Featured post

Qurban AMAL 1438H @ 2017

   Nota perjalanan Qurban AMAL Qurban AMAL 1438 H di perkampungan org asli Bermula dgn perancangan membuka bhgian Qurba...

Thursday 15 June 2017

ZIARAH AMAL @ SYAWAL 1438H

Ziarah Amal Syawal 1438H/2017

Insyallah..

Ziarah bulanan dan bersempena Syawal ini, kelab akan bertandang ziarah ke Pos Hendrop dan Pos Tuel pada 14 15 16 Julai 2017

Disini ada 3 buah surau dan sebuah masjid yg menjadi persinggahan utama kami.

Dah lama tak dtg jenguk saudara2 disini. Apa khabar lah agaknya?

Kg Hanir dihuni lebih kurang 42 buah keluarga dengan anggaran 380 org penduduk.

Majoriti telah memeluk agama Islam. Dan kini kegiatan utk kefahaman mereka terhadap Islam sedang cuba dipertingkatkan. Itulah pentingnya ziarah ini.

Saudara seaqidah yg menjadi penghubung kami disini adalah sdra Ali bin Tunggal berumur 26 tahun.
Beliau juga dilantik oleh MAIK sbgi Guru Agama Orang Asli.

Selain Kg Hanir, kampung berhampiran juga menjadi kampung persinggahan kami seperti Kg Tuel dan Kg Perloq.

Kalau dihimpun ketiga2 buah kampung ini, lebih kurang 1000 org jumlah penduduk dgn rata2 telah memeluk agama Islam.

Di Kg Tuel, penggerak agamanya bernama Angah sementara di Kg Perloq bernama Farhan.

Kg Perloq dikira hujung kpd Pos Tuel kalau diambilkira dr Pos Hendrop jln masuk utama ke sini.

Dulunya, jalan penghubung adalah dr Kg Beswok/ Pos Yum di Sg Siput Perak hingga bertemu ke Kg Perloq melalui trek dan denai hutan. Tapi kini trek ini telah terputus disebabkan tiada lagi hasil hutan yg dikeluarkan terutama balak.

Jika ada peluang dan masa, ingin sahaja kami membuka trek ini kembali dgn 'lanyak' pakai 4x4 😃😃, tapi tak tau lah bila ?

Sebuah masjid telah dibina di Kg Tuel oleh qariah dr Masjid di Bangsar dalam beberapa tahun yg sudah. Kalau tak silap sekitar 2012.
Alhamdulillah.

Sungai disìni sangat 'harmoni'.
Kpd teman2 yg bawa keluarga boleh bersantai2 di tepi sungai sambil masak2 dll.

Jadi...
Sempena Syawal 1438H ini;

● pihak kami mempelawa tuan/puan utk menyertai ziarah AMAL Syawal ini.

● Jika tidak, boleh menyumbang tunai utk kelancaran aktiviti, (bankin terus ke akaun)

● Ataupun menyumbang barang makanan utk majlis dan juga keperluan dapur Masjid/surau disini,

SUMBANGAN YG BERTERUSAN BG SAMA2 MEMBANTU KAMI DLM MISI AMAL IÑI, BOLEH DISALURKAN TERUS KE AKAUN KAMI.

Sekian dulu catatan ringkas kami buat semua.

Yang beramal

Kelab AMAL 4x4
Paya Jaras
9W2XRR

--------------------
0193875249
0108708590

---------------------
TABUNG AMAL
MAYBANK 5621 0662 9999

TABUNG WAKAF
BANK ISLAM 1203 8010 1132 24

* plan pembangunan wakaf amal spt kenderaan 4x4, tanah utk kompleks amal dll
--------------------

Like / share our related pages & Blogspot

https://www.facebook.com/Kelab-AMAL-4x4-232789406737556/

Page Perniagaan kami utk beramal. Bantulah kami :

https://www.facebook.com/odor4x4/

https://www.facebook.com/Zero-Carbon-Sg-Buloh-076-727969813909288/

Blogspot :

https://kelabamal4x4.blogspot.my

No comments:

Post a Comment