQ Riadah

Kelab AMAL 4x4
Paya Jaras

Qurban; isu cukup umur

Assalamualaikum wbt...

Nota Qurban

Memandangkan ada yang bertanya tentang bagaimana menentukan lembu yang cukup umur, di sini saya kongsi sedikit ilmu mengenainya..mudah mudahan bermanfaat untuk semua.

Dari Jabir bin Abdillah رضي الله عنه, sabda Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم:

لاَ تَذْبَحُوا إِلاَّ مُسِنَّةً إِلاَّ أَنْ يَعْسُرَ عَلَيْكُمْ فَتَذْبَحُوا جَذَعَةً مِنَ الضَّأْنِ

Maksudnya: "Jangan kamu menyembelih korban melainkan yang telah musinnah kecuali jika kamu sukar mendapatkannya, maka sembelihlah anak daripada biri-biri." (Hadis riwayat Muslim)

Adapun musinnah itu ialah ats-tsaniy (yang gugur gigi hadapannya) daripada binatang ternakan unta, lembu dan kambing. Maka ukuran umur bagi binatang korban itu ialah:

1. Unta yang gugur gigi hadapannya ialah yang telah sempurna umurnya lima tahun dan masuk tahun keenam.

2. Lembu, kerbau dan kambing yang gugur gigi hadapannya ialah yang telah sempurna umurnya dua tahun dan masuk tahun ketiga.

3. Manakala kambing biri-biri dan kibasy memadai yang berumur cukup satu tahun atau yang gugur gigi hadapannya walaupun belum cukup umurnya satu tahun dengan syarat telah melimpasi umurnya enam bulan. (Al-Majmu‘ 8/286-287 dan I‘anah ath-Thalibin 2/518 karangan imam Nawawi)

c) Jelas melalui kata2 imam Nawawi di atas CUKUPNYA UMUR LEMBU 2 TAHUN DITANDAI DENGAN GUGUR DUA GIGI SUSUNYA DAN DIGANTI DENGAN DUA GIGI KEKAL, yang mana saiznya lebih besar dari gigi susu.

d) jadi mana2 individu yang mendakwa lembunya sudah cukup umur tapi belum gugur gigi susunya sebanyak 2 batang maka dia telah BERBOHONG dalam perkara ini.

Contoh gambar dibawah lembu cukup umur dua gigi hadapan lebih besar dari gigi disebelah kiri dan kanan. Berbanding lembu tidak cukup umur gigi hadapan sama dengan lainnya tanda masih bergigi susu.

Wallahualam.

Saturday 22 July 2017

Pos Lemoi

Pos Lemoi, Cameron Highland.
16 Julai 2017

Lokasi pos ini tidaklah jauh tetapi treknya agak mencabar. Merentasi lereng bukit bersulamkan sayur2an oleh pengusaha tanaman disini menjadikan perjalanan offroad kali ini lebih 'menyeronokkan'.

Dar Masjid An Nur, Ringlet ke simpang masuk ke Lemoi lebih kurang 5km sahaja dan utk ke KOA ini mengambil masa sekitar 1 jam perjalanan jika cuaca kering.

Kami telah membuat 'marking' trek kemari. Jika tuan2 bercadang ke Lemoi, boleh dapatkan trek tersebut di blog kami.

Bukan Lemoi saja, ada lg beberapa lokasi KOA yg telah kami 'mark' utk memudahkan semua.

Terdapat 3 buah kampung utama di pos ini; Lemoi, Terlimau dan Chenai Peraq.

Terlimau 

Hanya terdapat 3 buah keluarga muslim setakat hari ini dan baki lebih kurang 23 keluarga menganut pelbagai kepercayaan. 


Penduduknya mengusahakan tanaman sayur2an dgn bantuan MARDI dr segi peralatan dan benih sementara pasaran dilakukan sendiri oleh para penanam. 

Tok Batin Salman, 44 tahun ketua kpd komuniti disini. Memiliki 5 org anak dan beberapa org cucu. Orgnya senang didekati dan ramah bila berbicara. 

