Featured post

Qurban AMAL 1438H @ 2017

   Nota perjalanan Qurban AMAL Qurban AMAL 1438 H di perkampungan org asli Bermula dgn perancangan membuka bhgian Qurba...

Thursday 31 August 2017

WUKUF di Arafah

Wukuf; ada falsafah yg dilupakan.

Ia adalah simbol penyatuan ummah.
Ia adalah tempat penyelesaian permasalahan ummah

Mest 'bersebab' sehingga ia dijadikan rukun dlm ibadah.
Lantas kenapa kita alpa dalam memahaminya?

Kenapa kita hanya leka kpd juzuk2 ibadah sehingga lupa jiran sebelah menyebelah.
Mereka dibantai berdarah mempertahankan Aqidah dan maruah sedangkan kita menjerit kisah bola dengan mengadap juadah.

Wukuf; falsafah yg dilupakan....

Dunia Islam diratah semahunya. Kisah yg disebut 'Kekasih Allah' lebih 1400 tahun sudah.

Kita sedang sakit dan kita tahu rawatannya tapi kita membiarkannya dengan sedar

Al wahnn ; kasihkan dunia dan takut mati

Wukuf; falsafah yg dilupakan....

Tempat himpunan cerdik pandai, hartawan, pentadbir kerajaan, kenamaan dan ummah.
Leka beribadah mengharapkan 'berkah'..
Berdoalah mudahan kita berubah dan bangkitlah..
Jiran sebelah sedang diratah !!

Wukuf; falsafah yg dilupakan.

Balik dgn segulung 'ijazah', bergelar Haji dan Hajjah.
Jangan diulang sejarah yg sudah
Kembalilah dengan 'Izzah Rasulullah'
Kembalilah kita kepada 'Fitrah'
Sampai bila kita harus dijajah??

Wukuf; falsafah yg dilupakan.

Menulis lebih mudah dari menterjemah.
Kita perlukan ramai tukang utk membaiki rumah agar terbina binaan yg gah.
Sumbanglah nikmat mana yg dianugerah
Untuk kepentingan Jammaah dan Ummah

Salam AMAL
Salam perjuangan

Kelab AMAL 4x4
Paya Jaras Selangor, Malaysia

9 Zulhijjah 1438H
31 Ogos 2017

No comments:

Post a Comment