Featured post

Qurban AMAL 1438H @ 2017

   Nota perjalanan Qurban AMAL Qurban AMAL 1438 H di perkampungan org asli Bermula dgn perancangan membuka bhgian Qurba...

Saturday, 22 July 2017

Pos Lemoi

Pos Lemoi, Cameron Highland.
16 Julai 2017

Lokasi pos ini tidaklah jauh tetapi treknya agak mencabar. Merentasi lereng bukit bersulamkan sayur2an oleh pengusaha tanaman disini menjadikan perjalanan offroad kali ini lebih 'menyeronokkan'.

Dar Masjid An Nur, Ringlet ke simpang masuk ke Lemoi lebih kurang 5km sahaja dan utk ke KOA ini mengambil masa sekitar 1 jam perjalanan jika cuaca kering.

Kami telah membuat 'marking' trek kemari. Jika tuan2 bercadang ke Lemoi, boleh dapatkan trek tersebut di blog kami.

Bukan Lemoi saja, ada lg beberapa lokasi KOA yg telah kami 'mark' utk memudahkan semua.

Terdapat 3 buah kampung utama di pos ini; Lemoi, Terlimau dan Chenai Peraq.

Terlimau 

Hanya terdapat 3 buah keluarga muslim setakat hari ini dan baki lebih kurang 23 keluarga menganut pelbagai kepercayaan. 


Penduduknya mengusahakan tanaman sayur2an dgn bantuan MARDI dr segi peralatan dan benih sementara pasaran dilakukan sendiri oleh para penanam. 

Tok Batin Salman, 44 tahun ketua kpd komuniti disini. Memiliki 5 org anak dan beberapa org cucu. Orgnya senang didekati dan ramah bila berbicara. 

Selain dr rumah tradisional OA, juga terdapat lebih kurang 9 buah rumah batu yg dibiayai oleh JKOA.
Anak2 pddk bersekolah di Sek Keb Lemoi dengan jarak lebih kurang 3km dan kesemua mereka tinggal di asrama sekolah.

Penulis sempat menyapa 2 keluarga muslim disini utk bertanya perkembangan dan kefahaman mereka. Rata2 mereka masih baru
Masih banyak yg perlu dibantu.

Bila ditanya kpd Ahmad, salah seorang saudara baru disini, ada dapat bantuan duit? Ada katanya. Berapa? Dapatlah seribu. Boleh buat belanja anak2, katanya. Tinggal di rumah buloh betul2 rumah pertama di simpang masuk Terlimau bersama isteri dan 4 org anak.

Lemoi.
Ketinggian 1100m dr paras laut menjanjikan keadaan yg 'mendamaikan' di malam hari. Angin kuat tambah bila hujan boleh menusuk ke tulang.
Jadi... jika bercadang ke Lemoi jgn lupa 'standby' apa yg patut.

Terdapat sebuah sekolah, surau dan dewan sbgi infa utama disini.


Kebetulan waktu ini, UTM melalui projek CSR sedang menjalankan kerja2 pemasangan letrik hydro dgn konsep Vortex dan penghasilan tenaga 5k jika siap nanti. Ini adalah projek printis team UTM utk KOA.

Jadi kedatangan kami kesini juga sebahagian dr misi ziarah amal selain sbgi rakan NGO dan sukarelawan bg projek ini.

Dalam keterbatasan masa, sempat juga bertanya khabar guru2 yg mengajar disini. 

Tabah sungguh mereka disini berulang alik sekurang2nya seminggu sekali utk menabur budi mengajar disini. Mudah2an mereka semua tabah


Insyallah dilain masa kami bercadang utk berinteraksi dgn pddk disini melalui pgrm2 yg bakal diatur pd tahun hadapan.

Chenai Peraq
Bergitulah lebih kurang sebutan dan ejaannya. Kg ini hanya boleh dilalui dgn berjalan kaki. Tiada laluan motor apatahlagi 4x4.
Nampak gayanya kena ada satu usaha yg berterusan utk menghubungkan kita dgn pddk disini. Jom ngecass !!

Kalau berjalan kaki, ia akan mengambil masa sekitar 2 jam dgn kekuatan OA. Kalau penulis mungkin 4 atau 5 jam. Boleh pitam ooo..mental kalau tak kuat boleh tidur tepi jalan jawabnya.

Jika ada kecemasan utk ke hospital misalnya, perkhidmatan helikopter akan disediakan oleh pihak berwajib.

Sekadar ini dulu catatan perjalanan Lemoi. Insyallah kita bakal bertandang lagi.

Terima kasih buat teman2 yg menemaiku ke Lemoi. Asalnya nak hasut 2 3 bijik jer tp syukur 8 biji boleh 'polow' abam.
Jgn nyesal noo..

