Featured post

Qurban AMAL 1438H @ 2017

   Nota perjalanan Qurban AMAL Qurban AMAL 1438 H di perkampungan org asli Bermula dgn perancangan membuka bhgian Qurba...

Tuesday 26 September 2017

Mat Daling 2.0 2017

Mat Daling, Jerantut, Pahang.
21 - 24 Sept 2017
1 - 4 Muharram 1439

Catatan perjalanan AMAL 4x4.

Bersempena cuti panjang awal  Muharram 1439h kali ini, team telah mengatur satu Ziarah AMAL dan Riadah ke perkampungan org Melayu di kejauhan hutan belantara, Mat Daling.
Satu lokasi yg mempunyai kenangan khususnya kpd penulis utk mencabar diri buat kali ke 2 ke kampung ini melalui Felda Lepar Utara. Satu perjalanan yg jauh dan letih tetapi mengujakan dan kali ini bersama dgn team baru. Terima kasih kawan2 yg menyertai.
Pengalaman pertama dulu sekitar bulan Jun 2011 dan kini ingin mengulangi jejaki Mat Daling ini kembali utk menyambung silaturahim dan melihat perkembangan kampung disini.

21 Sept 2017 @ Khamis

Masing2 menyediakan kelengkapan dan peralatan yg sesuai utk ke Mat Daling. 
Kami berkumpul di Petronas Gombak sebelum tol plaza dan bergerak ke Tol Temerloh kurang lebih jam 12 malam dan tiba di check point ke 2 di Markaz Pas Kerdau pada pukul 230 pagi utk bermalam sebelum bergerak keesokan hari.
Alhamdulillah tempat yg selesa buat semua. Tempat ini juga menjadi perhentian pertama sewaktu awal kunjungan ke Mat Daling 2011.

22 Sept 2017 / 1 Muharram 1439H @ Jumaat.

Seawal subuh bangkit utk menunaikan tggjawab kpd Allah dan bermesyuarat ringkas utk pergerakkan seterusnya.
Team bersarapan di warung bersebelahan markaz ini sebelum bergerak mencari bahan mentah utk bekalan selama 3 hari mendatang.
Kurang lebih jam 9 pagi, team bergerak ke Pekan Jerantut utk membeli brg keperluan seperti yg diputuskan dlm mesyuarat dan jam 11 pagi kami tiba di Caltex Felda Lepar, sebelum beransur menyusur kembali jejak Mat Daling 2011.

Banyak juga yg telah berubah. Cuma kelebihan team kali ini, kami telah menggunakan aplikasi dan kemudahan satelit bg memudahkan mencari jejak. Terima kasih kpd team. Trek ini memang sebelumnya belum ada lagi team 4x4 yg ' marking' trek ini melalui Felda Lepar utara kecuali oleh geng2 moto.

Tuan/puan boleh dapatkan trek ini di blog rasmi kami. Mudah2an memberi manfaat buat semua.

Perjalanan ke Mat Daling memang jauh. Kalau moto2 kecil perlu bekalan petrol yg cukup bg menempuh perjalanan ini
Sepanjang perjalanan ke simpang pertama ke Mat Daling, byk lokasi menarik utk dilawati seperti Gunung Senyum, Gua Batu Gelanggi dll. Memang menarik buat pengemar alam semuajadi

Jejak Mat Daling bermula.

Disimpang tanah merah selepas Pej Renjer Hutan Tekam ini bermulalah satu perjalanan yg jauh dan mencabar mental para peserta.

Dulunya (2011) diawal 'pintu' ini tidak terdapat perkampungan org asli tapi kini ia telah didiami oleh beberapa buah rumah OA yg terdiri dr suku kaum Jakun. Sempat juga bertanya khabar selain memastikan trek yg bakal ditempuh ini, betul simpangnya.
Mereka membuka penempatan ini pada tahun 2014.

Kini (2017), sepanjang perjalanan sebelum sampai sungai besar Ulu Tekam, byk kerja pembalakan sedang giat dilakukan. Salah satu sumber pendapatan negeri. Kesan kpd alam sekitar, tuan/puan diluar sana mungkin sudah lebih maklum.

SG BESAR ULU TEKAM.

