Featured post

Qurban AMAL 1438H @ 2017

   Nota perjalanan Qurban AMAL Qurban AMAL 1438 H di perkampungan org asli Bermula dgn perancangan membuka bhgian Qurba...

Wednesday 17 May 2017

Sejarah Kelab AMAL 4x4 - 2

Sewaktu bercadang nak tubuh kelab ini, penulis masih aktif bersama Unit Amal.
Jadi rasa terpanggil utk menubuhkan kelab ini bersama2 geng dr Unit Amal yg minat 4x4, main hutan, 'offroad' supaya memfokuskan isu2 kebajikan di pedalaman khususnya yg memiliki 4x4.

Waktu itu lebih kpd jumpa sorang demi sorang kenalan yg punya 4x4 utk 'setup' kelab 4x4.
Macam2 alasan timbul. Powil buat angkat buah la, org tua punya la, powil 'stendet' la, dah join kelab lain la..macam2 la.
Tak jemu 'menghasut' kengkawan bertahun2 akhirnya Allah permudahkan.

Pilihanraya DUN GALAS detik bermulanya menampakkan respon yg positif daripada kenalan2 Jamaah.( 2010)

**Nota gambar

Jun 2011, penulis bersama rakan2 Amal bercamping di Mat Daling Kuala Tahan.

Dalam proses memupuk minat aktiviti lasak.Powil pun masih 'stendet gaban'

Insyallah bersambung lagi.

17 Mei 2017.


No comments:

Post a Comment