Featured post

Qurban AMAL 1438H @ 2017

   Nota perjalanan Qurban AMAL Qurban AMAL 1438 H di perkampungan org asli Bermula dgn perancangan membuka bhgian Qurba...

Friday 16 February 2018

Ziarah AMAL Jan 2018

Nota perjalanan Ziarah AMAL Pos Lenjang
20 & 21 Jan 2018

Alhamdulillah syukur kpd Allah pencipta sekelian Alam yg mengizinkan kami meneruskan siri ziarah AMAL bulanan ke pos2 perkampungan orang asal yg pertama tahun ini.

Terima Kasih juga kpd rakan2 yg masih terus sudi membantu dlm pelbagai bentuk sumbangan. Juga tidak lupa kpd dermawan yg masih prihatin dgn kerja Amal ini.
Inshallah, 'perlaburan' itu akan terus mengalir hingga ke akhirat.

Ziarah bulanan kali ini bermula di Pos Lenjang dlm daerah Lipis Pahang.

Kali ini kami 'berlima' kenderaan sahaja. Pada mula perancangan dan komitmen awal dijangka sekitar 10 buah powil tapi disebabkan hal2 'last minit' hanya tinggal kami 'berlima'. Alhamdulillah tetap diteruskan.
' ... maka apabila kamu telah berazam, maka bertawakkallah kpd Allah ...' maksud ayat dlm surah Al Baqarah.

Kunjungan kali ini disertai drpd pelajar tahun akhir UIA, Gombak drpd Fakulti Kejuruteraan. Alhamdulillah terima Kasih. Mudah2an ada pengajaran yg diperolehi buat berbakti kpd masyarakat.

Seperti biasa disetiap kali ziarah, kami mengumpulkan sumbangan dr org ramai bg menjalankan aktiviti disana.

Bagi pihak Kelab AMAL 4x4 dan team sekretariat,   aktiviti tidak terlalu terikat dgn 'tentative'. Tuan/puan blh bersantai2 dgn org kampung sambil bersilaturrahim yg menjadi objektif utama ziarah AMAL.

Ziarah kali ini dalam 'zon monsun', dgn jangkaan trek yg basah dan berlumpur serta sungai yg dalam.

Jumaat 19hb Jan
Team berkumpul di 'pot' Kelab AMAL 4x4 di Paya Jaras untuk menyusun barangan keperluan sebelum bergerak ke Masjid An Nur Ringlet Pahang.
Perjalanan kali ini dipermudahkan hingga ke Tapah utk berhenti sebentar membetulkan pinggang sambil ngeteh.
Memang biasa dlm rutin perjalanan ini, tak sah jika tak 'ngeteh'..
Sambil ngeteh boleh bertanya khabar sesama kami yg kadang2 jarang bertemu disebabkan rutin harian masing2.

Sabtu 20hb Jan 2018
Masjid An Nur Ringlet.

Melelapkan mata disini sementara menanti subuh menjelma.

Jam 8 pagi mencari sarapan di pekan Ringlet, isi minyak dan terus bergerak ke lokasi.

Kg Semoi Lama.
Seperti biasa jajan utk anak2 OA tidak dilupakan.
Kg ini destinasi pertama diziarahi sebelum ke kg2 yg lain.
Terletak ditepi sungai yg menjadi penghubung antara kg2 disini.

Jumpa Tok Batin, bertanya khabar. Kambing jantan yg kami 'hadiahkan' kpd beliau utk dikawinkan dgn 3 ekor betina pd ziarah AMAL sempena Qurban 1438h  ( 2017 ) nampak nya semakin sihat. Inshallah 'hasil' akan kelihatan tidak lama lagi.

Setelah selesai disini, team bergerak menyeberangi sungai utk ke Kg seterusnya.

Kg Rakoh, Pos Lenjang
20hb
Sedikit cabaran menyeberangi sungai bilamana ada kenderaan yg tidak berfungsi 4wd dgn sempurna. Walau bagaimana pun, Alhamdulillah selamat semuanya.

