Featured post

Qurban AMAL 1438H @ 2017

   Nota perjalanan Qurban AMAL Qurban AMAL 1438 H di perkampungan org asli Bermula dgn perancangan membuka bhgian Qurba...

Thursday 27 July 2017

Ziarah AMAL; satu kewajipan

Ziarah AMAL.
Dulunya kami memanggil dgn Kembara AMAL, juga pernah dgn Jejak 4x4 sesekali kami juga sebut Ziarah AMAL.
Apa jua nama, konsep dan tujuan tetap sama. Atas dasar ikatan silaturahim, kita menyantuni mereka.

Mereka bukan miskin melarat hingga kita 'menyuap' setiap kali bertandang.
Mereka bukan hina hanya kerna tinggal di pondok buloh.
Mereka bukan daif hanya kerna mandi di sungai.
Mereka bukan malas hanya kerna meratah ubi utk mengikat perut.

Mereka tidak tamak meratah hasil bumi berbanding kita yg kononnya punya teknologi terkini.

Kami menjenguk mereka, kerna mereka adalah saudara kita seagama dan juga berharap mereka merasa 'cara hidup bertuhan'

Menyambung tugasan para 'sahabah'. Asbab merekalah kita kenal erti kehidupan sebenar.

Hari berganti bulan berganti tahun. Ada yg kekal ada yg pergi. Tiada keuntungan peribadi dicari. Mudah2an menjadi 'bekal' di kemudian hari. 

Rutin harian diolah agar bisa membantu perjalanan AMAL ini. 

Kepada yg masih mencari erti perjalanan ini, apakata sesekali ' buang masa' bersama kami. Merasai pengalaman itu sendiri. Manfaatkan nikmat yg diberi. Kelak semuanya akan ditanya nanti.

Buat masa sekarang kekerapan Ziarah AMAL berlangsung sebulan sekali. Membentuk jiwa supaya lebih sebati. Sesekali diuji dgn gurisan hati. Ada yg mulai ''sejuk, datang kengkawan menghidupkan api mencairkan emosi.

Tahun ini sudah berbaki bilangan jari. Cepatnya masa berlari. Andai nafas ini terhenti, Insyallah akan ada insan lain yg akan terus berlari menyambung tradisi.

Ziarah AMAL, bukan lawatan 'biase2'. 



Kelab AMAL 4x4

Paya Jaras


No comments:

Post a Comment