Featured post

Qurban AMAL 1438H @ 2017

   Nota perjalanan Qurban AMAL Qurban AMAL 1438 H di perkampungan org asli Bermula dgn perancangan membuka bhgian Qurba...

Friday 11 August 2017

Sekretariat AMAL

Apa itu Secretariat AMAL ?

Ia adalah gabungan antara pengerak2 yg serius dlm isu2 amal dan kebajikan di perkampungan org asli.
Pengerak boleh sahaja terdiri dr NGo, individu, koporat dll yg diterajui oleh Kelab AMAL 4x4.
Sekretariat ini masih baru dibentuk seawal bulan Mac 2017 yg lalu dan Alhamdulillah komitmen drpd kawan2 sangat baik.

Buat masa sekarang pihak Sekretariat AMAL dlm merangka beberapa plan jangka pendek dan panjang dgn menjadikan Kg Rakoh Pos Lenjang Pahang sebagai 'pilot project'.
Mudah2an usaha ini dipermudahkan Allah.

Untuk makluman tuan/puan, kami sedang mencari petugas atau sukarelawan AMAL samada sepenuh masa atau separuh masa utk berkhidmat dan bersama kami dlm misi AMAL ini.

Jika ada yg berminat boleh hubungi kami.

Kami juga menyediakan gaji dan dll yg difikirkan sesuai sbgi salah satu plan kebajikan buat petugas atau sukarelawan tersebut.
Terima kasih buat sahabat yg menginfaqkan wang bg tujuan itu.

Pihak kami juga mengalu2kan tuan/puan membantu kami dalam apa jua bentuk samada wang ringgit, tenaga, harta dan masa bg menjayakannya.

Koporat dan indivdu prihatin terhadap usaha ini dialu-alukan

Sumbangan AMAL boleh disalurkan terus ke akaun Kelab AMAL 4x4.

Maybank 5641 0662 9999.

Buat akhirnya sebelum menutup bicara, sekali lagi kami mempelawa tuan/puan utk bersama kami dlm misi AMAL dengan ilmu dan kepakaran yg dianugerahkan Allah bg menyumbang kpd kepentingan masyarakat umum.

Kelab AMAL 4x4
Paya Jaras
0193875249

Teraju utama - Sekretariat AMAL

No comments:

Post a Comment