Featured post

Qurban AMAL 1438H @ 2017

   Nota perjalanan Qurban AMAL Qurban AMAL 1438 H di perkampungan org asli Bermula dgn perancangan membuka bhgian Qurba...

Wednesday 31 May 2017

Pusat Aktiviti AMAL 4x4

Disini terhimpun segalanya.

Kewujudannya difikirkan terlalu perlu sbgi salah satu medium perantara.
Disini tempat merancang, tempat pertemuan, jual beli, serbis dan segalanya.

Seawalnya dulu menumpang disebuah rumah di kawasan berdekatan tetapi kelab merasakan perlunya satu 'pot' yg boleh menghimpunkan peminat, pemilik dan 'kaki outdoor serta offroad' utk berinteraksi

Alhamdulillah dan terima kasih kpd kawan2 yg byk membantu hingga ia menjadi realiti.

Membina lebih mudah berbanding mempertahankannya. Itu realiti.

Kami sedar dgn kemampuan dan kewangan yg terbatas apa lah sangat yg boleh dilakukan. Tapi percaya usaha ditangan manusia, perjalanan pusat aktiviti ini mesti cuba dipertahankan.

Usaha dan Tawakkal.
Sekali lagi terima kasih atas sokongan semua.

Mula beroperasi sekitar bulan Sept 2014 hingga tulisan ini dinukilkan.  Alhamdulillah. Doa2kan kami terus kekal atas jalan ini.

Insyallah apa jua bentuk transaksi disini ada jariah buat tuan/puan.

Jemput datang !


Salam AMAL salam perjuangan




No comments:

Post a Comment