Tiba di Kg Rakoh, team terus bergerak dgn tugasan masing2.
Menyiapkan brg utk dimasak, khemah, game kanak2 dan sembang santai dgn org kampung.

Sedikit sunyi keadaan kampung ketika ziarah kali ini. Selidik punya selidik rupa2nya sekarang ini musim menuai padi dan buah durian. Jadi byk masa mereka habiskan di ladang dan kebun masing2.
Tok Batin Bah Lai pun tak nampak batang hidung.

Surau Kg Rakoh telah siap dibina sekitar bulan Nov 2017 yg lalu. Alhamdulillah. Hasil kerjasama antara JAKIM dan ATM. Mudah2an dpt dimanfaatkan buat ahli qariah.
Banyak lagi kerja kita disini. Bukan sekadar membina infra bahkan yg lebih utama memperkenalkan kpd mereka sistem kehidupan beragama.

Ayuh!, Kita bersama.

Setelah menunggu hampir 2 jam selepas ketibaan kami disini dlm pukul 1ptg, makanan pun siap di sediakan, alhamdulillah terima Kasih chef dan kawan2 yg byk membantu.

Selesai makan, kami solat jamak berjemaah dan sesudahnya bertaaruf sesama ahli ziarah kali ini.
Mudah2an dgn taaruf ringkas ini dapat mengeratkan silaturrahim.

Aktiviti Malam di Rakoh.
20hb Jan 2018

Geng dapur terus dgn tugasan mereka sementara yg lain berapa utk menunaikan solat Maghrib berjemaah dgn org kampung.
Dikampung ini ada lebih kurang 9 keluarga muslim. Mereka masih belum mampu utk 'menghidupkan' surau ini. 
Jika ada mana2 individu, koporat dan dermawan yg sudi bantu dan ingin bersama2, boleh hubungi kami.

Sementara juadah dalam 'pembikinan' dan menanti  Isya', sedikit aktiviti santai dgn org kampung. Lepas solat baru lah kami menikmati juadah bersama. Alhamdulillah dan terima Kasih kpd yg sudi menghulurkan sumbangan. Mudah2an Allah menerima sbgi pahala.

Kawan2 non muslim juga kami jamu, tapi rata2 mereka malu utk 'bertalam' bersama kami. Mereka lebih selesa membawa balik ke rumah masing2.

Setelah selesai makan, mencuci baru lah aktiviti melelapkan mata. Malam hujan. Air sungai naik dan keruh. Sejuk malam ni. Memang syok tidur.
Yg lelaki 'berkampung' di luar sementara org pompuan di dalam surau.

Surau telah dilengkapi lampu kipas dgn bersumberkan generator petrol. Pakej pembinaan surau barangkali. Alhamdulillah. Mana2 team yg bercadang ke sini, bawalah petrol dan sedekah kpd aktiviti surau.

Subuh menjelma
21hb Jan 2018.

Sejuk pagi. Kalau tak dijemput Ilahi, payah juga kita nak solat subuh tambah lagi mereka yg masih baru berjinak kpd agama. Subuh ni tak ramai org kampung yg berjemaah, ada yg seawal pagi sudah 'menjenguk' durian di kebun.
Kalau kita diluar ini ada yg sebelum azan subuh sudah bergegas ke tempat kerja. Kadang2 ada yg subuh di Masjid surau telah siap sedia utk ke tempat kerja. 'Rushing' sungguh kehidupan kita disini. Mudah2an kita terus menjaga amalan walau sibuk mengejar 'kehidupan'

Lepas subuh, team dapur yg 'osem' ni saling bantu menyediakan sarapan. Masak berat sikit kerna selepas ini team akan membawa peserta ke penghujung pos ini hingga ke Pos Titom utk diziarahi.

21hb Jan 2018, Sabtu

Pagi ini sebelum bergerak ke luar, sempat juga sukarelawan dr UIA berinteraksi dgn kanak2, sementara yg lain mengemas kawasan perkhemahan.
Bertambah dgn pddk kampung sebagai kenangan sebelum keluar buat tatapan generasi mendatang.

