Featured post

Qurban AMAL 1438H @ 2017

   Nota perjalanan Qurban AMAL Qurban AMAL 1438 H di perkampungan org asli Bermula dgn perancangan membuka bhgian Qurba...

Saturday, 10 June 2017

Slogan Kelab AMAL 4x4

Slogan atau motto Kelab AMAL 4x4

Sejak dr tercetus idea penubuhan kelab ini, slogannya tak pernah berubah

'AMAL, ResQ Riadah'

AMAL bermaksud khidmat kita ada amal ibadah dengan menumpukan hal2 berkaitan dgn kebajikan dan amal di pedalaman sbgi fokus utama.

ResQ bermaksud penubuhan kelab juga sbgi medium utk membantu masyarakat dgn kekuatan 4x4 seperti membantu mangsa banjir, tanah runtuh, kebakaran dll

Riadah bermaksud selain dr krj2 amal dan ResQ, kelab juga menganjurkan xtvt lasak berkaitan 4x4 seperti camping, memancing dan yg paling utama adalah penganjuran jambori tahunan 4x4.

Alhamdulillah sejak dr penubuhan sahnya pd 2012, kelab telah menganjurkan 3 jambori 4x4 yg rasmi dan 1 utk tujuan promosi di Kelantan

Insyallah tahun ini di Selangor ; Jamboree 4.0 AMAL 4x4

Amal ResQ Riadah

9W2XRR
Paya Jaras

Friday, 9 June 2017

Logo Kelab AMAL 4x4

Pada awal penubuhan kelab, penulis dgn bantuan rakan designer mencipta logo dgn perkataan 'AMAL 4x4 Malaysia' serta berlatarbelakangkan warna oren. Tapi menukar dan kekal hingga ke hari ini dgn logo ke 2 tersebut; Kelab AMAL 4x4.

Dengan mengambil warna tema kelab 'hitam kuning', warna Malaysia 'Harimau Malaya' seolah2 team yg tangkas di dlm hutan dlm menjalankan kerja2 amal di kampung org asli.

Objektif utama kelab adalah sbgi pengerak utama dlm isu kebajikan dan amal di pedalaman. Ada pun xtvt lasak offroad tidak boleh dikesampingkan.

Maka dengan itu bermula dr tahun 2013, kelab menganjurkan jambori AMAL 4x4 sebagai salah satu dr objektif kelab utk menarik minat pemilik kenderaan 4x4 merasai selok belok aksi 4x4 sebenar.

'Amal ResQ Riadah'

9W2XRR

Pencinta alam

Isu alam sekitar.
Ramai yg ingin tumpang teduh dibawwh pokok tapi tak ramai yg ingin menanamnya

http://www.thestar.com.my/news/nation/2017/06/09/orang-asli-in-perak-threaten-blockade/

Thursday, 8 June 2017

JAMBORI AMAL 4x4 4.0 2017

Jambori AMAL 4x4 kali ke 4.

Insyallah tahun ini pihak kelab akan menganjurkan sekali lagi acara tahunan kami buat ahli2 dan juga rakan2 powil.

2017 kami telah memilih Selangor selaku tuan rumah. Beberapa lokasi sedang difikir2kan.

Insyallah cadangan tarikh pd sekitar bulan Oktober 2017.

Kami juga mempelawa kpd sesiapa jua utk menaja jambori ini dan setiap tajaan, nama penaja akan diletakkan di TShirt sbgi menghargai tajaan tuan2.

Nantikan Jambori AMAL 4.0 akan datang!


9W2XRR
13 Ramadhon 1438H

Ramadhon 1438H/2017

Alhamdulillah, seperti yg dirancang dipermudahkan Allah.
Tahun ini 1438H@2017, kami memilih utk ziarah Ramadhon di Kg Rakoh Pos Lenjang Pahang pd 3 dan 4 Jun.
Lebih kurang 13 biji 4x4 menyertai ziarah kali ini. 3 biji dr Perak dan baki dr Selangor/KL. Terima kasih geng!.
Memulakan perjalanan dr Paya Jaras, memunggah barang2 sumbangan org ramai dan seterusnya meneruskan perjalanan ke cek point ke 2; Tol Tapah.
Sedikit tertangguh bilamana sebuah 4x4 dr team kami mengalami kerosakkan pada tayarnya. Alhamdulillah dgn kesepakatan rakan2, kami menukar tayar 4x4 tersebut buat sementara waktu utk sampai ke Masjid An Nur Ringlet.
Sesampai di Masjid An Nur jam sudah menunjukkan lebih kurang 5 pagi. Waktu sahur berbaki lebih kurang 1/2 jam lagi.
Seusai solat Subuh, taklimat ringkas perjalanan seterusnya. Sementara 4x4 yg menghadapi masalah tayar memperbaiki di salah sebuah bengkel berdekatan.
Team meneruskan perjalanan ke Pos Lenjang dalam cuaca yg baik. Saling mengekori antara satu sama lain.
Trek agak basah disebabkan hujan dalam 2 3 hari lalu.
Cabaran dlm trek ke Pos Lenjang melalui jln pintas Kg Semoi adalah sungai yg kadar kedalamannya bergantung kpd cuaca hujan atau tidak.
Alhamdulillah kali ini nampaknya agak cetek sedikit berbanding minggu2 sebelum itu.