Dulunya (2011), sungai ini kelihatannya bergitu gah dan luas tapi kesan banjir besar 2014 keadaan jambatan dan sekitar sungai agak ketara perubahan tambahan lagi kerja2 pembalakkan masih aktif disini. Cadang utk melabuhkan diri disini ditangguhkan utk mencari tempat yg lebih sesuai dan redup sedikit.
Akhirnya lebih kurang dlm 2, 3 km kami berehat berdekatan dgn 'kongsi' yg telah ditinggalkan ditepi sungai. Alhamdulillah dapat berehat,  solat dan masak makan tengahari pd jam 2 ptg.
Setelah selesai semua, lebih kurang pukul 330 ptg team bersiap utk terus ke Mat Daling. Tak byk lokasi yg menarik disepanjang trek ni. Cuaca yg kering memudahkan sedikit perjalanan ini. Jika hujan seperti di KL/ Selangor ketika ini, mau bermalam tengah hutan ni.

Byk lagi jejak2 yg ditinggalkan oleh binatang liar disini dengan kesan najis dan juga tapak menjadi bukti kehadiran mereka disini.

MAT DALING, 7 malam team tiba 😀☺

Kalau dahulu (2011), penulis dan geng tiba sekitar jam 630 ptg, kali ini lewat sikit 7 mlm. Mmg ini lah lebih kurang 'timming' nye..
Bila terserempak dgn najis kerbau, dlm hati sudah berkata2, ' dah dekat ni dgn kg', Alhamdulillah..sbb hari sudah semangkin gelap.
Tiba disebuah bukit, tetiba Handpon berbunyi 😀😀😀, ada line ? sudah ok ni.. pastu org belakang pula bunyi, ada internet !! ☺☺, wah Alhamdulillah !! semangkin maju Mat Daling.
Bergitu kesan pembangunan, dunia yg jauh kini boleh didekatkan. Dah dekat jgn diputuskan. 

Bertemu mata adalah sunnah utk bersilaturrahim..maka kesini lah kami.

Sesampai disini dengan penuh keletihan, team menyusun kenderaan lantas menyapa beberapa org penduduk disini, bertanya khabar dan berhajat utk beriktikaf di Masjid Kariah Mat Daling barang semalam sebelum meneruskan Ziarah AMAL ke kg lain pula. Alhamdulillah diterima baik hajat kami.

Team dapur paling mengujakan. Tak tunggu lama terus 'setup' dapur. Org masjid pula bg kebenaran utk menggunakan pekakas yg tersedia di dapur masjid. Alhamdulillah..

Bestnya masjid kampung ini, walau jauh di pedalaman, masih mesra musafir spt kami. Bilik air ada shower dan mesin basuh. Boleh jd contoh buat semua masjid terutama yg berdekatan jalan besar/ utama supaya lebih mesra musafir.

'Sama2lah kita kembalikan fungsi sebenar masjid yg telah lama terpinggir'...renung2kanlah..Ramadhon dtg dan pergi sepanjang tahun. Al Quran di khatam. Masa utk di'tadabbur' risalah itu.

Bersembang dan makan malam dengan beberapa org pddk kampung termasuk imam masjid bg mengetahui perkembangan kampung. Kalau dulu semasa kunjungan pertama, team bermalam ditepian sungai Ulu Tembeling berdekatan kampung. Tapi kali ini kami memilih utk 'beriktikaf'. 
Terima kasih sekali lagi buat pddk kampung.
 

SABTU 23 Sept 2017 @ 2 Muharaam 1439h.

Selesai subuh, bertazkirah dan mesyuarat pergerakkan seterusnya. 
Sarapan pagi ala kadar di masjid selain menyapa pddk sekitar masjid. Sementara penulis mengambil peluang bertandang ke rumah Pak Wahab, siak masjid ini.
Beliau ada membela 18 ekor kerbau dan dibiarkan bebas mencari makan disekitar hutan kecil dipinggir kampung sebelum pulang ke kandang lewat petangnya.

Kampung ini juga terlibat dlm banjir besar 2014 dan rumah beliau ditengelami banjir setelah Sg Tembeling bersebelahan naik mendadak.

Setelah selesai ziarah, team bersiap utk melawat sekitar kampung utk merasai 'roti canai' disini tp sikit hampa penebarnya cuti pula. Walaubagaimana, team tetap melepak di warung Kg Semene ini.

