Featured post

Qurban AMAL 1438H @ 2017

   Nota perjalanan Qurban AMAL Qurban AMAL 1438 H di perkampungan org asli Bermula dgn perancangan membuka bhgian Qurba...

Sunday 18 February 2018

Recce AMAL ke Selatan 2018

Recce AMAL ke Selatan.
10 & 11 Feb 2018

Alhamdulillah kali ini team berkunjung ke selatan tanahair; Johor dlm rangka kerja Amal berkaitan perkampungan orang asal dan lokasi utk xplorasi Outdoor.

Bekok, satu destinasi yg dipilih kali ini. Disini terdapat dua elemen penting bagi kami; perkampungan orang asal dan hutan simpan Endau Rompin ( Selai) yg sesuai utk aktiviti 'Outdoor'.

Untuk sampai ke lokasi sangat mudah. Bagi yg melalui lebuhraya PLUS, boleh keluar di Tol Yong Peng seterusnya ke Chaah dan Pekan Bekok.

Jarak dr simpang luar ke pekan ini sekitar 5km sahaja. Tuan/puan yg bercadang ke Taman Negara Endau Rompin perlu mendaftarkan diri di Pejabat Tmn Negara dengan beberapa caj seperti permit hutan dan bayaran kenderaan disamping tidak ketinggalan juga ........ GST 😅😅.

Pihak Tmn Negara telah menyediakan pelbagai pakej utk pengunjung. Tuan/puan boleh memilih samada menggunakan pakej mereka atau pilihan sendiri. Mereka akan 'code' harga berdasarkan permintaan pengunjung.

Kunjungan pertama kesini lebih kepada meninjau kemudahan yg disediakan dan melihat sendiri persekitaran. Ketika tinjauan ini, pihak pengurusan sedang membaik pulih beberapa kemudahan seperti chalet, surau, dapur dan lain2 terutama di ' Lubuk Tapah'

Sebelum ke Tmn Negara, team telah meninjau beberapa perkampungan orang asal yg berbetulan akan dilalui jika ingin ke Tmn Negara.

Kg Selai, Kudung, Tamok, Kimidak dan Sri Tembayan antara nama kampung org asal disini. Penduduknya dianggar seramai lebih daripada 1000 orang dan sekurang2nya 300 org beragama Islam.
Terdapat sebuah surau disini dan beberapa dewan lain utk kegunaan orang kampung.
Walau bagaimana pun byk kemudahan seperti tidak diurus dengan baik. Inshallah kami cuba mengaturkan satu aktiviti AMAL bg menceriakan persekitaran kampung ini.
Tarikh dan segala yg berkaitan belum diputuskan lagi. Pihak kami masih mengumpulkan dan mencari 'komitmen' di kalangan tuan/puan yg minat aktiviti Outdoor, sukarelawan sambil beranal

Mungkin ada dikalangan tuan puan samada mewakili Kelab rekreasi, NGO, koporat atau individu yang berminat, jom kita sama2 menyumbang sesuatu utk kebajikan dan kebaikan kita semua.

Hubungi kami utk info lanjut

Kelab AMAL 4x4
Paya Jaras
0193875249

------------------------------------------
Outdoor & Offroad - ODOR
Lot 3024 Kg Paya Jaras Tengah,
47000 Sg Buloh,
Selangor.

4x4 modification & custom centre
Outdoor gadgets
Survival camp consultant