Kg Rakoh.
Sesampai disini, semua rakan sibuk menguruskan persiapan tempat.
Dapur masak, khemah penginapan, tempat berbuka dan lain- lain.
Memandangkan semua geng sudah biasa dgn tugasan, kerja2 bergini dianggap selesai.
Team masak diketuai oleh Pak Ak dr Trong Perak. Antara chef yg biasa 'mengekori' team Amal 4x4 dlm pelbagai aktiviti. Terima kasih atas sumbangan tenaga. Tak lupa juga rakan2 lain yg byk membantu. Kamu semua memang terbaik !.
Sementara team masak menyediakan juadah berbuka puasa, rakan2 lain juga turut menganjurkan aktiviti santai bersama kanak2 OA disini disamping mengumpul data berkaitan.
Anak2 yg turut sama dlm ziarah ini byk menghabiskan masa dgn berendam di sungai. Suasana yg tidak terdapat di bandar2 sekarang. Mana nak cari kampung tepi sungai yg jernih?, kecuali di perkampungan orang asli sebegini.
Kami mengalu2kan penyertaan drpd kalangan keluarga utk merasai pengalaman di pedalaman. Mudah2an ada penyambung kpd tugasan amal.

Solat berjamaah.
Ini antara penekanan setiap kali ziarah. Solat berjamaah, makan berjamaah semua lah kalau boleh berjamaah.
Berjamaah ada keberkatannnya.
Selain drpd itu, kami dapat mengajar secara tidak langsung kpd org kampung yg rata2 masih baru dalam pemahaman tentang selok belok fardu ain.

Berbuka puasa.
Seawal 645 petang, sesi makan awal utk kanak2 OA dilakukan. Memang bergitu kelazimannya. Kanak2 kita urus dulu baru org dewasa.
Seronok melihat telatah mereka menikmati juadah. Ada yg tambah sampai 4 kali dalam dulang yg sama .
Terima kasih atas sumbangan tuan/puan diluar sana. Dapatlah mereka makan yg sedap sedikit dari biasa.
Selesai sudah kanak2 ini, giliran org2 dewasa termasuk team menjamu selera bila 'time' berbuka tiba.
Memang seronok. Semua sedap. Alhamdulillah.

Malam.
Solat berjamaah, tarawikh, moreh dgn mee hon goreng ikan kering belanak, wayang pacak, borak2 sampai tertidur mengisi jadual waktu kami disini.

Sahur.
Lebih kurang jam 430 pagi dikejutkan dr tidur oleh Pak Ak utk bersahur nasi putih ayam masak merah telur goreng air panas..perghhh. syukur atas nikmat yg diberi.

Subuh.
Solat berjamaah dan tazkirah mengisi santapan rohani disini. Antara rutin wajib setiap kali ziarah.

4 Jun 2017.
Aktiviti pagi bersantai2 dgn org kampung sementara team yg mengguruskan 'Ramadhon kit' membungkus barang2 sumbangan utk diagihkan kpd penduduk kampung.
Di Rakoh ada lebih kurang 10 buah keluarga muslim dan baki 40 buah keluarga non muslim.
Pagi ini seorang remaja perempuan mengucapkan syahadah dihadapan beberapa wakil dr kami termasuk drpd wakil JAIP.

Kg Dayut.
Seusai urusan di Rakoh, team bergerak ke qariah surau Kg Dayut utk menyampaikan 'Ramadhon kit'. Disini kami menyediakan lebih kurang 40 kit hasil sumbangan dermawan2 prihatin.
Disini dihuni lebih kurang 12 keluarga muslim dan selebihnya non muslim.
Ini antara kampung yg terdapat surau dan gereja berdepan antara satu sama lain.
Sudikah tuan/puan diluar sana bersana2 kami menyantuni saudara seaqidah disini?
Fikir2kan lah.