Selain dr rumah tradisional OA, juga terdapat lebih kurang 9 buah rumah batu yg dibiayai oleh JKOA.
Anak2 pddk bersekolah di Sek Keb Lemoi dengan jarak lebih kurang 3km dan kesemua mereka tinggal di asrama sekolah.

Penulis sempat menyapa 2 keluarga muslim disini utk bertanya perkembangan dan kefahaman mereka. Rata2 mereka masih baru
Masih banyak yg perlu dibantu.

Bila ditanya kpd Ahmad, salah seorang saudara baru disini, ada dapat bantuan duit? Ada katanya. Berapa? Dapatlah seribu. Boleh buat belanja anak2, katanya. Tinggal di rumah buloh betul2 rumah pertama di simpang masuk Terlimau bersama isteri dan 4 org anak.

Lemoi.
Ketinggian 1100m dr paras laut menjanjikan keadaan yg 'mendamaikan' di malam hari. Angin kuat tambah bila hujan boleh menusuk ke tulang.
Jadi... jika bercadang ke Lemoi jgn lupa 'standby' apa yg patut.

Terdapat sebuah sekolah, surau dan dewan sbgi infa utama disini.


Kebetulan waktu ini, UTM melalui projek CSR sedang menjalankan kerja2 pemasangan letrik hydro dgn konsep Vortex dan penghasilan tenaga 5k jika siap nanti. Ini adalah projek printis team UTM utk KOA.

Jadi kedatangan kami kesini juga sebahagian dr misi ziarah amal selain sbgi rakan NGO dan sukarelawan bg projek ini.

Dalam keterbatasan masa, sempat juga bertanya khabar guru2 yg mengajar disini. 

Tabah sungguh mereka disini berulang alik sekurang2nya seminggu sekali utk menabur budi mengajar disini. Mudah2an mereka semua tabah


Insyallah dilain masa kami bercadang utk berinteraksi dgn pddk disini melalui pgrm2 yg bakal diatur pd tahun hadapan.

Chenai Peraq
Bergitulah lebih kurang sebutan dan ejaannya. Kg ini hanya boleh dilalui dgn berjalan kaki. Tiada laluan motor apatahlagi 4x4.
Nampak gayanya kena ada satu usaha yg berterusan utk menghubungkan kita dgn pddk disini. Jom ngecass !!

Kalau berjalan kaki, ia akan mengambil masa sekitar 2 jam dgn kekuatan OA. Kalau penulis mungkin 4 atau 5 jam. Boleh pitam ooo..mental kalau tak kuat boleh tidur tepi jalan jawabnya.

Jika ada kecemasan utk ke hospital misalnya, perkhidmatan helikopter akan disediakan oleh pihak berwajib.

Sekadar ini dulu catatan perjalanan Lemoi. Insyallah kita bakal bertandang lagi.

Terima kasih buat teman2 yg menemaiku ke Lemoi. Asalnya nak hasut 2 3 bijik jer tp syukur 8 biji boleh 'polow' abam.
Jgn nyesal noo..

Jika ada dikalangan tuan/puan yg sudi membantu usaha ini, boleh salurkan sumbangan ke akaun  maybank
5621 0662 9999 atas nama kelab amal 4x4.

Byk yg kita perlu 'laburkan' utk usaha ke arah keredhoanNya. 


Jefry, khazain, hafiz, ali, nazri, adam, othman dan penulis juga teman2 yg lain.

Ramai ketemu kenalan baru disini.
Dr Asan Dr Shamsul Hairul Haramjitsingh arapaima dll.. bertuah bertemu kamu semua.

Mudah2an silaturahim ini berkekalan

Lemoi; detik permulaan.
Menyambung jajaran AMAL.
Lejang - Lemoi - Hendrop - Tuel - Hau

Sekian

Salam amal salam perjuangan

Kelab AMAL 4x4
Paya Jaras.