Featured post

Qurban AMAL 1438H @ 2017

   Nota perjalanan Qurban AMAL Qurban AMAL 1438 H di perkampungan org asli Bermula dgn perancangan membuka bhgian Qurba...

Monday 27 August 2018

Qurban AMAL Pos Lemoi 2018

Qurban AMAL Pos Lemoi 1439/2018

Alhamdulillah, segala pujian hanya Layak kpd Allah, pencipta sekelian Alam kerna mempermudahkan kami melaksanakan ibadah Qurban kali ini. Terima Kasih juga kpd team yg banyak membantu menjayakannya. Mudah2an ada pahala disitu.

Kali ini team beraktiviti seramai lebih kurang 25 orang dewasa termasuk kanak-kanak.

Bermula dgn iklan Qurban dgn kadar RM600/bahagian dan proses penyembelihan serta melapah seawal hari raya pertama sebelum dibawa ke Pos Lemoi pd Jumaat mlm sabtu 24 Ogos 2018.

Kg Telimau
Kampung ini sebahagian drpd Pos Lemoi. Hanya ada 3 buah keluarga muslim disini. Tiada surau dan pengetahuan pun masih kurang. Kalau ada mana individu atau kumpulan yg berminat utk membantu mereka boleh hubungi kami utk sama2 kita berkerjasama.

Jarak ke lokasi tidak jauh dr jalan utama Ringlet - Sg Koyan hanya sekitar 14km sahaja tetapi terpaksa melalui lereng bukit kebun sayur sebelum melalui anak hutan utk sampai ke kampung ini.
Mereka amat2 memerlukan bantuan dan keprihatinan anda semua.

Kg Lemoi
Tok Batin Zainal sbgi kepala kampung dgn seramai lebih kurang 39 buah keluarga dgn anggaran 250 org penduduk.
Mempunyai sekolah, surau, dewan dan terbaru projek Hidro Vortex hasil usahasama UTM untuk membekalkan tenaga letrik bg kegunaan org kampung.