Pendidikan percuma
Satu azam sebelum 'tertutup mata'
https://bit.ly/2zZqpqE
Nota perjalanan Qurban AMAL Qurban AMAL 1438 H di perkampungan org asli Bermula dgn perancangan membuka bhgian Qurba...
Terapi Hujan
Terapi Air Hujan untuk segala penyakit & Gangguan Jin
Kalau hujan ☔turun jangan masuk rumah...tapi mandilah dengannya kerana ini adalah terapi semulajadi Allah berikan untuk makhluknya..Tapi selalu org tua kita melarang kita mandi hujan sbb takut sakit🤕...& larangan itu kita wariskan pula ke anak2 kita...Ini pemahaman yg salah.
Kalau sakit lepas mandi hujan tu bukan sbb air hujan tp sebab dalam badan byk benda kotor dan air hujan tu sbg bahan cuci utk membuang semua kekotoran terutamanya gangguan syaitan. Kadangx Allah tunjuk tanda badan kita ada sesuatu melalui kesakitan itu. Kalau kita sakit teruk lepas mandi hujan itu perlu rawatan susulan dgn Ruqyah Syar'iyyah...Salah 1 cara SCAN diri tu adalah dgn Mandi air hujan...ada juga org mandi hujan tak juga sakit2 sbb badannya bebas jin. Alhamdulillah
Tapi mandi bukan sembarangan mandi..Ada cara & kaedahnya...
di bawah kami ajarkan...
☔Niat - Niatlah dlm hati sekuatnya & mohon pertolongan Allah utk apa kita mandi hujan...
😈Cth 1: menghancurkan jin yg zalim ke atas jasad kita (niatkan & mohon pd Allah jadikan air hujan sbg api & asid yg membakar badan jin dlm badan kita.
👩👧👦Cth 2: anak degil @ hyperaktif umur (5 thn ke atas) niatkan lembutkan hatinya agar dengar kata2 org tuanya...& dihilangkan gangguan syaitan...org tuanya xperlu mandi hujan cukup memerhatikan & baca ayat2 di bawah sehingga didengari anknya...
Dan apa shj niat bergantung penyakit & keluhan masing2.
☔Biarkan hujan berlalu selama sekurangnya 10 minit barulah kita mandi air hujan.
☔Air hujan yg digunakan utk terapi ini mesti yg turun terus dari langit.Tidak terkena pokok/bumbung atau disambut dgn baldi.
☔Air hujan yg turun sebaiknya hujan yg lebat bukan gerimis.
☔Tadah air hujan dari langit ke bekas kecil utk dibuat minum. In shaa Allah ini jg adalah penawar.
☔Mulakan mandi sambil membacakan sekurangnya Al Fatihah atau lebih baik lagi dgn ayat2 standard iaitu Ayat Kursi & Al Ikhlas, Al Falak & An Nas. Bonus jika tahu ayat ruqyah yg lain mengikut jenis penyakit.
☔Baca terus sehingga sekurangnya 15minit-30minit sambil mandi air hujan.
☔Jika terasa sakit dibahagian badan tertentu tepuk2 dan jika ada rasa mual mau muntah keluarkan jangan ditahan kerana ini tanda ada penyakit/jin yg mau keluar melalui cara ini(cara yg normal & tidak menyakitkan)
☔Sental2 badan seperti menggosok daki di badan.Jika ada penyakit kulit cara ini pun bagus.
☔Selesai mandi badan jangan dilap...kecuali rambut.Biar kering sendiri.
☔Lakukanlah terapi ini selama sekurangnya 3 hari...atau 7 hari berturut.Kalau hujan xturun hari berikutnya nasib lahhh....tunggu lah hujan turun lagi...
☔Lain kali hujan turun jangan mengeluh.Ada manfaatnya bagi org lain.Bagi org yg berakal dgn pemberian Allah akan sentiasa memanfaatkan rezeki Allah.
