Featured post

Qurban AMAL 1438H @ 2017

   Nota perjalanan Qurban AMAL Qurban AMAL 1438 H di perkampungan org asli Bermula dgn perancangan membuka bhgian Qurba...

Friday 13 July 2018

Kesatuan Kelab 4x4

Kesatuan kelab-kelab 4x4

Ratusan kelab-kelab 4x4 samada berdaftar atau tidak. Samada besar atau kecilan yg tumbuh ibarat cendawan selepas hujan. Masing2 punya daya tarikan tersendiri. Alhamdulillah.

Alangkah baiknya kalau semua ini dapat disalurkan dibawah satu 'kesatuan' bagi menyelaras aktiviti disamping menjaga kebajikan pemilik 4x4.

Umumnya mengetahui bahawa geng2 4x4 ini bersedia memberi sumbangan bagi kerja-kerja Amal jika diperlukan.
Pihak kerajaan sepatutnya sudah nampak keperluan ini untuk mengiktiraf peranan mereka sbgi 'unsong hero' dgn memberi sedikit 'insentif' berpatutan sambil menyatukan mereka dibawah satu 'Jabatan sukarelawan negara'

Penulis acap kali menyuarakan pandangan dikalangan pemilik atau NGO yg byk terlibat dlm kerja Amal jika ada kesempatan bertemu mata walau hasilnya belum kelihatan lagi tentang peri pentingnya penyatuan ini.

No comments:

Post a Comment