Jika ada dikalangan tuan/puan yg sudi membantu usaha ini, boleh salurkan sumbangan ke akaun  maybank
5621 0662 9999 atas nama kelab amal 4x4.

Byk yg kita perlu 'laburkan' utk usaha ke arah keredhoanNya. 


Jefry, khazain, hafiz, ali, nazri, adam, othman dan penulis juga teman2 yg lain.

Ramai ketemu kenalan baru disini.
Dr Asan Dr Shamsul Hairul Haramjitsingh arapaima dll.. bertuah bertemu kamu semua.

Mudah2an silaturahim ini berkekalan

Lemoi; detik permulaan.
Menyambung jajaran AMAL.
Lejang - Lemoi - Hendrop - Tuel - Hau

Sekian

Salam amal salam perjuangan

Kelab AMAL 4x4
Paya Jaras.

Thursday, 20 July 2017

Ziarah AMAL Syawal 1438h/Julai 2017

Ziarah AMAL bulanan dan bersempena Syawal kali ini telah bertandang ke 2 buah pos OA, Hendrop dan Tuel pd 15 dan 16 Jul 2017

Bergerak seperti biasa dr 'pot' kami di Paya Jaras 14hb menuju ke Kg Raja Cameron sbgi persinggahan utama utk Subuh sblm bergerak masuk.

Kali ini team bergerak dgn kekuatan 12 buah 4x4 anggaran 48 org termasuk anak2.

Seperti biasa, team membawa barang2 sumbangan org ramai disamping bahan2 utk dimasak utk jamuan disana nanti.
Terima kasih atas sumbangan semua.

Kg yg menjadi tempat utk bertandang asalnya di Kg Hanir tetapi disebabkan masalah infra di surau tersebut, kami memilih utk ke kg berdekatan; Kg Perloq.

Di Kg Perloq kami bertemu dgn wakil pddk utk melaksanakan xtvt kami.
Tok batin, ketua RELA, tok penghulu menerima baik kedatangan kami. Mereka ini bukanlah asing sangat bg kami. Cuma dah lama tak ziarah mereka. Terakhir kami kesini pd bulan April 2016. Lebih setahun yg dulu.

Kg ini didiami lebih kurang 283 org pddk termasuk kanak2 mengikut kata tok ketua kampung.

Kelihatan Kg Perloq nampak byk perubahan fizikal. Tanah lapang dpn surau telah didirikan 3 buah rumah bantuan utk OA dan jalan ke kampung sudah cantik berturap.

Kalau diikutkan trek KOA ini boleh bertemu dgn Pos Beswok di Sg Siput tetapi disebabkan tiada lagi penghasilan hutan dijajaran ini, maka laluan tersebut semakin teruk sejak ditinggalkan

Setelah selesai xtvt memasak juadah utk pddk kg, kami telah mengagihkan kpd mereka dgn anggaran lebih 200 pax kesemuanya.

Aktiviti sebelah malam lebih santai di surau. Solat berjamaah dan menikmati mkn malam bersama pddk kg.
Tiada wayang pacak seperti selalu kami buat di mana2 KOA. Kali ini lebih byk bersantai malam.

Kami bentuk 2 team; satu di Perloq dan satu lagi di Tuel. Pengerak OA di Kg Tuel bernama Angah sementara di Perloq bernama Farhan. Yg menariknya kami dpt bertemu dgn pengerak dr JAKIM. Seorang ustazah yg berkahwin dgn pddk OA disini.
Ini pun salah satu pendekatan dakwah.
Di Kg Tuel ada 2 org pengerak drpd JAIK yg menyelaras xtvt keagamaan disini.

16hb Julai.
Subuh berjemaah di 2 tempat berbeza; Tuel dan Perlog.
Penulis di Tuel sementara bakinya di Perlog. Sayangnya pg ini tiada pddk dr Tuel berkunjung ke masjid ini.
Utk pengetahuan tuan2 diluar sana, Kg Tuel terdapat sebuah masjid yg didirikan hasil dr sumbangan org ramai drpd qariah Masjid Bangsar.
Kedudukan masjid sedikit jauh dr kawasan kg mungkin jd penyebab jumlah yg hadir tidak ramai. Tambahan lagi kefahaman mereka terhadap amal islami masih jauh. Sama2 kita bantu mereka disini.

Selesai tazkirah ringkas, team bersiap utk bergerak keluar awal dr sini kerna kami ada satu lagi misi ziarah; Pos Lemoi.

Insyallah satu catatan perjalanan ke Lemoi akan dinukilkan dlm ruangan yg berlainan.

Terima kasih kpd semua yg menjayakan ziarah Amal kali ini.

Insyallah bertemu lagi di Rakoh Pos Lenjang bulan Qurban nanti.

Sehingga bertemu kembali.

Salam AMAL, salam perjuangan


Kelab AMAL 4x4

Paya Jaras