Featured post

Qurban AMAL 1438H @ 2017

   Nota perjalanan Qurban AMAL Qurban AMAL 1438 H di perkampungan org asli Bermula dgn perancangan membuka bhgian Qurba...

Sunday 3 June 2018

Ziarah AMAL Ramadan Pos Hendrop Tuel 2018

Ziarah AMAL Ramadan Pos Hendrop Tuel
26 & 27 Mei 2018
Sabtu Ahad

Alhamdulillah segala pujian hanya Layak buat pencipta; Allah.
Selawat dan Salam buat junjungan besar, Rasulllah Muhammad s.a.w

Setelah agak lama berehat drpd xtvt ziarah AMAL, kali ini team melalui taqwin yg telah disusun sepanjang tahun 2018 telah menetapkan Pos Hendrop Tuel menjadi lokasi ziarah AMAL kali ini.

Sebagaimana biasa ziarah2 sebelumnya, team mempromosi xtvt di media selain mencari sumbangan, zakat dll utk perjalanan xtvt.

Jumaat 25hb Mei.
Berkumpul di 'markaz' Kelab AMAL 4x4, Paya Jaras jam 10 mlm kira2 lps terawikh. Susun barang sumbangan, pakaian terpakai dll seterusnya bergerak ke Rawang utk mengisi minyak.
Perhentian seterusnya selepas keluar Tol Tapah, 'mengngeteh' di restoran sambil bersahur krn jam sudah menunjukkan pukul 230 pagi. Ini kerna tiada lg kedai makan selepas ini sebelum sampai ke Masjid Kg Raja, Cameron.

Sabtu 26hb Mei.
Subuh di Masjid Kg Raja Cameron Highlands. Seusai solat, duduk bincang sesama bg menyusun kembali brg2 keperluan tambahan. Dah seperti biasa ada juga brg yg tertinggal. Kali ini tong gas. Mujur ada kedai blh buat deposit tong gas.  Alhamdulillah.

Selesai semuanya terus bergerak ke Pos Hendrop utk bertemu Imam Aris, Imam dan pengerak utama aktiviti di pos ini. Mudah2an beliau tabah dan terus berbakti. Sedikit sumbangan utk masjid dr sumbangan org ramai.

Kg Perlog, Pos Tuel.
Dulunya kami biasa singgah di Kg Hanir, perkampungan sebelum Kg Perlog. Tp disebabkan masalah air utk memasak dsbgnya, kami berpindah aktiviti ke Kg Perlog.
Di kampung ini pengerak agama adalah drpd JAKIM, Ustzh Amalina. Alhamdulillah kerjasama yg baik diantara beliau, penduduk kampung dan juga NGO luar.

Sesampai saja disini, team dapur terus dgn peranan mereka utk menyediakan juadah utk berbuka puasa dgn anggaran seramai 250 org.
Kebetulan pada masa yg sama team dpd Masjid Bangsar turut menziarahi kampung ini tetapi mereka di Masjid Kg Tuel, kampung bersebelahan.
Cuaca hari ini masih cerah memang sedap kalau berendam. Sesekali dapat berendam memang menyegarkan badan.

Ziarah AMAL kali ini, penulis dapat bertemu mata dgn ramai pengerak terdiri dpd pelbagai NGO. Diharap kerja2 Amal sebegini mendapat sokongan dpd semua pihak samada kerajaan, badan koporat, individu yg prihatin kpd saudara 'seaqidah'. Mereka di dalam ini perlukan sokongan luar. Jom kita bersama!

Pabila hampir berbuka, takdir Allah hujan turun dgn lebat. Jadi ketika menghulurkan juadah berbuka puasa terpaksalah saudara2 kita berbasah sedikit utk mengambil juadah.
Kami yg hanya bertemankan lampu picit berbuka dlm kedinginan hujan. Alhamdulillah semua dipermudahkan Allah. Disebabkan itu kami 'mentakhirkan' solat agar semuanya selesai dahulu.
Dibawah 'flysheet' dapur, kami duduk sambil 'bertaaruf' seperti kelaziman. Ini disebabkan ada rakan2 baru pertama kali 'join' ziarah AMAL ini. Masing2 memperkenalkan diri. Alhamdulillah.

Selesai makan dan taaruf, kami berkemas. Simpan baki makanan utk persiapan bersahur esok.

Sehingga jam 10 mlm, hujan masih membasahi kampung. Selesai jamak takhir, kami bertarawikh dan bersuai utk melelapkan mata. Ada keluarga yg bermalam di 'pondok' masak sementara penulis dan beberapa kawan lagi memiliki menginap di surau. Lena sampai ke Sahur 'time'.

Waktu sahur, baki lauk semalam tambah lagi sikit lauk yg sempat dimasak, kami sahur bersama disamping beberapa pddk kampung. Difahamkan sesetengah pddk bersahur di Masjid Kg Tuel.

Selesai Subuh, tazkirah ringkas seperti biasa dan bila mata hari menunjukkan sedikit wajahnya, kami bersiap membungkus barang sumbangan utk diagihkan kpd pddk kampung. Asalnya utk 26 - 30 keluarga tapi bila wakil pddk cdgkan diberi sampai ke pddk di bawah sana, dari 26 pax kami pecah kan hingga 72 pax. Dapat lah walau seorang sedikit.
Alhamdulillah dan terima Kasih kpd dermawan semua. Teruskan membantu kami utk siri ziarah AMAL akan datang.

Selesai agihan kpd pddk kampung, kami keluar seawal 10 pagi utk ke Kg Hanir pula. Ada sedikit sumbangan utk mereka. Sambil2 tu bertanya khabar pddk kampung. Ali; wakil pddk disini tiada ketika ini. Jadi nak dapat kan info kampung tak kesampaian. Surau yg dulu berpagar dawai kini berganti buluh.

Jam menunjukkan pukul 1145, Musim2 puasa ni perjalanan kena segerakan. Jadi kami semua berpisah di Masjid Pos Hendrop utk masing2 memilih jalan ke destinasi seterusnya.

Alhamdulillah dan terima Kasih kpd kawan2 dan dermawan yg membantu kami meneruskan ziarah AMAL Ramadan ini.

Terima Kasih sekali lagi.
Othman, Lukman, Azmin, Abg Din, Hj Bahri, Hj Zul, Syahrul dan keluarga yg turut serta. Tak lupa buat sahabat pemusafiran kami yg datang jauh dr Muar seorang diri, Asmawi. Terima Kasih

Sekian dulu catatan kali ini. Yg terkurang mohon maaf.

Pihak kami mengalukan penyertaan semua pihak dan pelbagai bentuk bantuan.

Hubungi kami utk info lanjut

Penulis

Bg pihak Kelab AMAL 4x4

*Nota tazkirah

andai perjalanan ini mudah nescaya ramai yg akan menuruti.
Ramai org ingin berbuat Baik tapi adakah kebaikan utk selari dgn syariat?