Wallahu'alam bissawab
Biidznillah
Selamat Mandi Air Hujan 🔥🔥🔥🔥☔
Motivasi buat kita semua
http://www.sinarharian.com.my/global/kisah-lelaki-pahat-gunung-22-tahun-difilemkan-1.881490
Qurban AMAL Pos Lemoi 1439/2018
Alhamdulillah, segala pujian hanya Layak kpd Allah, pencipta sekelian Alam kerna mempermudahkan kami melaksanakan ibadah Qurban kali ini. Terima Kasih juga kpd team yg banyak membantu menjayakannya. Mudah2an ada pahala disitu.
Kali ini team beraktiviti seramai lebih kurang 25 orang dewasa termasuk kanak-kanak.
Bermula dgn iklan Qurban dgn kadar RM600/bahagian dan proses penyembelihan serta melapah seawal hari raya pertama sebelum dibawa ke Pos Lemoi pd Jumaat mlm sabtu 24 Ogos 2018.
Kg Telimau
Kampung ini sebahagian drpd Pos Lemoi. Hanya ada 3 buah keluarga muslim disini. Tiada surau dan pengetahuan pun masih kurang. Kalau ada mana individu atau kumpulan yg berminat utk membantu mereka boleh hubungi kami utk sama2 kita berkerjasama.
Jarak ke lokasi tidak jauh dr jalan utama Ringlet - Sg Koyan hanya sekitar 14km sahaja tetapi terpaksa melalui lereng bukit kebun sayur sebelum melalui anak hutan utk sampai ke kampung ini.
Mereka amat2 memerlukan bantuan dan keprihatinan anda semua.
Kg Lemoi
Tok Batin Zainal sbgi kepala kampung dgn seramai lebih kurang 39 buah keluarga dgn anggaran 250 org penduduk.
Mempunyai sekolah, surau, dewan dan terbaru projek Hidro Vortex hasil usahasama UTM untuk membekalkan tenaga letrik bg kegunaan org kampung.
Kesatuan kelab-kelab 4x4
Ratusan kelab-kelab 4x4 samada berdaftar atau tidak. Samada besar atau kecilan yg tumbuh ibarat cendawan selepas hujan. Masing2 punya daya tarikan tersendiri. Alhamdulillah.
Alangkah baiknya kalau semua ini dapat disalurkan dibawah satu 'kesatuan' bagi menyelaras aktiviti disamping menjaga kebajikan pemilik 4x4.
Umumnya mengetahui bahawa geng2 4x4 ini bersedia memberi sumbangan bagi kerja-kerja Amal jika diperlukan.
Pihak kerajaan sepatutnya sudah nampak keperluan ini untuk mengiktiraf peranan mereka sbgi 'unsong hero' dgn memberi sedikit 'insentif' berpatutan sambil menyatukan mereka dibawah satu 'Jabatan sukarelawan negara'
Penulis acap kali menyuarakan pandangan dikalangan pemilik atau NGO yg byk terlibat dlm kerja Amal jika ada kesempatan bertemu mata walau hasilnya belum kelihatan lagi tentang peri pentingnya penyatuan ini.
Qurban AMAL 1439H/2018
ALHAMDULILLAH..
Inshallah jika diizinkan Allah, pihak kami akan menganjurkan ibadah Qurban di perkampungan orang asal dan tahun ini kami memilih Pos Lemoi, Ringlet, Cameron Highlands Pahang sebagai destinasi Qurban.
Mengikut perkiraan 'Hisab', AidilAdha akan jatuh pd hari Rabu 22hb OGOS.
Sehubungan itu pihak Kelab AMAL 4x4 akan bergerak ke Pos Lemoi pd Jumaat mlm Sabtu 24hb dan melaksanakan ibadah Qurban pd Sabtu 25hb ( hari Tasrik)
Oleh itu pihak kami mengalukan penyertaan dpd tuan puan diluar sana dgn kadar RM600/ bahagian.
