Featured post

Qurban AMAL 1438H @ 2017

   Nota perjalanan Qurban AMAL Qurban AMAL 1438 H di perkampungan org asli Bermula dgn perancangan membuka bhgian Qurba...

Thursday 20 July 2017

Ziarah AMAL Syawal 1438h/Julai 2017

Ziarah AMAL bulanan dan bersempena Syawal kali ini telah bertandang ke 2 buah pos OA, Hendrop dan Tuel pd 15 dan 16 Jul 2017

Bergerak seperti biasa dr 'pot' kami di Paya Jaras 14hb menuju ke Kg Raja Cameron sbgi persinggahan utama utk Subuh sblm bergerak masuk.

Kali ini team bergerak dgn kekuatan 12 buah 4x4 anggaran 48 org termasuk anak2.

Seperti biasa, team membawa barang2 sumbangan org ramai disamping bahan2 utk dimasak utk jamuan disana nanti.
Terima kasih atas sumbangan semua.

Kg yg menjadi tempat utk bertandang asalnya di Kg Hanir tetapi disebabkan masalah infra di surau tersebut, kami memilih utk ke kg berdekatan; Kg Perloq.

Di Kg Perloq kami bertemu dgn wakil pddk utk melaksanakan xtvt kami.
Tok batin, ketua RELA, tok penghulu menerima baik kedatangan kami. Mereka ini bukanlah asing sangat bg kami. Cuma dah lama tak ziarah mereka. Terakhir kami kesini pd bulan April 2016. Lebih setahun yg dulu.

Kg ini didiami lebih kurang 283 org pddk termasuk kanak2 mengikut kata tok ketua kampung.

Kelihatan Kg Perloq nampak byk perubahan fizikal. Tanah lapang dpn surau telah didirikan 3 buah rumah bantuan utk OA dan jalan ke kampung sudah cantik berturap.

Kalau diikutkan trek KOA ini boleh bertemu dgn Pos Beswok di Sg Siput tetapi disebabkan tiada lagi penghasilan hutan dijajaran ini, maka laluan tersebut semakin teruk sejak ditinggalkan

Setelah selesai xtvt memasak juadah utk pddk kg, kami telah mengagihkan kpd mereka dgn anggaran lebih 200 pax kesemuanya.

Aktiviti sebelah malam lebih santai di surau. Solat berjamaah dan menikmati mkn malam bersama pddk kg.
Tiada wayang pacak seperti selalu kami buat di mana2 KOA. Kali ini lebih byk bersantai malam.

Kami bentuk 2 team; satu di Perloq dan satu lagi di Tuel. Pengerak OA di Kg Tuel bernama Angah sementara di Perloq bernama Farhan. Yg menariknya kami dpt bertemu dgn pengerak dr JAKIM. Seorang ustazah yg berkahwin dgn pddk OA disini.
Ini pun salah satu pendekatan dakwah.
Di Kg Tuel ada 2 org pengerak drpd JAIK yg menyelaras xtvt keagamaan disini.

16hb Julai.
Subuh berjemaah di 2 tempat berbeza; Tuel dan Perlog.
Penulis di Tuel sementara bakinya di Perlog. Sayangnya pg ini tiada pddk dr Tuel berkunjung ke masjid ini.
Utk pengetahuan tuan2 diluar sana, Kg Tuel terdapat sebuah masjid yg didirikan hasil dr sumbangan org ramai drpd qariah Masjid Bangsar.
Kedudukan masjid sedikit jauh dr kawasan kg mungkin jd penyebab jumlah yg hadir tidak ramai. Tambahan lagi kefahaman mereka terhadap amal islami masih jauh. Sama2 kita bantu mereka disini.

Selesai tazkirah ringkas, team bersiap utk bergerak keluar awal dr sini kerna kami ada satu lagi misi ziarah; Pos Lemoi.

Insyallah satu catatan perjalanan ke Lemoi akan dinukilkan dlm ruangan yg berlainan.

Terima kasih kpd semua yg menjayakan ziarah Amal kali ini.

Insyallah bertemu lagi di Rakoh Pos Lenjang bulan Qurban nanti.

Sehingga bertemu kembali.

Salam AMAL, salam perjuangan


Kelab AMAL 4x4

Paya Jaras





No comments:

Post a Comment