Featured post

Qurban AMAL 1438H @ 2017

   Nota perjalanan Qurban AMAL Qurban AMAL 1438 H di perkampungan org asli Bermula dgn perancangan membuka bhgian Qurba...

Thursday 8 June 2017

Ramadhon 1438H/2017

Alhamdulillah, seperti yg dirancang dipermudahkan Allah.
Tahun ini 1438H@2017, kami memilih utk ziarah Ramadhon di Kg Rakoh Pos Lenjang Pahang pd 3 dan 4 Jun.
Lebih kurang 13 biji 4x4 menyertai ziarah kali ini. 3 biji dr Perak dan baki dr Selangor/KL. Terima kasih geng!.
Memulakan perjalanan dr Paya Jaras, memunggah barang2 sumbangan org ramai dan seterusnya meneruskan perjalanan ke cek point ke 2; Tol Tapah.
Sedikit tertangguh bilamana sebuah 4x4 dr team kami mengalami kerosakkan pada tayarnya. Alhamdulillah dgn kesepakatan rakan2, kami menukar tayar 4x4 tersebut buat sementara waktu utk sampai ke Masjid An Nur Ringlet.
Sesampai di Masjid An Nur jam sudah menunjukkan lebih kurang 5 pagi. Waktu sahur berbaki lebih kurang 1/2 jam lagi.
Seusai solat Subuh, taklimat ringkas perjalanan seterusnya. Sementara 4x4 yg menghadapi masalah tayar memperbaiki di salah sebuah bengkel berdekatan.
Team meneruskan perjalanan ke Pos Lenjang dalam cuaca yg baik. Saling mengekori antara satu sama lain.
Trek agak basah disebabkan hujan dalam 2 3 hari lalu.
Cabaran dlm trek ke Pos Lenjang melalui jln pintas Kg Semoi adalah sungai yg kadar kedalamannya bergantung kpd cuaca hujan atau tidak.
Alhamdulillah kali ini nampaknya agak cetek sedikit berbanding minggu2 sebelum itu.

Kg Rakoh.
Sesampai disini, semua rakan sibuk menguruskan persiapan tempat.
Dapur masak, khemah penginapan, tempat berbuka dan lain- lain.
Memandangkan semua geng sudah biasa dgn tugasan, kerja2 bergini dianggap selesai.
Team masak diketuai oleh Pak Ak dr Trong Perak. Antara chef yg biasa 'mengekori' team Amal 4x4 dlm pelbagai aktiviti. Terima kasih atas sumbangan tenaga. Tak lupa juga rakan2 lain yg byk membantu. Kamu semua memang terbaik !.
Sementara team masak menyediakan juadah berbuka puasa, rakan2 lain juga turut menganjurkan aktiviti santai bersama kanak2 OA disini disamping mengumpul data berkaitan.
Anak2 yg turut sama dlm ziarah ini byk menghabiskan masa dgn berendam di sungai. Suasana yg tidak terdapat di bandar2 sekarang. Mana nak cari kampung tepi sungai yg jernih?, kecuali di perkampungan orang asli sebegini.
Kami mengalu2kan penyertaan drpd kalangan keluarga utk merasai pengalaman di pedalaman. Mudah2an ada penyambung kpd tugasan amal.

Solat berjamaah.
Ini antara penekanan setiap kali ziarah. Solat berjamaah, makan berjamaah semua lah kalau boleh berjamaah.
Berjamaah ada keberkatannnya.
Selain drpd itu, kami dapat mengajar secara tidak langsung kpd org kampung yg rata2 masih baru dalam pemahaman tentang selok belok fardu ain.

