Featured post

Qurban AMAL 1438H @ 2017

   Nota perjalanan Qurban AMAL Qurban AMAL 1438 H di perkampungan org asli Bermula dgn perancangan membuka bhgian Qurba...

Wednesday 7 August 2019

Wakaf Uthman

Ttt
Akaun bank Saidina Othman bin Affan r.a. masih ada sampai sekarang.

Adakah anda mengetahui bahawa Saidina Othman bin Affan ada akaun bank di Arab Saudi? Siapakah yang membina Hotel Othman bin Affan sebelah masjid Nabawi di Madinah? Adakah anak cucunya yang membinanya dan meletakkan namanya sebagai nama hotel?

Jom ikuti kisah ini:

Satu ketika di Madinah semasa Nabi Muhammad s.a.w. mula berhijrah dari Mekah, ada sebuah telaga yang sangat besar dan sangat dalam serta airnya tak pernah kering. Nama telaga itu Bi'ru Rummah (Telaga Pemanah). Orang Islam ketika itu sangat berhajat kepada air dan sering ke telaga itu yang dimiliki oleh seorang Yahudi.

Maka Yahudi itu telah bertindak menjual air dengan harga yang sangat mahal. Akhirnya perkara itu sampai ke pengetahuan Saidina Othman bin Affan r.a. Lantas Saidina Othman bin Affan r.a. bertemu dengan Yahudi tersebut dan minta nak beli telaga tersebut.

Yahudi tak mahu jual sebab dia tahu dia akan dapat untung besar. Saidina Othman bin Affan r.a. akhirnya merayu untuk beli separuh saja telaga tu. Yahudi pun setuju.

Bermakna sehari milik Yahudi dan sehari lagi milik Saidina Othman bin Affan r.a. Yahudi sangka dia cerdik sebab Saidina Othman bin Affan r.a. memang peniaga yang dikenali bijak oleh orang Arab, menyangka perniagaannya akan lebih berkembang dan harga air boleh dinaikkan.

Rupa-rupanya Allah s.w.t. takdirkan sebaliknya bila orang ramai tak lagi beli air ketika giliran hari Yahudi itu sebab pada hari milik Saidina Othman bin Affan r.a. dia bagi orang-orang Islam dan bukan Islam air secara percuma. Jadi, hari giliran milik Yahudi itu siapa pun tak nak beli.

Akhirnya Yahudi bankrap dan nak jual kepada Saidina Othman bin Affan r.a. separuh bahagian lagi Telaga Rummah itu kepada Saidina Othman bin Affan r.a. sebab dia dah rugi. Jadi, seluruh perigi itu milik Saidina Othman bin Affan r.a. sepenuhnya.

Saidina Othman bin Affan r.a. beli dengan 20 ribu Dinar. Kemudian dia waqafkan kepada orang Islam. Kemudian ada seorang sahabat lain yang juga hartawan minta nak beli telaga tu daripada Saidina Othman bin Affan r.a. Saidina Othman bin Affan r.a. tanya berapa harga yang dia sanggup bayar?

Hartawan menjawab bahawa dia sanggup membayar 3 kali ganda harga yang dibeli oleh Saidina Othman bin Affan r.a. Saidina Othman bin Affan r.a. tidak setuju dan bertanya lagi, berapa sanggup bayar?

Hartawan menjawab, 9 kali ganda harga yg dibeli Saidina Othman bin Affan r.a.
Namun Saidina Othman bin Affan r.a. masih tak setuju.

Hartawan bertanya kehairanan. Siapa lagikah yang sanggup membeli dengan harga yang lebih mahal daripadanya?

Maka Saidina Othman bin Affan r.a. menjawab, 'ALLAH'.

Akhirnya orang Islam dapat minum air telaga itu secara percuma.

Dengan takdir Allah di tepi telaga itu akhirnya tumbuh beberapa pohon tamar dan akhirnya membiak sehingga  berjumlah 1550 pokok jumlahnya dan berbuah dengan sangat lebat.

Kerajaan Othmaniah Turki telah menjaga kurma itu dan hasil jualan tamar itu dan menyimpannya sehinggalah wujudnya kerajaan Saudi yang ambil alih dan tubuhkan akaun bank atas nama Saidina Othman bin Affan r.a. di salah satu bank di Arab Saudi. Duit itu akhirnya terkumpul dengan banyak dan kerajaan Saudi telah membeli sekeping tanah di tepi Masjid Nabawi dengan tujuan membina hotel lima bintang.

Hasilnya nanti dibahagi kepada dua. Separuh diinfaq untuk anak yatim dan miskin yang sebahagian lagi di simpan dalam akaun Saidina Othman bin Affan r.a. Yang anehnya, setelah 14 kurun, sedekah Saidina Othman bin Affan r.a. meninggal, ia terus bercambah dan membiak tanpa hentinya.

Inilah kelebihan sedekah, kawan.

Oleh itu, marilah sama-sama kita ringan tangan untuk bersedekah dan yang paling mudah adalah dengan klik butang 'share' kisah ini.

Semoga ia bermanfaat.

No comments:

Post a Comment