Dari Kg Rakoh kami terus ke Kg Dayut. Disini juga terdapat surau batu bersebelahan surau kayu
Hajat hati nak bertemu Zakaria, salah seorang wakil penduduk disini. Tapi beliau pun tiada; ke kebun kutip durian.

Surau bersih tapi seperti biasa, mereka juga belum mampu 'menghidupkannya'

Lepas Dayut, kami menuai ke Kg Sop. Sepanjang kesini, durian bergayut2 sedang menunggu utk luruh. Alhamdulillah rezeki org kampung. Ada yg menjual pd harga RM6/kilo ada yg RM3/kilo. Ramai peraih dr luar mengambil hasil sini utk dijual dipasaran luar.

Di Dayut, kami bertemu dgn Ropi. Rumahnya berhadapan dgn surau. Ada lebih kurang 20 keluarga muslim disini. Ada yg menetap disini dan juga yg telah berhijrah ke luar. Beliau juga menjadi peraih sambil mengusahakan kedai runcit kecil2an di rumah.

Selepas jamak zohor asar, kami terus menuju ke SK Lenjang.

SK Lenjang.
Bertemu dgn guru yg mengajar disini. Mereka pun dah lama tak keluar disebabkan laluan keluar masuk agak teruk skrg dlm musim hujan bergini.
Lama juga bersembang bertanya khabar dgn guru2 disini. Mudah2an ada ganjaran buat mereka kerna sanggup berkorban ke dunia 'lost world' utk mendidik.
Tahniah dan moga tabah.

Pos Titom
Sape2 yg pernah sampai sini tenth terima dgn sungainya yg cantek. Sangat sesuai utk aktiviti perkhemahan.
Kalau ada yg berhajat beraktiviti disini, boleh hubungi kami.
Selesai disini team terus bergerak keluar dan sebolehnya sebelum gelap mesti sudah diluar perkampungan.

Tiba di Sungai Semoi Lama jam sudah menunjukkan jam 6 ptg.
Malam sebelumnya hujan lebat. Arus deras tambah lagi kedalamannya meninggkat merisikokan kpd team jika cuba merentasi sungai.

Kami mengambil keputusan keluar melalui Pos Betau dgn melalui trek yg becak kesan dr 'trafik' yg tinggi di laluan ini; hujan dan musim buah. Ramai peraih berulang alik mengambil hasil.

Seperti diduga sekurang2nya 2 3 jam utk laluan biasa tapi disebabkan 2 buah jentera kami yg rosak 4wd menambah lagi rencah cabaran.

Dari sungai tadi pukul 6 petang, team sampai ke Pos Betau pukul 4 pagi.
Boleh bayangkan kesukarannya? Tambah lagi ramai drpd mereka 'first time'.

Walauapapun, Alhamdulillah semua selamat keluar walau dlm kepayahan dan kelaparan. 'last' mkn jam 4 ptg tadi.
Team tiba di Masjid An Nur Ringlet jam 5 pagi.

Isnin 22hb Jan 2018.
Selesai Subuh, byr hutang mata dulu sblm masing2 pakat keluar bersama utk bersarapan pagi. Belum pernah terjadi bergini, selalunya penulis solo keluar dan tiba di Sungai Buloh subuh Isnin tapi ziarah AMAL kali ini, semua lewat dan ada yg kena 'emergency leave'..

Inshallah Ziarah AMAL yg bersambung ke Pos Lemoi pada 24 & 25 Feb akan datang.

Terima Kasih kpd semua yg banyak membantu dlm siri ziarah kali ini.

Zamri, Che Det, Ismail TATO, Adam, Lukman, Asmawi, Ah Chong, Kamal, Azmin n Isteri, penulis sekeluarga dan sukarelawan dr UIA,

Jumpa lagi dilain Masa.
Terus istiqomah, perbetulkan niat selalu

Salam AMAL Salam perjuangan

Kelab AMAL 4x4
Paya Jaras

No comments:

Post a Comment