Berbuka puasa.
Seawal 645 petang, sesi makan awal utk kanak2 OA dilakukan. Memang bergitu kelazimannya. Kanak2 kita urus dulu baru org dewasa.
Seronok melihat telatah mereka menikmati juadah. Ada yg tambah sampai 4 kali dalam dulang yg sama .
Terima kasih atas sumbangan tuan/puan diluar sana. Dapatlah mereka makan yg sedap sedikit dari biasa.
Selesai sudah kanak2 ini, giliran org2 dewasa termasuk team menjamu selera bila 'time' berbuka tiba.
Memang seronok. Semua sedap. Alhamdulillah.

Malam.
Solat berjamaah, tarawikh, moreh dgn mee hon goreng ikan kering belanak, wayang pacak, borak2 sampai tertidur mengisi jadual waktu kami disini.

Sahur.
Lebih kurang jam 430 pagi dikejutkan dr tidur oleh Pak Ak utk bersahur nasi putih ayam masak merah telur goreng air panas..perghhh. syukur atas nikmat yg diberi.

Subuh.
Solat berjamaah dan tazkirah mengisi santapan rohani disini. Antara rutin wajib setiap kali ziarah.

4 Jun 2017.
Aktiviti pagi bersantai2 dgn org kampung sementara team yg mengguruskan 'Ramadhon kit' membungkus barang2 sumbangan utk diagihkan kpd penduduk kampung.
Di Rakoh ada lebih kurang 10 buah keluarga muslim dan baki 40 buah keluarga non muslim.
Pagi ini seorang remaja perempuan mengucapkan syahadah dihadapan beberapa wakil dr kami termasuk drpd wakil JAIP.

Kg Dayut.
Seusai urusan di Rakoh, team bergerak ke qariah surau Kg Dayut utk menyampaikan 'Ramadhon kit'. Disini kami menyediakan lebih kurang 40 kit hasil sumbangan dermawan2 prihatin.
Disini dihuni lebih kurang 12 keluarga muslim dan selebihnya non muslim.
Ini antara kampung yg terdapat surau dan gereja berdepan antara satu sama lain.
Sudikah tuan/puan diluar sana bersana2 kami menyantuni saudara seaqidah disini?
Fikir2kan lah.

Kg Sop.
Wakil pddk disini Rumi namanya. Rumahnya berdekatan dgn surau. Pun bergitu, beliau juga masih baru. Belum berani lagi katanya utk jadi imam di surau kampungnya.
Kami turut menyediakan 'Ramadhon kit' utk beliau agih2kan kpd penduduk disini dengan anggaran lebih kurang 12 keluarga muslim.

Kg Nangka.
Bersempena dgn pokok nangka di jalan masuk ke kg ini sebagai tanda, maka kami panggil kg ini dgn Kg Nangka.
Ia berdekatan dgn Kg Rakoh tetapi kedudukannya yg agak terasing menyebabkan kurang disantuni oleh rakan2 NGo jika bertandang kemari.

Hanya ada 4 buah rumah dan sebuah surau yg uzur. Tuan/puan boleh bayangkan macamana pengamalan Islam mereka dgn tiada tenaga pengajar yg kerap tidak seperti kita diluar ini yg mana masjid surau ada kelas pengajian.
Jauh lagi perjalanan kita tuan2 !!

Inilah kampung terakhir yg kami kunjungi yg ada saudara seaqidah disini.
Insyallah dilain masa kami akan bertandang lagi.
Team meneruskan perjalanan pulang dan selamat tiba di persimpangan jalan besar sekitar jam 6 ptg sebelum masing2 memilih jalan pulang ikut arah sendiri ke rumah masing2

Terima kasih kpd semua yg menjayakan ziarah kali ini.
Jumpa lagi dilain siri ziarah AMAL.

Othman, zaim, Lukman, Bahari Muslim, Mohamed, Zamri, Chedet, Rosli dan Hafiz sekeluarga, geng dr HELP project, Ali Murad, Hakem, Bunyamin, Pak Ak, Hayat, Yaser, Adam Malek, Hafizal, Din, Adib dll..

Salam Amal.

Catatan oleh :
 
9W2XRR
Paya Jaras.

No comments:

Post a Comment