Featured post

Qurban AMAL 1438H @ 2017

   Nota perjalanan Qurban AMAL Qurban AMAL 1438 H di perkampungan org asli Bermula dgn perancangan membuka bhgian Qurba...

Monday 14 August 2017

Meninjau lokasi tapak Jambori AMAL 4x4

Recce 13 Ogos 2017.

Semalam yg panjang ...
Dalam memastikan kelancaran acara tahunan Kelab AMAL 4x4 berjambori, mencari tapak program adalah antara kesibukan utama.

Pemilihan tempat mengambil beberapa faktor kesesuaian antaranya mesti punyai sungai yg cantik dan bersih, trek 4x4 yg 'osem', tapak parking yg luas dan faktor keselamatan serta caj tempat yg minima.

Adam Akif Jefry Othman Zaim Luqman Hafiz family An Nawawi serta penulis menerjah beberapa lokasi.

Bermula dengan sarapan pagi di Bt Caves, team bergerak ke trek Ulu Yam.
Trek memang 'cun'. Macam2 boleh belajar. Tetapi atas faktor kesesuaian powil kawan2 terpaksa ditolak.
Trek hardcore ini hanya sesuai utk powil dah di 'modify', stendet gaban memang tak lepas.

Kami 'belanja' beberapa keping gambau utk tuan2 sebagai tatapan membakar jiwa.

Next...team bergerak ke Ulu Tamu di Batang Kali. Dari trek Ulu Yam ke Ulu Tamu lebih kurang 30 minit jika tiada kesesakan.

Disini, ada cabaran baru pulak. Bukanya trek tapi 'perebutan' tanah adat antara orang asli dgn pengusaha kem di dalam kawasan hutan tersebut.
Kes dalam tindakan dan pemerhatian daripada badan bertindak org asli dan kerajaan negeri.
Jadi trek ini terpaksa dilupakan.

Seterusnya team menjengah sebentar ke kem Ulu Rening. Lokasi tidak jauh dr Ulu Tamu dengan memasuki kawasan Kg Ulu Rening utk ke sungai.
Kawasan utk berkhemah sangat sesuai cuma utk aktiviti offroad tiada pilihan.
Jika ada yg mengemari aktiviti perkhemahan hujung minggu, bolehlah ke sini. Sungai dengan air yg deras dan bersih sangat sesuai utk beraktiviti.

Perasaan tak puas dgn baki masa yg ada, team terus ke Pekan Tg Malim. Lokasi masuk terletak di hadapan UPSI.

Lubuk Kawah, nama yg sinonim dgn peminat sukan offroad.
Trek yg telah dimaklumi tentang cabaran dan kesesuaian. Ramai yg telah berprogram disini termasuk Kelab AMAL 4x4. Cuma sudah lama tidak bertandang kemari.

Insyallah hasil perbincangan, kami mengambil keputusan utk berjambori disini.

Jambori 4.0
27 28 29 Okt 2017
Lubuk Kawah Tg Malim.

Kami membuka penyertaan kpd semua.

Tempahan TS Jambori dibuka sekarang!!

Lengan Pjg  ( A) - RM40
Lengan Pdk (B) - RM35
Ts Muslimah (C) - RM48

Nota :
Tiada yuran penyertaan dikenakan.
Kalau perlu mungkin utk caj tapak yg dikenakan oleh pengusaha kem motivasi

Hubungi kami utk penyertaan

Kelab AMAL 4x4
Paya Jaras
0193875249

The Sekretariat AMAL team

No comments:

Post a Comment