Pengusaha warung ini berasal dr Keratong dan berkahwin dgn pddk asal disini. Enak juga merasai masakan kampung di warung ini. Gulai biji getah dimasak dgn ulam, Rom nama gulai ini selain merasai ikan sungai yg dimasak goreng rangup. Alhamdulillah terima kasih

Berhadapan dgn warung ini terdapat homestay utk pengunjung menyewa sambil menikmati panorama Sg Ulu Tembeling. Kalau musim buah tentu lebih menarik.
Bukan disini sahaja malah ramai lagi dikalangan pddk kampung yg mengusahakan 'homestay' kpd pengunjung. Jadi kalau ada yg bercadang kemari, boleh 'berhomestay' atau beriktikaf seperti kami atau lainnya berkhemah ditepi sungai.

KAMPUNG BANTAL
Kampung ini bersebelahan saja dgn Kg Semene dan Kg Bukit Mat Daling
Kami tidak lama disini, sbb tujuan utk segera ke Kuala Sat. Ada sebuah quaters klinik kesihatan sdg dlm proses pembinaan. Mudah2an dapat disiapkan mengikut jadual.

KAMPUNG KOMEL

Asalnya kami tidak bercadang kemari. Sedang kami asyik melayan trek menuju Kg Kuala Sat dan menyusuri laluan 'highway' yg sdg dlm pembinaan oleh kontraktor dilantik, dihadapan kami ada sepasang suami isteri sedang menunggang motosikal.
Kebetulan mereka berhenti disatu simpang dan penulis turun utk bertanya simpang ke Kuala Sat. 

Disebabkan kerja2 masih giat dijalankan, papantanda arah lokasi mmg tiada.
Mereka mengatakan bahawa simpang ni menghala ke sebuah kampung, Komel namanya. Jadi kami mengambil peluang utk pergi jenguk kampung ini memandangkan jaraknya pun tak berapa jauh.

Disinilah takdirnya dipertemukan dgn Pak Musa Dolah, 78 tahun.
Rumah beliau ditepi Sg Tembeling memang mengasyikkan. Kebun getah dan lopak2 tempat kerbau berkubang tambahan ramah tamah bicara loghat Pahang yg 'ori' menambah lagi rencah perjalanan AMAL ini.

Alhamdulillah terima kasih Allah kerna mempertemukan kami.

Lebih kurang setengah jam disini, team bergerak keluar menuju Kuala Sat.

KUALA SAT,  23hb Sept @ Sabtu.

Kami tiba disini lebih kurang pukul 2 ptg. Terserempak dgn beberapa buah 4x4 NGO disini. Mungkin mereka ada aktiviti bersama pddk kampung. Sambil melihat 'pot' nak pacak khemah tepi sungai, kami menyapa beberapa orang pddk kg dan ada setengah drpd mereka mengusahakan bot sewa utk aktiviti riadah sungai. 

Untuk makluman, kampung ini juga terlibat dlm banjir besar 2014. Sekolah dan masjid antara yg terlibat.

Bagi kaki pancing disinilah antara destinasi yg dicari. Di sepanjang sungai ini yg menghala ke Gua Musang adalah lubuk ikan kelah. Dengan sedikit bayaran dan permit, tuan/puan boleh menyelusuri sungai yg cantik ini sambil memancing.

Jika ada yg berminat melihat ikan cantik2, boleh ke rumah terapung dgn sedikit bayaran dengan menabur makanan bg menarik ikan ke rumah tersebut.

Sementara ingin memacak khemah, kami bersolat sebentar di Masjid Kg Kuala Sat.
Selepas solat kami berbincang sebentar samada ingin terus disini atau terus ke Kuala Tahan kerna ada 'hasutan' supaya kami terus ke sana. Lebih menarik katanya.

Kalau ikut perancangan asal, kami akan bermalam disini ditepian sungai tetapi atas beberapa alasan semua bersetuju utk terus ke Kuala Tahan.

Sebelum bergerak ke Kuala Tahan, team sempat 'ngeteh' didibg warung sebelah masjid bg mengalas perut sbb kami tak masak utk 'lunch' kali ini kerna ingin terus ke KT dan lebih kurang jam 340 ptg kami bergerak ke sana.

KAMPUNG PAGI - 23 Sept 2017.

Sebelum ke Kuala Tahan, team berhenti sebentar di Kg Pagi. Perjalanan yg pjg memang meletihkan. Jadi berhenti sekejap 'buang' ngantuk mata.
Kami tidak berlama-lamaan disini kerna perlu ke KT dgn segera.