Kg Sop.
Wakil pddk disini Rumi namanya. Rumahnya berdekatan dgn surau. Pun bergitu, beliau juga masih baru. Belum berani lagi katanya utk jadi imam di surau kampungnya.
Kami turut menyediakan 'Ramadhon kit' utk beliau agih2kan kpd penduduk disini dengan anggaran lebih kurang 12 keluarga muslim.

Kg Nangka.
Bersempena dgn pokok nangka di jalan masuk ke kg ini sebagai tanda, maka kami panggil kg ini dgn Kg Nangka.
Ia berdekatan dgn Kg Rakoh tetapi kedudukannya yg agak terasing menyebabkan kurang disantuni oleh rakan2 NGo jika bertandang kemari.

Hanya ada 4 buah rumah dan sebuah surau yg uzur. Tuan/puan boleh bayangkan macamana pengamalan Islam mereka dgn tiada tenaga pengajar yg kerap tidak seperti kita diluar ini yg mana masjid surau ada kelas pengajian.
Jauh lagi perjalanan kita tuan2 !!

Inilah kampung terakhir yg kami kunjungi yg ada saudara seaqidah disini.
Insyallah dilain masa kami akan bertandang lagi.
Team meneruskan perjalanan pulang dan selamat tiba di persimpangan jalan besar sekitar jam 6 ptg sebelum masing2 memilih jalan pulang ikut arah sendiri ke rumah masing2

Terima kasih kpd semua yg menjayakan ziarah kali ini.
Jumpa lagi dilain siri ziarah AMAL.

Othman, zaim, Lukman, Bahari Muslim, Mohamed, Zamri, Chedet, Rosli dan Hafiz sekeluarga, geng dr HELP project, Ali Murad, Hakem, Bunyamin, Pak Ak, Hayat, Yaser, Adam Malek, Hafizal, Din, Adib dll..

Salam Amal.

Catatan oleh :
 
9W2XRR
Paya Jaras.

Wednesday, 7 June 2017

TABUNG AMAL 4x4

TABUNG AMAL 4x4

Bagi membantu gerak kerja amal dgn pelbagai aktiviti berkaitan.

Sumbangan boleh disalurkan terus ke akaun MAYBANK 5621 0662 9999 atas nama 'kelab amal 4x4'

Selain dpd usaha kami membuka bengkel 4x4 dan 'outdoor' bg mengisi 'kantung' operasi, tabung ini juga diwujudkan utk tuan/puan turut bersama kami secara tidak lansung dlm kerja2 amal

Mudah2an sedekah jariah tuan/puan diterima Allah dan di berkati rezeki yg diberi.

Sama2 kita membina ummah yg lebih 'berjiwa'.

Sebarang pertanyaan boleh berhubung terus di talian 0193875249

Kelab AMAL 4x4
Paya Jaras

TRAIL KE KAMPUNG ORANG ASLI

Berikut ialah trail jalan ke Kampung Orang Asli yang biasa digunakan Kelab Amal 4x4 dan rakan-rakan
Senarai akan dikemaskini dari masa ke semasa

BAGI PENGGUNA GARMIN atau Apps (iPhone/Android) lain yg menggunakan GPX format
Anda boleh download file GPX dan copy ke device anda

POS LEMOI, KUALA LIPIS
Jalan Ringlet
https://www.wikiloc.com/wikiloc/view.do?id=18702694

POS TUEL, GUA MUSANG
Jalan Cameron Highland -Gua Musang
https://www.wikiloc.com/wikiloc/view.do?id=18702465

KG RAKOH, POS LENJANG, KUALA LIPIS
Jalan Ringlet ke Kg Rakoh, Pos Lenjang
https://www.wikiloc.com/wikiloc/view.do?id=18087891

KG KUALA SIMUI
Kg Kuala Simui ke Jalan Ringlet 
https://www.wikiloc.com/wikiloc/view.do?id=18088394

KG SOP, POS LENJANG, KUALA LIPIS
Kg Sop, Pos Lenjang ke Kg Kuala Simui
https://www.wikiloc.com/wikiloc/view.do?id=18088423

KG GALAS POS HAU, GUA MUSANG
Kg Galas, Pos Hau ke Taman Sri Galas, Kuala Betis
https://www.wikiloc.com/wikiloc/view.do?id=17750812

POS KUALA MU (dari wikiloc user : Frido4x4)
https://www.wikiloc.com/wikiloc/view.do?id=11732065

POS HENDROP, GUA MUSANG
Dari jalan Cameron/Gua Musang ke Pos Hendrop
https://www.wikiloc.com/wikiloc/view.do?id=17707656

Jalan Pos Hendop ke Kuala Betis
https://www.wikiloc.com/wikiloc/view.do?id=17738033