Selain dr itu, pihak kami juga mencari dana atau kos bg aktiviti Amal seperti membeli bahan rempah ratus, sumbangan Amal dan kos lain yg berkaitan.
Sumbangan tuan/puan boleh disalurkan terus ke akaun rasmi kami atau blh terus hubungi wakil kami.
MAYBANK 5621 0662 9999
Pihak kami juga mempelawa mana2 kumpulan samada NGO, koporat atau individu yg berminat utk turut serta dlm aktiviti ziarah AMAL sempena Qurban ini.
Jom Qurban!
Pos Lemoi, Ringlet,
Cameron Highlands,
Pahang.
25 & 26 OGOS 2018
Sekian.
Kelab AMAL 4x4
Paya Jaras
0193875249
Perlancongan Belantara
Sejak banjir besar Kelantan 2014, peminat pacuan 4 roda kian bertambah. Kini 'powil' bukan sekadar utk golongan peniaga, construction bahkan sudah menjadi kenderaan keluarga.
Kegunaan 'powil' lebih meluas. Ruang kargo dibelakang boleh dimanfaatkan secukupnya.
Sejak kebelakangan ini, banyak 'group' 4x4 samada kelab 4x4, NGo, koporat aktif dalam menjalankan aktiviti kemasyarakatan di perkampungan orang asal. Aktiviti hujung minggu atau bulanan yg diatur kadang-kadang menjadikan laluan perkampungan 'sesak' dengan 'kebanjiran' 4x4 ini.
Walau bagaimana sekali pun, tahniah atas keprihatinan itu.
Peluang 'kebanjiran' inilah yang harus diambil peluang oleh penduduk setempat dan jabatan kerajaan yg terlibat khusus kpd orang asli bg menarik ramai 'pelancong' utk bertandang ke pedalaman ini.
Perkampungan orang asal memiliki sesuatu yg tiada diluar ini. Udaranya segar, sungai bersih dan pemandangan yang cantik harus dikekalkan serta dipromosikan kpd dunia luar.
Homestay.
Antara daya tarikan di perkampungan orang asal ialah rumah tradition mereka yg diperbuat dr rotan, buloh dan nipah.
Walau sesetengah drpd mereka memperolehi rumah PPRT, rumah tradition itu tetap dikekalkan. Ini kerana rumah buloh ini lebih sejuk berbanding rumah batu.
Ada beberapa projek 'homestay' yg telah atau sedang giat dibangunkan.
Di Pos Kuala Mu, Sg Siput, Perak, Pos Sinderut, Raub, Pahang dan Pos Hau, Gua Musang Kelantan antara lokasi 'homestay' yg cantik dan tersusun.
Penduduk bukan sahaja menyediakan 'homestay' bahkan sudah ada pakej tambahan bagi menarik pengunjung ke kampung mereka.
Antara pakej tersebut seperti berakit, rentas hutan, masakan traditional dan lain-lain yg menarik bergantung suasana di kampung masing2.
Selain dr 'homestay', penduduk kampung juga ada menyediakan tapak perkhemahan utk yg ingin berkhemah dgn sedikit bayaran tapak.
Trek 'Offroad' atau santai 'Tar'
Penulis waktu diawal 'mengaktif'kan aktiviti Kelab AMAL 4x4, banyak memilih trek 'offroad' bagi menarik minat kawan2 utk menyertai aktiviti. Walau sesetengah tempat itu tidaklah 'offroad' sangat tapi kalau tak jumpa lopak air, tanah selut memang tak 'menyelerakan'.
Trek yg dulu 'offroad' kini byk dah bertukar wajah; jalan tar sampai ke depan pintu. Alhamdulillah kesan dr plan pembangunan utk penduduk orang asli
Justeru itu, semua pihak pengurusan perlu memandang serius perkembangan ini. Permudahkan urusan agar manfaat boleh dikongsi bersama
Sekian dulu
Alam dikongsi bersama
Kelab AMAL 4x4
Paya Jaras Sg Buloh Selangor