Dalam sibuk2 tu, bila berada disimpang  Mat Daling ( laluan ke 2 selain dr Felda Lepar), team sempat juga 'konar' ke pot sini.
Nampak mcm menarik tp 'mindset' sudah ke KT, lantas kami segera ke sana. Jam sudah menunjukkan 615 ptg. Lebih kurang pukul 650 kami tiba di KT.

KUALA TAHAN - 23 sept @ Sabtu

Lokasi bg pengunjung luar dan dlm negara yg berminat dgn xtvt sungai.
Ada restoran terapung, bot utk disewa, gerai cenderahati dll.

Melihat kpd persekitaran, kami rasa mcm tak sesuai dgn citarasa kami. Mesyuarat tergempar memutuskan utk kami segera keluar sblm hari gelap utk bermalam di Markaz Pas Jerantut. 

MARKAZ PAS JERANTUT - 9 mlm

Jenuh juga nak sampai sini. Pusing punya pusing, kami sampai pd jam 9 mlm. Sepanjang perjalanan dalam kegelapan Maghrib, dikiri kanan byk lagi lokasi menarik boleh dikunjungi. Tetapi kami tak cukup masa. Lain kali mungkin boleh kemari. Minyak petrol mcm nak habis terutama penulis yg menggunakan petrol berbanding kawan2 yg menggunakan diesel.
Satu tangki penuh boleh pusing 'around the world'..
Minyak pulak mahal skrg..masa utk buat perubahan. Nikmat harus dikongsi bukan diboloti

Perut pun dah berbunyi. Sesampai jer lokasi, Team dapur yg cekap pantas 'setup' dapur dan terus masak.
Ayam ada, arnab ada, kambing ada, sirap bandung ada, xtra Jos pun ado ☺.
Maka...disini lah kami hinggaa keesokan hari.
Alhamdulillah...

Selepas memenuhi kehendak perut masing2, kini tiba masa utk meluruskan pinggang.
Maka berehatlah kami hingga ke subuh disini.

Seuasai Subuh, bertazkirah dan berbincang langkah seterusnya.

Kami kesemuanya ada 5 buah 4x4.
Sebuah ( Othman n frenz) memutuskan utk ke Temerloh sebelum ke Bahau utk 'xplore' jln sebelah sini. Sementara kami berempat buah bergerak ke Lata Meraung, Sg Kiol, Jerantut.

Ada sebuah perkampungan org asli dan air terjun yg mengujakan mengikut kata Komander Unit AMAL kawasan yg menjenguk kami di markaz malam tadi. Alhamdulillah dan terima kasih kerna kami bisa menumpang disini.

LATA MERAUNG SG KIOL.

Lokasi nya tak berapa jauh dr markaz. Lebih kurang setengah jam kami tiba dilokasi.

Lokasi pertama agak tercemar sedikit dgn sampah sarap. Lantas kami ke lokasi ke 2 yg terdapat air terjun. Pun bergitu byk juga kemudahan yg sudah tidak diselenggara tapi mujur air terjun yg 'membahagiakan'. Lebih kurang 2 jam disini kami pun beredar pulang.

Penulis macam biasa lah bergerak malam.  Yang lain terus bergerak pulang. Jadi kami sekeluarga mencari masjid utk berehat menunggu malam sebelum mencari patin tempoyak tepi sungai. Macam tak sah kalau berkunjung kemari tapi tak 'berpatin tempoyak'

Sekian dulu nota perjalanan AMAL kali ini. Salah silap mohon maaf. 

Buat teman2, kamu orang memang terbaik. Mudah kiro sene bahaso

Alhamdulillah dan terima kasih buat semua gengz yg terlibat. Komitmen dan silaturahim tuan2 amat2 dihargai.

Insyallah 'next time', kita jejak semula Mat Daling dgn trek yg lain pula.

Mudah2an kerja buat kita ini diterima Allah sbgi pahala.

Dedikasi buat teman2.....
Adam, Yoep Kota Raja, Imam Raja, Yoep Klang, Othman, Zaiem, Lukman Hakim, Cikgu Hariz sekeluarga serta keluarga.

Mat Daling 2017, 
Kini tertulis dalam kenangan.
Buat sembangan generasi mendatang.
Mudah2an satu hari nanti kau mengerti erti perjuangan.


Salam AMAL salam perjuangan




Pak Kiyai
Pengasas Kelab AMAL 4x4
Team Sekretariat AMAL

Muharram 1439H
Sept 2017